Maka Dengan Rasminya Tak Tidurlah Aku Malam Ini | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Maka Dengan Rasminya Tak Tidurlah Aku Malam Ini

16 comments
Okey semua.. Confirm.. Tonight I'm not going to fall asleep.. Mata pasti akan terjojol terbuka besar-besar.. Dan aku saja letak gambar bawah ini, supaya korang pun tak boleh tidur.. Teman aku okey.. Hik hik..



Take note ya.. Aku bukan penakut tengok hantu dalam Cerekarama Perigi Kontang.. Sebab hantunya sedikit pun tak timbulkan perasaan seram.. Malah kepanasan aksi Fasha Sandha mengatasi keseraman wajah Norish Karman.. Ouch.. Fasha Sandha sangat seksilah dalam drama Perigi Kontang ini.. Tak berapa berkenan.. Tapi abaikan saja Fasha Sandha, mesej drama ini yang patut kita ambil.. Aku rasa cerekarama ini dihasilkan sebab kes-kes buang anak yang terlalu berleluasa sekarang..


Mengisahkan Fasha Sandha yang menjadi bidan menggantikan ibunya dengan mewarisi saka.. Supaya roh ibunya boleh dilepaskan dan tak terseksa.. Kiranya Fasha Sandha memang Mak Bidan underground yang menjadi favourite di kalangan mereka yang sibuk buat maksiat dan mengandungkan anak luar nikah.. Bukan saja menggugurkan kandungan, Fasha yang memegang watak Zaleha menawarkan servis seperti mencantikkan wajah dengan susuk.. Susuk ya, bukan Botox.. Dan juga servis sihir orang itu orang ini.. Agak-agak kalau dalam hati ada benci dan dengki, Fasha Sandha dicari.. Multipurpose hall betul watak Fasha Sandha..



Yang buatkan aku tak boleh tidur malam, tambah lagi aku seorang saja di rumah sewa ini, adalah teknik Fasha menggugurkan bayi.. Pergghh!!! Dahsyat gila.. Perut dipijak dan ditekan, janin ditarik macam main tarik tali saja.. Senang gila.. Tapi sakit amat kot.. Sebab aku tengok adik Haliza Misbun itu menjerit-jerit kesakitan sambil mengangkat kaki.. Seksi lagi scene itu.. Ish3.. Ngeri.. Harap-harap timbul kesedaranlah, kalau tak banyak pun sikit.. Janganlah mendekati maksiat.. Itu dah dosa.. Kalau mengandung, nak gugurkan lagi.. Dosa lagi.. Fikir-fikirkan sedalamnya.. Allah sentiasa memerhati, itu kita kena ingat selalu.. Moga jadi iktibar untuk aku, untuk kamu juga untuk semua.. Selamat malam.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Fasha Sandha adalah Mak Bidan termuda dan terhot dalam sejarah hidup aku yang pernah aku jumpa.. Hoho..


UPDATE: Oh ya.. Shahir juara AF 8 ya? Tahniah.. Walaupun aku tak pernah tengok satu episod pun Akademi Fantasia musim 8.. Ekeke.. Adira tempat kedua dan Daus tempat ketiga.. Ngee..

16 Comments Here:

Jard The Great berkata...

kat mana nk tinguk fasha sanda? tatau pon

Hizami Rahim berkata...

ahha.
ye ke?
tak sempat nak tengok.
;)

Bro Framestone berkata...

he..23x terjumpa ke tertonton he...23x

bro ending cam xfahm ape2 pun coz tgk pun dah dekat kul 11.30

tau2 kne rogol la itu ini la.. xfaham la...

BroFramestone Blog

cikgu isza berkata...

macam best jer crita.. sama siaran ngan AF ke..

jangan lupa tengok kiri kanan depan belakang malam ni tau.. ;)

.alie. berkata...

tak tengok la sis..
saya tengok faraday law dengan lenz law..
itu lagi seram.
sampai pas subuh esok baru tidor..
hmmm~
selamat x tido


=)

~AkukahMilikmu~ berkata...

tk la seram pun..tpi layan jer..cuma geli part dia himpun daging2 dlm mangkuk tu..

Nurain Hasan berkata...

oo..cite tuh xsempat tgok dh kuaw g tgok wyg pulak..hehe~

Roronoa Zoro berkata...

hmm.. perigi kontang ek? ok2.. lepas nie kena cari..

sebb nak tgk fasha yg super hot.. haha..

Mohd Adziim berkata...

Owh cerita tv3 semalam...fasha sandha berlakon ye..tak perasaan pun. lagipun aku pergi tengok cerita tv2 transporter 1.

deus X machina berkata...

tak tengok..sebab aku tengok bola semalam...
erk888

Jantan Keparat berkata...

uiks!
menci fasha sandha!
hakhak!

Boneka Tak Sakit Self-ProClaim CasaNova berkata...

terangkat2 kaki? terselak2 xkain gagagagaga :P

aku benci fasha sanda

fndrocka berkata...

lepas ni ada lah kut perigi kontang 2..hehek.macam file lak.huhu.anyway..ader lah scene yg gothik2..tak nyampah sgt tgk.

Latest Entri : Peristiwa Subuh

Cik Lizi berkata...

xtgk pun,tp lps ni nk tgk...;p

Nazz@Purple berkata...

erm xtgk pon semalam..layan blog lagi best..

akira sendoh berkata...

eeeeuuuwwww..akira plg tak suka tgk ksh begini..huu..sian sama baby..tak kesian lgsg kat mak n ayah tak sah baby tuh..huhu..moga2 kita sumer diberi kesedaran dan keinsafan..aminn..

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.