Buat Mana-Mana Cikgu Yang Aku Pernah Ada Crush, Selamat Hari Guru.. =)

Berapa ramai cikgu Farhana oii.. Tajuk kontroversi selalu.. Hoho.. Eh betullah.. Mahu aku list satu-satu.. Semenjak umur 7 tahun sampailah 17 tahun, Xiao Lao Shi, Liu Lao Shi, dan ramai lagi Lao Shi.. Sekolah cina, semuanya Lao Shi.. Tiada cikgu.. Masuk menengah, tambah lagi dua koleksi crush.. Wakaka.. Gadis remaja berdarah muda, gatal tak bertempat.. Tapi tak adalah sampai main kenyit-kenyit mata, hantar surat cinta, atau selalu berkepit buat-buat tak faham mata pelajaran yang inilah, yang itulah.. Ouh.. Melampau sangat kalau begitu..


Tapi skodeng selalu buat.. Ooppss.. Cikgu kesayangan duduk belakang rumah.. Bila beliau balik sekolah, dengar bunyi motor beliau, aku cepat-cepat lari bilik belakang, panjat atas katil.. Selak langsir sikit-sikit.. Takut ketahuan.. Hujung minggu bila beliau sidai baju, masak di dapur, rutin aku, berdiri atas katil sampai kaki naik kebas.. Hoho.. Buat-buat rajin sapu sampah luar rumah dan cuci longkang? Hari-hari aku buat.. Mak terpegun.. Hoho.. Buruk perangai kau wahai Farhana..



Tak lupa juga hempukan dengan rotan tebal ibu jari, semua sebab bising.. Alah.. Soseh-soseh sikit saja cikgu.. Kalau tak soseh, terlepas gosip-gosip hangat.. Haa.. Jangan tak tahu, kecil lagi dah berjinak dengan dunia gosip.. Sepatutnya series Gossip Girls bagi aku saja jadi watak utama.. Mana tahu lagi popular dan meletup drama itu.. Ouh.. Hadiah pun selalu dapat.. Hafal sifir 1 sampai 12 masa Darjah 2.. Dapat coklat susu.. Sampai sekarang suka makan coklat susu pembalut kertas merah.. Lemak berkrim.. Disukai ramai.. Weeee.. Tahun Baru Cina pun masyuk, pergi rumah cikgu, dapat ang pow ang pow.. Hoho..




Kenangan belako.. Indah-indah semuanya.. Masa kecil semuanya indah.. Otak simple, tak payah fikir apa-apa.. Hati pun tak pernah rasa sakit bila kecil-kecil dulu.. Eh apa aku merepek melalut kelaut tiba-tiba.. Aku cuma nak cakap, tanpa cikgu-cikgu, aku tak jadi seperti mana aku jadi sekarang.. Terima kasih buat seluruh tenaga pengajar yang pernah mengajar dan sedang mengajar aku di:


1) Tadika Miri Gospel Chapel

2) SRJK Tukau, Kampung Bakam

3) SMK Chung Hwa Miri

4) SMK Convent Kajang

5) SMK Tinggi Perempuan Melaka

6) Pusat Asasi Sains Universiti Malaya

7) Universiti Kuala Lumpur, Royal College of Medicine Perak


Selamat Hari Guru.. Juga buat para-para blogger yang bergelar cikgu dan bakal jadi cikgu.. Cikgu Zara, Cikgu Zami, Cikgu Hazlin, Cikgu Nurul, Cikgu Isza, Cikgu Alie, Cikgu Lin, dan ramai lagi tak tersebut.. Ngee..



Dan dan dan.. Tak lupa buat abah tersayang.. Cikgu Abdullah Ismail.. You're the best guru in my life abah.. Oh ya.. Kalau ada anak-anak murid abah atau bekas anak-anak murid abah yang belajar di SMK Air Tawar Kota Tinggi, Institut Perguruan Sarawak dan Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka singgah ke blog aku, sapalah aku.. Mana tahu boleh jejak kasih.. Ecece.. Selamat Hari Guru abah.. =)


Assalamualaikum semua..


P/S: Lain pula aku tengok gambar abah.. Macam superimpose pun ada.. Hoho.. Maklumlah, abah kan tok guru Photoshop.. Ngee.. Lawak jek abah.. Handsome handsome.. =)


FOOT NOTE: Entry tentang guru yang aku suka ada di sini.. Budak Kuwe ini punya penulisan yang buat aku terpaku membacanya.. Hik hik.. Welcome back Bro.. =)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
bnyknye sekolah kamu..
mesti kamu pndai ckp cina kan??
Linglung berkata…
lu mengendap cikgu?? gila tak matang perangai dowh..sumpah tak matang..agua tau tak matang sbb gua pun pernah juga buat benda sama, dan time tu gua tak matang lagi..keh kehkeh
Kuwe berkata…
Aku malas nak komen pasal lao shi mahupun peel gosip.

Cuma, kenapa sekolah menengah kau sampai 3? Nak kata buang sekolah. Sekolah semua sedap sedap.

Eh eh link i kat sini u. Ala i terharu.
azuan berkata…
aku tahu sek convent kajang itu hehee
Tanpa Nama berkata…
slmat hari guru buat ayah akak...
Adziim berkata…
Hoho~
skodeng cikgu. Ada la juga ku buat. Nak2 cikgu perempuan yang fresh graduate...muda la katakan.
:p
Ibu Ammar berkata…
huhu..rindu lak kat cikgu2 di skolah dulu... huuuuu
Hizami Li berkata…
selamat hari guru~
ahha.
thanks doc.
;)
kawie2020 berkata…
selamat hari guru.... ehhh... farhana ni bakal doc kan bukan cikgu laaa... hahahhahahahaha....

tapi x pe, kawie nak ucapkan selamat hari guru kat farhana, kerana farhana pun penah mengajar kawie gak... hehhehehehhehe

walaupun x secara formal...:)
Suraya I. berkata…
byknye skolah kamu doc~ -.-"
El-Zaffril berkata…
Wah... kamu... hahahahhaha
ILA HonEyBuNNy berkata…
yala..byk nya sekolah DR..eheh...selamat hari guru...
Amir Said.me berkata…
selamat hari guru untuk ayah farhana dan cikgu2 yg ada di malaysia ni.
hans berkata…
banyak bebonar sekolah ekau
shira berkata…
i pernah jatuh hati kat cikgu kimia i dulu.. pernah i kasi surat cinta kat dia dlu.. akakakakaka.. nasib lepas habis kua spm. sampai skng dia tak reply... huhuhuhuhuh.. maluuu
Shahada Fauzi berkata…
ahaha..comel..ngendap cikgu pastu buat2 rajin ye tlg mak wat kerja rumah..

selamat hari guru buat ayah doc fana..(^_^)
Hazlin Nazri berkata…
farhana,
terima kasih atas ingatan..
moga farhana menjadi anak murid yg membanggakan cikgu mu...
Tukang cerita berkata…
adoiiilllaaahhhhhhh.....
golek2 akak nangis terharu ni....
anyway....tqvm tuan doc....
:)
Sufi Asri berkata…
adakah ko skodeng bakal suami ko masuk tue? hehe
et berkata…
ngeee.dalam diam begitu rupanya perangai dr neh ek.ekekekeee~
Nazz@Purple berkata…
ade cikgu best..tp nazz tak igt dah name dia..rase bersalahnya..:(..tp jase2 mereka tak mungkin dilupa..
Lan Bingka berkata…
haah la, ayah pinjam badan org lain eh..;p

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T