Kenapa Orang Yang Paling Kita Sayang, Selalu Sangat-Sangat Sakitkan Hati Kita?

Malam yang sangat menyakitkan diri.. Ouh.. Sakit perut oh sakit perut.. Bergulung-gulung atas katil.. Niat hati malam ini nak tulis entry panjang-panjang, maklumlah esok Sabtu.. Tapi nampaknya dengan sakit perut ini, hajat tak terlaksana.. Hoho.. Pendek-pendek cukuplah.. Haaa.. Sukalah entry pendek-pendek.. =p


Subuh-subuh tadi, ada orang ajukan soalan padaku.. Macam mana bunyi soalannya, boleh rujuk pada tajuk entry.. Siapa yang bertanya ya? Hmmm.. Teringin nak bertegur sapa, sebab banyak aku nak kata pada dia.. Huhu..





Jawapan aku simple dan mudah.. Letaknya pada paling sayang.. Sebabkan kita terlalu sayang, paling sayang pada seseorang, walaupun kesilapan yang dia lakukan itu sangatlah kecil umpama kuman, ianya tetap mendatangkan sakit hati.. Cakap ikut pengalaman babe.. Kita takkan terasa sakitnya sangat-sangat bila tak ada rasa sayang sangat-sangat.. Logik tak apa aku cakap? Rasa sakit hati itu datang dengan rasa sayang.. And that is why, ada sesetengah orang tak suka terlalu menyimpan rasa sayang yang banyak pada orang, bimbang hati disakiti..


Kita kata dia yang paling kita sayang.. Kita kata juga dia yang sakitkan hati kita.. Mana mahu kita korbankan dan give in? Orang paling kita sayang atau rasa sakit hati? Ouh.. Mungkin ada yang kata, sakit hati simpan lama-lama jadi nanah, membusung.. Hey.. Kalau begitu apa guna komunikasi? Apa guna kesefahaman? Apa guna kasih sayang yang anda ada? Betul tak? Think about it.. *aku rasa macam penceramah dalam kursus kahwin.. ekeke..*



Honestly speaking, aku kadang-kadang terasa juga sakitnya hati dengan orang yang aku sayang.. Even hanya untuk perkara kecil, hati tetap sakit.. Hoho.. Tapi bagi aku, aku cuba untuk tak tunjukkan rasa sakit hati aku, aku cuba overcome dengan berkomunikasi dengan dia, berborak supaya aku lebih setapak lagi mengenal dia.. Distract aku daripada terus-terusan sakit hati.. Dan.. Untuk mengenal seseorang bukan cerita sehari dua, it tooks you a whole life.. Sebab manusia berubah.. Kadang-kadang aku fikir, sikap aku ini nanti akan memakan diriku semula ke? Sebab asyik makan hati, simpan.. Bila nak besar? *ooppss.. memang dah besar pun..* Ahaks.. Entahlah.. Just pray for the best.. Marilah kita sayang-menyayangi ya.. Ngee.. Assalamualaikum.. =)



FOOT NOTE: Oh ya.. Dan janganlah asyik sangat sakitkan hati orang yang sangat-sangat sayangkan anda.. Okey.. Heehee..




DILEMA CINTA - UNGU


Seberapa salahkah diriku
Hingga kau sakiti aku begitu menusukku
Inikah caramu membalas
Aku yang selalu ada saat kau terluka


Seberapa hinanya diriku
Hingga kau ludahi semua
Yang ku beri untukmu
Tak ada satu pun perasaan
Yang mampu buatku begitu terluka


Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlamabat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku
Jauh darimu


Telah ku coba segala cara
Untuk bahagiakan kamu
Merebut hatimu
Namun tak semudah yang ku bayangkan
Bila kau tak inginkan ku untuk di sisimu


Tak pernah ku rasakan sebelumnya
Menginginkan dirinya hingga ku tak kuasa
Menyakini hatiku bahawa ku mampu berlalu

Ulasan

rhapsody LiN berkata…
uh.. mmg btul sakit..
tp knape bila kawan kite x kisah sgt bende yg dia buat tu?
rhapsody LiN berkata…
sis... u look like in love lah.
btul ke??


jeng


jeng


;pp
Hizami Li berkata…
tu la.
kadang kadang orang tak perasan dia dah sakitkan hati dia.
hurm.
mungkin dia perasan.
tapi dia buat tak tahu.
ahha.
kita jugak yang menjaga hati dia.
;)

*pengalaman jugak haha~
"Honestly speaking, aku kadang-kadang terasa juga sakitnya hati dengan orang yang aku sayang.. Even hanya untuk perkara kecil, hati tetap sakit.. Hoho.. Tapi bagi aku, aku cuba untuk tak tunjukkan rasa sakit hati aku, aku cuba overcome dengan berkomunikasi dengan dia, berborak supaya aku lebih setapak lagi mengenal dia.."

*ku jua selalu merasai ini...uhuhuu...;p
MaryamJamilah berkata…
sy suke entry ni.
terkene ngan sy skrg. :p
sy wat entry feveret ntok esok eh?
joegrimjow berkata…
ku tengah laya lagu skrg ni
Syazana berkata…
sayang menyayanggg......
Jard The Great berkata…
ku baru sakitkan hati seseorang.. huhuhuhu
ISZA berkata…
makan hati tau tak.. makan hatiiii.. sedap.. ;)
deus X machina berkata…
sakit hati makan hati
Sufi Asri berkata…
relax sudah...
jgn letak 100% kepada org yg kita syg maa... cuba kurangkan sikit.. hehe.. ini bukan teknik putus cinta ok?

=)
Tanpa Nama berkata…
alamak..adakah sye sakitkn hati awk..hmmm
Han$ Xy berkata…
hah3...betul gak tuh..kengkadang je~
Ibu Ammar berkata…
mula2 sakit ati rasa macam tiada maaf bagimu, tapi sebab sayang, asyik la mengalah. lagi dan lagi. lol
azuan berkata…
aku selalu sakit hati dengan blog kamu ini wakkaka~
.nad. berkata…
speechless...


tapi setuju 100% dengan apa yang awak perkatakan tu..

sebab terlalu sayang lah sakit hati tu datang even hal itu sangat remeh.
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
sayang dan benci berpada-pada baru hati senang sentiasa..heheh selamat pagi yang ceria
akira sendoh berkata…
hmm...biasa la tu..semuanya sebab sayang kan?? sabar yg paling penting..tak rugi kita bersabar..Allah bersama orang yang sabar..mungkin juga kita pernah lakukan kesalahan pada org lain, jadi ini merupakan kifarah pada kita la..hehe..farhana..akira da cam ustazah la..hehe..perasan tol akira neh..hehe
El-Zaffril berkata…
Lagu best... itu je nak komen

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?