Hadiah Seorang Ibu Untuk Anaknya..

Hati berbolak-balik beberapa hari yang lepas.. Kini tetap juga rasa yang sama.. Terjerat dengan perasaan sendiri dan jalan mana yang harus dipilih untuk kebaikan diri.. Lantas tangan mencapai telefon dan terus mendail number ibu tercinta meluah rasa.. Rasa gembira, rasa susah hati, rasa yang semua dalam satu.. Antara aku dan emak juga abah, jika boleh tak mahu ada rahsia.. Biarlah mereka tahu segalanya.. Kali ini, akan aku kongsikan juga dengan mereka..



Mak mengangkat panggilan.. Hebat mak sebab sekali dengar mak dapat meneka ada unsur gembira dalam nada suara anaknya ini.. Lalu mak tanyakan kenapa.. Mulalah aku bercerita perihal peristiwa yang berlaku beberapa hari lepas.. Mula dari A sampai Z aku cerita dengan penuh semangat.. Mak hanya tergelak kecil dan ketawa.. Aku tahu di sudut hati mak pasti mak juga gembira bila anaknya gembira.. Ya.. Gembira buat kesekian kalinya..


Pesan mak padaku.. Kayuh slow-slow.. Naik basikal jangan naik jet pecut laju.. Aku tergelak kecil.. Mak sambung lagi, jangan cepat letak harapan pada benda yang tak pasti.. Mak tak mahu jadi macam kes dulu, kamu letak harapan, akhir sekali kamu yang terasa kesan dan akibatnya.. Berharap pada sesuatu yang sudah tentu pasti.. Ingat..




Lepas saja panggilan diletak, ada air panas mengalir di pipi.. Titik titik saja.. Entah kenapa kata-kata mak begitu terkesan di hati.. Ya.. Mak kenal anak sulungnya ini, cepat tersentuh dengan kasih sayang, cepat terasa hati, cepat terluka hatinya, cepat juga sembuh hatinya.. Aku tahu mak tak mahu aku terluka lagi seperti yang aku alami tak lama dulu.. Semuanya kerana aku yang terlalu mengharap, berharap dan meletak harapan..



Aku tak dilukakan orang.. Pada aku, aku yang melukakan diri aku sendiri kerana hati yang terlalu lemah.. Lemah sampai aku tak mampu bezakan hati mana yang sewajarnya aku meletak harapan.. Mata aku terlalu kabur untuk melihat jalan-jalan yang dibentangkan dalam hidup aku.. Mana milik aku, mana yang bukan.. Sehingga kini, akibat dari itu, masih aku terasa.. Dan tempiasnya buatkan aku ragu-ragu.. Samada wajarkah aku meletakkan harapan untuk kesekian kalinya.. Hati aku gembira tapi tetap terus berbolak-balik di dasarnya.. Hanya Tuhan saja yang tahu..





Namun yang pasti.. Aku takkan melukakan diri aku lagi.. Aku tak mahu mak lihat aku bersedih lagi.. Aku perlu kuat untuk menempuhi jalan-jalan yang dibentangkan dihadapanku.. Aku akan cuba mencari bahagia aku.. Cuba untuk mengumpul kekuatan agar aku mampu bangkit sekali lagi dan bina harapan dan kebahagiaan untuk masa depan.. Dan untuk itu.. Aku perlu kamu.. =)


Buat mak, terima kasih di atas nasihat dan pesananmu.. Bulan ini bulan untuk ibu, mak, mummy, ummi.. Saya sayang mak.. Hari-hari bukan saja hari ini.. Sayang anda semua juga.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Mungkin jalan hidup tak selalunya lurus dan tegak, banyak dugaan dan halangan, tapi di pengakhirannya, pasti ada bahagia menanti.. A very happy ending.. =)

Ulasan

Hizami Li berkata…
yep.
pelan pelan kayuh ye doktor.
hehe.
;)
moga berjaya!
Tanpa Nama berkata…
betoi2 akak..
jgn gopoh tow..

yup!!!
ibu adlh insan yg pling dekat ngn kita...
Hazzy Ishak berkata…
take your time
pilih yang terbaik okayy

With Love,
HazzySuperb
asmaria berkata…
salam, seorang anak syurga di tapak kaki ibu, bila dah berumah tangga syurga suami di tapak kaki ibu, manakala syurga si isteri berada di tapak kaki suaminya. biar bijak memilih suami yang boleh baw ke syurga.... sayangilah ibu kita Insyah Allah keturunan kita juga menyayangi org tua mereka.
kongsi tips rumah tangga, anak, doa untuk anak, nama Islam dll di: http://edarannama.blogspot.com
Adziim berkata…
Susah betul nak cari link untuk komen, nasib baik jumpa.

Di waktu muda, kita mudah meletakkan harapan pada sesuatu.
Yang penting belajar dari kesilapan lalu.
joegrimjow berkata…
esok besday mak
huhu
shahirahkhairudin berkata…
betul tu ana..kayuh pelan-pelan..ana same mcm kite. suke kayuh laju-laju. pastu bile jatuh kan sakit..

ekeke..so skang ni kite kayuh pelan-pelan. semoga tak jatuh lagi. semoga sampai ke destinasi dengan selamat. nafas pun tak le termengah sangat..

*senyum* besh kan ade mak yang memahami. semoga ana gembira selalu..
pal7 berkata…
hana..
slow2 ok..kalau betul itu jodoh kamu, tak kan ke mana lagi..bersabar saja..yang pasti, hidup seharian kamu harus diteruskan dengan cahaya yang riang gembira okey?..hehe
azuan berkata…
harapan itu perlu yea DR~

semoga kamu terus riang gembira hehe
rhapsody LiN berkata…
dulu ad***m slalu pesan jgn letak harapan dlm ape2 pun. tp bagi lin kalau ape2 kita buat mesti lah ade target kan. kalau x mcm sia2.. entah lah..


wht i learn from my mistake is i have to stop expect something that is not sure yet and try my best to achieve what i want. :)

gd luck sis!
:)
ISZA berkata…
bila menempuh sesuatu.. ajar hati untuk menerima kegembiraan juga kekecewaan supaya kita lebih bersedia..

moga memperolehi yang terbaik :)
:: Zami ::
Baik zami.. Terima kasih.. Heehee.. :)

:: Umar ::
Akak cuba ek.. Hik hik..

:: Hazzy ::
Will take time.. :)

:: Asmaria ::
Tengkiu akak atas nasihat tu..

:: Adziim ::
Hmmmm.. Orang muda ye..

:: Joe ::
Dah wish dah.. Ngee..

:: Shira ::
Okey2.. Mari kita kayuh sama2 ye.. Heehee..

:: Pal ::
Heee.. Baik pal.. Akan terus bercahaya dengan riang gembira..

:: Azuan ::
Terus mengharap.. Heehee.. Tengkiu..

:: Lin ::
Yeah.. Kdang2 harapan perlu tgk juga pada keadaan.. Gud luck for u too..

:: Cikgu Isza ::
Time kaseh akak.. Saye akan ajar diri supaya lbih bersedia.. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T