Sebab Kamu Istimewa, Kamu Ada Ruang Khas Dalam Telefon Bimbit Saya

Perut lapar tapi terus bersabar.. Ambil stetoskop dengar dalam perut, lagu Adamaya berkumandang.. Mentang-mentang dah episod akhir.. Ekeke.. Pandang roti pandang maggi.. Haish, sikit pun tak menyelerakan.. Ooppss.. Tiada kena mengena dengan entry pagi tadi ya.. Ehem ehem..




Tengah lapar-lapar, belek-belek handphone.. Mungkin kalau boleh dimakan, lama dah hilang sikit demi sikit.. Muahaha.. Tiba-tiba teringat kisah zaman dulu kala.. Umur dah besar, belasan tahun, dalam 19, 20.. Perangai keanak-anakan tetap ada.. Aigoo.. Semua orang pasti ada sifat keanak-anakan dalam diri masing-masing, tak kisahlah even umur dah cecah puluh-puluh dekad.. Terimalah fakta aku ini, anda juga ada sifat keanak-anakan yang kadang-kadang mungkin anda sendiri tidak sedar.. Sometimes, sikap childish buat kita nampak comel dan disukai, tapi lebih-lebih dan terlebih sudah, orang pandang pun menyampah..



Masing-masing ada cara mentafsirkan bagaimana sebenarnya digelar sikap keanak-anakan.. Untuk aku, aku ada satu sikap yang teramatlah childish.. *i think it is childish* Kalau aku ada berkenan atau tersangkut atau admire atau.. Apa-apalah.. Setiap kali "orang-orang berkenaan" SMS aku, straight aku buat satu folder khas dalam Messaging, aku bubuhlah nama "Special", "Sweetie", "SA" ke.. Dan semua SMS dari "orang-orang tersebut" memang aku move ke dalam folder tersebut.. Sweet tak? Sweet kan? Jumlah SMS yang paling banyak dalam folder yang pernah aku simpan adalah dalam 300 lebih.. *memori phone pun senak* Bila agak-agak aku merajuk dengan "orang-orang tersebut", cari DELETE terus tekan tanpa sesalan.. Muahaha..



Tapi itu cerita dulu kala.. Sekarang umur pun dah 23, masih lagi ke buat folder dan simpan semua SMS yang manis-manis belaka? Tettttt.. Keanak-anakan.. Saya dah besar sekarang.. Lalala.. Okeylah, mahu menunaikan tanggungjawab pada diri, bangsa dan agama.. Assalamualaikum semua.. =)


~ Semua gambar adalah hasil mengGoogle.. Sekian.. ~

Ulasan

nora berkata…
alie ada perangai tu jugak...
tp alie simpan msg pakwe alie je..
dlm hp lama dulu ada dkt 800..
bila gadoh je,cr msg2 lama send kat dia balik...

hahahaha


~sekarang x buat dah..

=)
Jard The Great berkata…
ahaha.. aku tak penah buat mcm tuu..
pal7 berkata…
pakcik pakai henpon 3310 simpan mesej x samapi 30 da xle masuk msg len..cmner nak simpan beratus2?..huhu
Hizami Li berkata…
betol ke?
ahha.
tak pernah terfikir pon.
tp kalau msj2 comel @ ucapan khas ada jugak simpan.
tp takde la buat folder.
;)
hans berkata…
hahaha
dlu rajin la den simpan mesej best2
skrg delete semua
rasa malas
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
msg2 tu sume kenangan..pernah nth mcm mane hp kena virus...hilang sume..waaa..menanges ooo
rhapsody LiN berkata…
haha....sama macam Hans..
skrg mendelete msg tnpa belas kasihan!
:pp
zaidharis berkata…
ei budak kecik,
hehehe
Amieynna Amin berkata…
ye saya pernah buat macam tu..
tapi sekarang da tsangat banyak..
bila memory da senak..
apa lagi..
"mark all" then "delete",,,
et berkata…
xbuat mcm tu.
tp still buat benda laen yg mcm budak2.
miahahahaaa..
zulaikhaablah berkata…
suka idea tu. sbb kalo nk delete msj, msti delete all, smpai terdelete msj org special. hik9...

btw, kak donlod kt mana personal taste tu? ada semua episod ke?
Adziim berkata…
x bleh transfer ke laptop? simpan di laptop pula.
:)
Tanpa Nama berkata…
hukhu...
same lew kite akak!!!
suke simpan..
tp if sy gado ngn diew..
sy x kan delete jgk..
hekhek!
ILA HonEyBuNNy berkata…
hahah..tol tu..dlu ila suka smpn msg2 yg suwit n wat folder gak..ahha
Frodo Baggins berkata…
huhuhuhuhu ... wa x pnh simpan msg! hahahha ~~~ dapat msg, baca, paham >>> delete. :)



>>___<< wooha!
Boneka Tak Sakit berkata…
mcm fredo. aku pown xsimpan2 msg2 nie.. kira yer aku nie memang xde hati dan perasaan la..

apa jadah simpam benda yg belalu hahah :P

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?