Tenanglah Kamu Di Sana Bro Hisham..
Petang aku dikejutkan dengan status di Facebook Zarah Naumul.. Memaklumkan tentang pemergian seorang blogger yang bernama Hisham Sheikh atau aku panggil dengan panggilan Bro Sham.. Beliau yang baru sahaja genap sebulan mendirikan rumahtangga telah meninggalkan dunia yang fana ini akibat kemalangan jalan raya.. Ramai blogger telah menulis entry tentang beliau.. Ternyata ramai yang sayangkan beliau.. Entry Joegrimjow dan Kawie benar-benar buat aku mengalirkan air mata.. Sayu rasa hati.. Sebak..
Pesan Bro Sham pada aku bila aku mengeluhkan soal jodoh padanya, "Doc.. Doc orang baik, InsyaAllah Doc pasti akan dapat jodoh yang baik satu hari nanti.."
Kini.. Panggilan Doc itu tak akan ku dengar lagi dari beliau.. Pesanan-pesanan dan nasihat dia padaku akan aku ingat sampai bila-bila.. Bro Sham, tenanglah kamu di sana.. Doa kami semoga kamu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beramal soleh.. Amin..
Al Fatihah..

Ulasan
Al-Fatihah.
;(
smoge dia d tempatkan bsame org2 yg beriman..
sy pn trkejut gaks..
xpe la..
moga dia tenang di sana
BroFramestone Blog
al-fatihah.
kongsi tips rumah tangga, tips anak, doa untuk anak, nama Islam dll di: http://edarannama.blogspot.com
p/s:bukan rezeki cik sha kot nak mengenali beliau..T_T
Al-fatihah..
salam takziah