Tolong Jangan Contohi Sikap Aku Yang Ini

Kesihatan.. Adalah hak milik setiap insan.. Ewah ayat.. Pagi nan indah dan permai ini, kita cerita soal kesihatan dan pengajaran di balik kisah si anak bernama Nur Farhana.. Oh ya.. Semenjak dua menjak ini muka kelihatan pucat dan tak bermaya.. Mungkin masalah kekurangan zat yang aku alami masih belum diperbetulkan sepenuhnya.. Derr.. Bila aku nak cukup zat macam ni? (_ _!)



Aku akui, bab-bab menjaga kesihatan aku sangat kureng.. Tapi aku suka jaga kesihatan orang.. Bila ada orang sakit saja, memang aku risau tahap gaban man.. Kadang-kadang sampai menangis sebab over risau.. Jadi, tolong jangan buat saya risau ya.. Ahaks.. Selalunya bila diri mengabaikan diri, orang lain yang melihat mula risau.. Dan orang itu ialah emakku yang tersayang.. Emak memang cukup menjaga kesihatan anak-anaknya dan suaminya.. Buktinya? Mari mari kita terjah..




Inilah dia antara produk-produk yang telah mak belikan untuk aku juga adik malah abah.. Ngee.. Memang banyak tak terkira kalau ikutkan.. Untuk penurunan berat badan anaknya saja, macam-macam dah dibeli.. Daripada Slimming Set Leesa Formula, pergi pula pada Lax 5, Lax 9, Lax macam-macam Lax.. The latest, Jus Diet Mate..


Apart from that, health supplement pun banyak.. Mak bekalkan Garlic Capsule, Cod Oil Capsule dan banyak lagi.. Kali terakhir aku balik mak beri sekotak susu kambing HiGoat.. Susu kambing memang sedap.. Tak sangka.. Hoho.. Dalamnya ada 15 sachet tak silap.. Dah sebulan lebih aku bawa balik, tapi masih tak habis-habis.. Jus Diet Mate pun masih ada lagi beberapa bungkus.. Walhal ianya patut habis berbulan yang lepas.. Aiyak!! I am so not compliance.. Aku memang pemalas.. Kalau disediakan depan mata baru aku ingat.. Kalau tak, memang lupa langsung.. Kadang-kadang rasa bersalah juga, macam nak cekik-cekik diri kenapalah susah sangat nak habiskan supplement yang mak bekalkan..




Maaflah mak.. Bukan tak menghargai usaha mengeluarkan duit beli itu ini untuk kesihatan anakmu ini, tapi anakmu ini memang dari dulu susah makan ubat, sangat susah kalau bab-bab penjagaan kesihatan ini.. Jadi, kenapakah aku ambil medik? Hoho.. Persoalan yang ajaib.. Sebenarnya tak susah, tapi aku sendiri yang bikin susah.. Sekarang aku akan cuba habiskan susu kambing Hi Goat.. Walaupun lepas minum, badan rasa panas, peluh pun macam paip air yang bocor, mengalir tak henti-henti, tapi lepas minum serious aku rasa SIHAT.. Heehee..



Apa pun, thanx a lot Emak.. Love you.. Oh.. Tiba-tiba teringat satu iklan TV tentang rempit merempit, accident.. Dialog seorang bapa.. Mungkin dalam hati emak juga terdetik seperti itu.. MUNGKIN ANAK-ANAK INI TAK TAHU, BETAPA KITA SAYANGKAN MEREKA.. T_T


Okeylah.. Siap-siap mahu ke kelas.. Jaga kesihatan elok-elok ya semua.. Sesungguhnya kesihatan adalah hak milik setiap insan.. Ngee.. Take care.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Kalau aku ada anak ada suami nanti, barangkali aku juga akan ikut cara emak.. After all, naluri seorang isteri dan ibu.. Pasti mahukan yang terbaik untuk keluarganya.. =)

Ulasan

El-Zaffril berkata…
kamu tak cukup zat... macam pelik bunyinye
zaidharis berkata…
mak-mak pegi pasar nak beli baju warna apa?

beli pil higoat,
=P
joegrimjow berkata…
herbalife tu yg terbaik
nape la susah sangat nak cuba
hehehe
akira sendoh berkata…
waaahhh..byknya..supplement mak dia bekalkan..kena rajin2 mkn la..cian kat mak farhana...kalo tak mkn..akira report kat mak farhana nti..:P
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
mak awe pun selalu cakap awe tak cukup zat..huhuh
et berkata…
ngeee.rase2 macam semua mak kat dunia pon macam tu kot.macam2 supplement mak bagi.tapi anak2 malas yang amat nak makan,huhu.
Tanpa Nama berkata…
betoi2 akak..
sy pn jenis yg amik bert pasal kalo owg sakit..
tp diri sndiri kalo skit panadol pn malas makan...
Boneka Tak Sakit berkata…
wahh bertuah ko dpt mak camnie.. bagus2!
jgn lah sia2 kan pegorbanan dia!
Bardboo berkata…
waa...macam2 ada nie..tp side effects jgn di lupa yer..huhu..
Ibu Ammar berkata…
eheheh, jangan malas2! minum semua jus tu, kasi habis.! haha
hans berkata…
eh
muda2 la kena jaga
nanti tua2 lagi teruk
jaga kesihatan noh
Sufy berkata…
sy sgt menitikberatkn kesihatan..heheh..paling pnting amek bekfes utk tenaga spnjg hari..yg pnting gak, suplemen A, C dan E mesti ada...huhuhu
Hizami Li berkata…
ahha.
bagus la tu.
emak yang rajin.
;)
Nazz@Purple berkata…
bertuahnya cik farhana..
ISZA berkata…
nak tuju ayat ni kat doktor.. jaga kesihatan tau.. hehehe
Adziim berkata…
Agaknya tak terlebih supplement ke?
Nur -al- Ain berkata…
sedap eh susu higoat tu? kt umh ade, tp ngeriii je nk minumm.. hiihiii
Mak Su berkata…
kalau macam tu, nampaknya, kena makan jugaklah... :)

jaga kesihatan, sambil jaga hati emak yang mendapatkan :)
azuan berkata…
aku pun cukup x suka mkan ubat nie ekekee~
Tanpa Nama berkata…
samala saya farhana...saya pun x suka makan ubat...eieoowww....but one day tok kuruskan badan(wakakakak..eta bila laa)maybe akan makan jua akhirnya kot..hope so...wakakakakak...

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?