8 Kelebihan Punya Badan Comel Seperti FarhanaDr

Eh eh.. Apa? Tak kenal FarhanaDr? Artiskah? Doktor? Majistret? Atau lawyer? Oh.. The owner of Cahaya Yang Riang Gembira.. Ngee.. Selamat sebab badan sendiri pun comel, jadi kalau publish entry begini pun insan sebadan secomel sepertiku tak melatah sampai tahap turun naik court saman menyaman.. Ekeke..


Janganlah hanya pandang kami sebagai "excess baggage" sebab yang sebenarnya, kami punya kelebihan yang anda mungkin tak tahu menahu.. Dan hanya di sini, dan kini segala rahsia akan terdedah, didedahkan dan mendedah-dedah.. Sila ketatkan segala bentuk tali keledar supaya anda duduk teguh di situ tanpa berganjak sedikit pun..





1) Bila jadi penumpang sebuah kereta secomel Kancil, Kelisa ataupun Viva, kami mendapat seat reserve khas iaitu di sebelah pemandu.. Haa.. Kalau lagi mahu merungut, bonet belakang luas seluasnya.. Boleh bentang tikar, sedia bekal, piknik dalam bonet..


2) Kalau kami jejakkan kaki kami dalam lif, dan lif pun bising bunyi TEEET TEEET, orang akan pandang kami.. Makanya, tak reti-reti lagi ke kami nak keluar.. Besar jasa mereka suruh kami keluar.. Motifnya nak suruh exercise mendaki tangga.. *lebih afdal diaplikasikan untuk bangunan setinggi KLCC*





3) Akan selalu dapat undangan ke kenduri kahwin.. Untuk buat show.. Apa lagi.. Psssttt.. Meh dekat.. Orang kata, badan besar suara sedap.. Ahh.. Yeke.. Malulah saya.. Tak adalah sedap mana, tapi boleh tahanlah merdunya.. Ekeke..


4) Jangan ingat kami tak laku.. Banyak dapat offer jadi model okey.. Model SEBELUM untuk produk kuruskan badan.. Heyyyy.. Ingat senang ke nak cari SEBELUM.. Hoho..





5) Orang kata.. Insan badan comel macam kami disukai ramai.. Sebab utama, kami banyak cakap dan sense of humour kami tinggi melangit.. Easy going.. Bukan easy come easy go ya.. Penjelasan mudah.. Insan badan besar selalunya rendah diri kerana keadaan dirinya (selalunyalah), jadinya sebagai compensatory mechanism, mereka jadi seorang yang banyak cakap untuk meningkatkan keyakinan diri.. Boleh pakai tak teori saya?




6) Kalau masuk asrama, daftar bilik.. Ada katil double decker.. Insan badan comel pasti akan diberi keistimewaan tidur bawah.. Satu, mungkin sebab kalau tidur atas bahaya.. Kedua, bila tidur bawah, sistem perpeluhan yang over akan dirangsang, kira macam bakar lemaklah.. Kuruskan badan..





7) Bila sekolah kita, kolej kita adakan hari sukaneka.. Acara tarik tali dan acara pecahkan belon dengan montot pasti ada.. Dan setiap kali, dengan bangganya kita diberi keutamaan untuk memasuki acara ini.. Peluang tinggi nak menang.. Tarik tali, tak payah keluar tenaga.. Kau berdiri setempat, orang tariklah kau bagai nak rak, tak bergerak juga.. Hebat kan?






8) Kalau ada sahabat dalam masalah dan dalam kesedihan, kami jadi tempat bersandar.. Seperti ramai yang sedia maklum, bahu kami memang besar dan empuk.. Peluk pon sodap ni.. Hik hik..


Hey.. Tuan empunya Cahaya Yang Riang Gembira mahu menempek sebentar.. Orang kata saya berbadan comel dan chubby juga rupa cute.. *rupa cute itu Suki dan kekasihnya, Akira yang kata.. Bukan aku.. Ekeke..* Apa pun aku, aku adalah aku.. Woohoo!!



Aku sukakan entry ini kerana ianya adalah tentang diri aku.. Dekat dengan aku.. Menulisnya buat aku tersengih, membacanya semula buat aku gelak kecil.. Entry ini umpama satu ubat untuk aku saat aku alami hari yang tidak best.. Hari di mana aku telah jumpa insan yang berjaya buat aku tak menangis langsung walaupun pada hakikatnya hati aku sakit teruk, luka parah.. Dua kemungkinan.. Samada aku telah jadi seorang yang sangat tabah ATAU aku sebenarnya sudah keras hatinya.. Dan aku sendiri, gerun mendengarnya.. Assalamualaikum semua..




LAGU BARU: SEJUJUR HATIMU (ADIBAH NOOR)
~ Penyanyi comel kegemaranku ~



Kau ucapkan kata-kata yang tak ku duga
Bersungguh benar kau melamar hatiku
Oh baru semalam kau nyatakan sangsimu
Tiada pengganti dirinya buatmu


Siapakah diriku yang benar buatmu
Seikhlas hatimu apa kau rasakan
Di wajah curiga berbicara
Hatiku bukan mainanmu
Ucaplah sejujur hatimu


Ku cukup beranikah ku nyatakan cinta
Apakah benar aku yang kau inginkan
Kau bagaikan sinar
Sememangnya ku gusar
Bimbang cahaya kasih jadi gerhana


FOOT NOTE: Walau siapa pun kita, bagaimana pun kita, pasti ada sesuatu yang istimewa tentang diri kita.. =)

Ulasan

nora berkata…
yang baca pun sama2 gelak la..
kelakar la..

yang penting kena yakin diri

=)
Hizami Li berkata…
doktor,
saya ada dua orang kawan badan besar.
dua dua kawan baik saya.
senang dgn mereka.
;)
Sufi Asri berkata…
sehati sejiwa kita ni beb! sama lah..
haha..
cuma bab katil double tue.. aku slalu dapat yg tinggi sebb aku mmapu meloncat lebih tinggi dari org kurus..

kenape? xpercaya arr?
Tanpa Nama berkata…
nice entry..:)
akira sendoh berkata…
btl..hanya yg memahami je akn tahu kelebihan kita..percaya lah Allah tahu yg terbaik tuk hambanya..
et berkata…
ngeee~ compensatory mech? feedback mech kah? keh3.xde2.xde kene mengene.hehe.

luv dis entry,ape salahnye badan berisi? chumel.suka ah kawan, sebab x sombong and sangat memahami.oh,sayang mereka.^^
Nurain Hasan berkata…
betul~!!
setuju sangat.jangan pandang insan begini hina.

i pun chubby cam u..heh~

i suke entry u ni..
:)
Neo_matrixzz berkata…
ske entry ni..jujur..

saye comel juge..
Ibu Ammar berkata…
huhu. mmg ada kelabihan tersendiri..tahniah2 self confident penting kan. =)
tOm berkata…
doktor..
kenape kalu org yg comey bila jadi kurus, dia da x comey da?
sy sering tertanya2..
arap2 doktor dapat meleraikan kekusutan di fikiran sy ini..
=P
Shahada Fauzi berkata…
doc fana sangat kiut ok..saya pun dah mula menchubby kan diri ni..kawan2 semua panggil saya dugong..uhuk2..xpe2..yang penting muke tetap kiut miut..ahaha..

p/s:macam tahu je doc fana kat mana dlm gmbar tu..naik feri labuan-kk eh???
rhapsody LiN berkata…
wlw mcm mne pon anda ttp terbaik. believe in urself..
:)


psss.....
sy x ske lelaki kurus. mnpk x stabil. haha
zulaikhaablah berkata…
satu lg!
pipi msti slalu blushing, sbb kwn2 suka sgt cubit2 pipi.
-yg penah mengalaminya! hehehe
ISZA berkata…
yang penting.. anda tidak keseorangan kerana ramai di luar sana yang serupa dengan kita dan saling menyokong :)
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
Akak...jd dan syg diri sndiri...be strong
Jard The Great berkata…
hehehe... aku dpt rasakan konfidens dlm entri neh beb.
Boneka Tak Sakit berkata…
aku xdpt nak related huhuhu *kata2 menipo diri gagag!
Boneka Tak Sakit berkata…
aling tak suka lelaki kurus! tu sy dpt related xtau asal.. hahah :)) gatal yer i~
Boneka Tak Sakit berkata…
tapi serius la cakap.. perempuan yg chantek bukan luaran so kan jgn terlalu rendah diri!! aku ada pekerja yg gemuk dia lagi dari ko!

tapi dia suka senyum.. dia lembut bercakap.. bila cakap dia gelak2 happy je buat cute

satu hari aku pernah terpk.. aku boleh terima dia sebagai seorang isteri huhuhu

Begong yer komen nie!!! tapi serius la.. manis sgt bdk tu!! huhuhuhuhu
Boneka Tak Sakit berkata…
oh ye aku saje komen banyak sebab aku nak no1 hahahah :)) yes ambik ko azim!!!
Boneka Tak Sakit berkata…
oh ye aku saje komen banyak sebab aku nak no1 hahahah :)) yes ambik ko azim!!!
rhapsody LiN berkata…
ahahahaa~
boneka saiko!!
rhapsody LiN berkata…
ahahahaa~
boneka saiko!!


nk lawan BTS!
ha.. amek ko b!!!
ahaha
rhapsody LiN berkata…
ahahahaa~
boneka saiko!!


nk lawan BTS!
ha.. amek ko b!!!
ahaha
rhapsody LiN berkata…
nk lawan BTS!
ha.. amek ko b!!!
ahaha


agagaga~
rhapsody LiN berkata…
sorry kak farhana...


pasni lin x nakal2 dh kat ur comment box.

huhu... peer pressure! salahkan si boneka!!
Amieynna Amin berkata…
saya selaku empunya badan chumell seperti yg anda sebutkan dengan ini MENGESAHKAN semua kelebihan2 itu saya sudah rasai dan ia ternyata benar dan membuat saya menjadi terlalu istimewa...kihkih
Kuwe berkata…
Saya cuba mendalami entry ini secara reverse. Bukan apa, orang kata saya ni kurus. Sama beratnya dengan budak darjah 4. Saya nak berisi. Sebab saya tak suka orang panggil saya adik. Kehkeh.
Han$ Xy berkata…
huhu...besar itu comel...hee...han pom ader ramai kwn2 yg bersaiz bsr...but okaylah...sng ngan diorang~
Han$ Xy berkata…
huhu...besar itu comel...hee...han pom ader ramai kwn2 yg bersaiz bsr...but okaylah...sng ngan diorang~
Tanpa Nama berkata…
besar pn sy tetap syg akak!!!
muah skit...
muah kiri..
muah kanan..
muah depan...
eh over laks!!!
yup! saya terima diri saya seadanya...saya gembira dengan diri saya....=)
zella y berkata…
insan berbadan chomel seperti kita ni mmg memahami..manja...pandai ambil hati dan cekal... kan? kan?? =)
Nazz@Purple berkata…
Insan2 yg bernama farhana yg nazz kenali kebnyakan comel2 belaka..teruskan jadi si comel yg ceria..;)
Hazzy Ishak berkata…
sedap peluk ohhhh
PCL berkata…
bak kata my bro..lg besar lg sedap peluk :P
Sufy berkata…
ahahah...lagi satu, boley peluk2 sbb terlalu comel..ngeee~
azuan berkata…
entri pun comel ekeke~
abigemok berkata…
entri ko ni mengingatkan kisah masa sekolah menengah dulu. aku and the geng ikut acara sukan tarik tali. sorang kawan aku tu besar badan mmg tak boleh ckp lah. pastu bila orang tarik, dia slilitkan tali kat badan dia tu and selamba je dia tarik. haha
sanagtlah kelakau entri nih :-)

senyum sorang2 :)
Tanpa Nama berkata…
same goes to me....

saya pun kategori chomey gak..wakakak..bila tah nk kurus..asik sedap je makan..

rasa2nya ada x orng nk masyuk meminang orng dlm kategori gini?...(T_T)
umo da meningkat tp single n available mamanjang je...huhuhuh

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T