Doktor Cinta Tak Semestinya Bicara Soal Cinta Saja

Hey hey.. Doktor Cinta tak mahu asyik bicara soal cintan cintun dengan anda.. Cukup sikit-sikit.. Kita ubah cinta kita kali ini dengan cinta yang lain.. Ramai pasti dah pernah melihat gambar di bawah.. Aku terima email ini dari seorang rakan blogger.. Terima kasih Paksuu..





Melihatkan gambar ini benar buat aku sebak.. Anda tak sebak? Kasih sayang seorang abang buat adiknya.. Tiba-tiba merindukan adik-adik aku tersayang.. Dah hampir 2 bulan tak berjumpa.. Sabar, akan pulang ke Melaka tak lama saja lagi.. Ngee.. Bila bicara soal adik-adik, aku teruja.. Aku cukup sayangkan adik-adik aku.. Sebab itu tiap kali pulang ke rumah aku suka peluk cium mereka walau umur mereka dah besar panjang.. Aku mahu mereka tahu yang aku sayangkan mereka sangat-sangat.. Entah apa akan jadi kalau mereka tiada.. Masih ingat lagi ketika adik bongsu aku dimasukkan ke hospital untuk pembedahan ketika usianya 8 tahun.. Aku tak dapat membayangkan tubuh kecilnya akan dibedah.. Semalaman aku menangis memikirkan keadaannya.. Mana tak, aku di Perak, adik di Melaka.. Jauh beribu batu.. Hanya doa mampu ku panjatkan agar adik selamat..





Perasaan sayang itu anugerah tuhan.. Hargailah ianya sebaiknya.. Sayangilah mereka.. Jangan nanti dah besar panjang, seorang ke hulu seorang ke hilir, mahu bertanya khabar pun jarang apatah lagi bersua muka.. Till here.. Assalamualaikum..


Ulasan

Ibu Ammar berkata…
ermm.. kena tanam rasa sayang dan saling rapat dari usia muda lagik, supaya nnti bila masing2 dah berumahtangga. tak da isu renggang sesama beradik.


i love my siblings!
Jard The Great berkata…
ku da hampir setahun tak jumpa adik2 lain
fndrocka berkata…
adik aku nak msuk kolej...nak kena bagi duit belanja sikit..kasih sayang lah tu kan.eheh

Latest Entri : Mendekatkan diri dengan puaka
Shahada Fauzi berkata…
betul2..kasih sayang antara adik beradik kena pupuk sejak dari kecil..nanti dah besar2 dah ada keluarga sendiri pun masih lagi mesra..takde la jadi kes hang buat hal hang, aku buat hal aku..
Sufi Asri berkata…
aku rindu adik2.. waaaa.......
Kuwe berkata…
Saya sayang adik saya.
Tapi buat onar, sama kena lempang juga. Hehh.
syaf berkata…
uncle pown syg adik2 tp maleh nk tunjukan sgt...ego ...kekekke

bagus lah farhana
en_me berkata…
sebak doc kanns.. uhuhu
El-Zaffril berkata…
Jadi doctor cinta boleh bicara tentang terapi enggak
black_mel berkata…
gambar tu amik kat gugel ker capture sendiri?cantik...
PCL berkata…
best sgt sesekali mkn sesama adik beradik kat luar, oder mkn kena lain2 jenis sbb boleh share semua mulut nak rasa...
rhapsody LiN berkata…
huhu...miss my sis so much!!!!
kitorg slalu peluk2 kalau BARU SEHARI DUA JUMPA. tapi kalau cuti lama2 tu nnti gadoh lah.hikhik~

ur age sama dgn my sis.
hehe..


love u sis~
:)
Menderas berkata…
ooo, adik di Melaka, takpe, jangan risau, rakyat Melaka amat prihatin. :D
akira sendoh berkata…
heee..akira tak dek adik..tp ramaiii sgt ank buah..hee..tp syg sumer2..syg akk..syg abg..hee..mcm lagu la..satu2 akira syg ibu..dua2 akira sayg ayh..tiga2 syg kakak, abg, ank buah sumer..123 syg semuanya...yippieeee~

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?