Orang Gemuk.. Cantik Pula.. Cubit Boleh?

Sekarang semua orang sibuk berFacebook.. Daripada kanak-kanak sekolah rendah sampailah golongan veteran.. Apa yang best pasal Facebook? Ada yang kata best sebab dapat jumpa balik kawan-kawan lama, ada yang teruja sebab dapat bercucuk tanam, bela pet, tangkap ikan dalam Facebook saja.. Ada yang tak berapa minat atau kureng minat pun ada.. Manusia bukankah macam-macam ragam..


Dah hampir 2 tahun rasanya aku buka akaun Facebook.. Dulu tak berapa guna sebab ada Friendster, kini Friendster aku dah lupa terus.. Wakaka.. Sebelum jadi blogger, friend request aku akan tapis dan cuma rakan-rakan saja akan diapprove.. Tapi lepas jadi blogger, tiada lagi penapisan bagai.. Tekan saja ACCEPT.. Takut-takutlah mereka adalah pembaca blog, tidak di approve nanti dikata sombong..




Part yang aku suka bila ada adik-adik lepasan SPM sudi add aku di Facebook selepas sampai di blog aku melalui search engine dengan kata kunci belajar medik.. Sikap dan semangat mereka yang berkobar-kobar, tanya aku itu dan ini hanya kerana minat untuk ambil medik buat aku kagum.. Teruskan adik-adik.. All the best untuk kalian..


Pengalaman menakutkan juga ada.. Perkenalan dengan seorang mamat nun dari sanun.. Ekeke.. Selain aku, blogger lain yang juga mengenali beliau adalah Miss Lolly dan Encik Sebelas.. Dulu selalu juga kami berempat borak-borak di wall dan merapu rapan entah apa-apa.. Walaupun aku tak berapa nak faham bahasanya, tapi layankan saja.. Orangnya okey dan peramah cuma aku agak terkejut bila gambarku ada dalam album FB beliau.. Dengan description dan komen yang menakutkan aku.. Hoho.. Kalau anda, tak takut ke?





Baiklah.. Aku tahu aku ini comel dan montel.. Wakaka.. Tapi fat girl? Auwww.. Tak marah cuma rasa lawak.. Dan komen terakhir itu.. Cantik? Ooppss.. Gambar ini adalah diriku yang tak asli, memang nampak "lain".. Jika dilihat yang asli, aku tak adalah cantik kebaboom macam yang dikata.. Senang kata, aku insan biasa, tak cantik dan cun melecun.. Biasa-biasa saja.. Dan gambar di atas adalah yang pertama dan terakhir aku ambil dengan solekan.. No more after that.. Tunggu saja di hari pernikahan nanti, baru boleh makeover sekali lagi.. Ekeke.. Dan gambar di atas juga aku tak lagi jadikan primary photo.. Remove!! Pengajaran untuk diri sendiri.. Sebab bila disebut perkataan CUBIT dan GEMAS, aku sangat TAKUT!! Waaaa..




Yup.. Silapnya memang pada aku sebab menayangkan gambar itu.. And I won't do it again.. Dan buat kawan-kawan lain, hati-hati juga ya.. Bukan apa, bimbang jika gambar kita menimbulkan perasaan lain di hati orang yang melihatnya, bukankah dah berdosa.. Betul tak? Maaf, bukan niat mahu ceramah cuma sekadar berpesan dan berkongsi pengalaman.. Maaf andai ada yang terasa.. No hard feeling eyt.. Weeeee.. =)


Berkawan pun tiada salah.. Berkawan biarlah berjuta lemon tapi yang penting pembawaan diri itu.. Take care of yourself, jaga maruah kita.. And I guess that's all for now.. Take care.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Kes ini sudah agak lama, cuma aku saja baru "terperasan" tak lama dulu.. Huhu..


Ulasan

ISZA berkata…
pernah juga alami pengalaman yang sama bila mula2 berjinak dengan internet ni.. poyo je masuk tu.. naif sangat.. tak sangka gambar yang diletak mengundang pelbagai pandangan nakal.. huhuhu
Hizami Li berkata…
betul betul.
hehe.
;)
Boneka Tak Sakit berkata…
hahahaah kalau aku komen lagi extream kut! gagaggagaga pipi gebu2 hmmm *pemikiran terlampau mulai wujud gagagaga

memang betol gambr dlm internet xsama dgn diri kita!
hmm tapi xkan nak bubh pic yg buruj2 lak kan mesti nak ensem! hahaha
abangfaizul berkata…
seram pun ade gak, hana...
Stargone berkata…
Nasib baik lar aku takde akaun facebook.. hehehe! eh! tapi ada ker orang perempuan yang suka kacau orang laki?
Tanpa Nama berkata…
wah..
bagus lew adik2 SPM tue...
Nur -al- Ain berkata…
fb boleh dtg kan kebaikan dan keburukan. hehe, ;)

my sedare hampir bercerai sbb fb.. ohoo
nora berkata…
pernah bergaduh sekelas gara-gara status dlm fb...
hahahaha
myQza berkata…
baru bape bulan bukan fesbuk. x aktif sgt. aktif gitu2 jrk
zulaikhaablah berkata…
adik2 SPM? ika termasuk jgak ke? ngee~
tp smgt utk mjadi student medic sdah pudar. huhu.
ika amik kos lain, bukan medic, jauh tersasar!
Shahada Fauzi berkata…
huk??menakotkan la..bahaya jugak letak gmbar macam2 ni eh..
Adziim berkata…
Mempamerkan gambar di facebook apa hukumnya ya? Tambah-tambah bila gambar itu boleh menimbulkan pelbagai prasangka/fitnah baik secara seksual/menghina dan sebagainya.
Amir berkata…
Hari pnikahan nti meletop la dr farhana. Hehe...
Ken Wooi berkata…
yeah pictures can be confusing =P

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?