Tolong Bagi Tahu 2 Orang Blogger Ini Aku Jatuh Cinta Sama Mereka

Salam sayang penuh bunga-bunga cinta untuk semua.. Erk!! Tajuk nampak macam aku tamak sangat ke atau desperados sangat ke sampai aku balun sekali dua? Nak buat macam mana, hati boleh occupied dua tempat.. Okeylah.. Cakap benar lagi jujur.. Actually boleh masuk lagi dua, total empat kesemuanya.. 2 lagi masih dicari.. Ekeke.. Mari-mari aku kenalkan pencuri-pencuri hati aku.. Mereka berdua bukanlah pengupdate tegar.. Selalu nampak di hujung minggu.. Yeke? Ye kot.. Haha.. Tapi kemunculan mereka sekali dalam sekala itulah yang dinanti-nanti.. Ngee..


Dengan keluarnya entry begini, aku risau jugalah, mana tahu kot-kot aku diserang oleh warga sejantina sampai tarik-tarik rambut bergusti dalam kolam renang.. Kalau mahu lebih sopan, mungkin takat balas-balas tweet dekat Tweeter nun.. Lagi haru kalau ada wartawan skodeng, mahu jadi cover page suratkhabar, kalah kes Fasha Sandha, Jejai, Nora Danish, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Almy Nadia dan siapa-siapa sajalah yang duduk berebut-rebut, merampas-rampas.. Ekeke..







Yang pertama kenal dah berkurun lama, dari awal dulu sampai sekaranglah aku dok kira-kira.. Pangkat-pangkat anak ikan, ala-ala Justin Bibir rasanya.. Beza umur 2 ke 3 tahun buat aku rasa nak mengurat pun, itu segan juga ada.. Itu malu pun ada banyak juga.. Apa boleh buat, sedar diri, berlagak ibarat "kakak" yang baik saja.. Ehem ehem.. Agak-agak peluang ada lagi ke tak ya? Waka waka.. Kena sembelih nanti aku dengan bondanya.. Orangnya selamba kodok ayat power setiap masa.. Entry kadang pendek kadang panjang tapi tak pernah mengecewakan atau terkecewa mahupun dikecewa..


Dalam entry ada ayat-ayat pedas sepedas ayam KFC mungkin lagi pedas gamaknya malah juga sinis belaka.. Isu semasa dibogel, dikupas dan diperah macam nak buat ayor buah kekdahnya.. Entry berilmiah pakai number-number pun on saja.. Tapi tak sah kalau tak ada unsur sindiran dan kata-kata yang tajam dan menusuk ke hati juga jiwa.. Hitam itu dunia blognya.. Asal Kelantan rasanya.. Belajar di Melaka.. Senegeri dengan rumahku syurgaku, kalau nak ajak dating pun on saja.. Waka waka.. Haish, statement fakta-fakta pasal dia buat aku rasa diri dah macam stalker ke apa.. Itu dia.. Sana-sana.. Bawah sana..


|

|

|

|

|


Panggil Kuwe Meon saja.. Melalut Kelaut Secara Berjemaahlah kita semua ya dengan lalutannya.. Ekeke..





Masuk pula pencuri hati yang kedua dalam ini story.. Baru saja kenal, dan tak banyak yang diketahui.. Sorry.. Jangan suruh aku naik lori.. Mahu kenal dia dan baca entry, minda kena buka begitu juga hati.. Kadang cerita dia ini buat aku golek-golek sebab geli dalam hati, kadang pula censored dan memang geli-geli, kadang-kadang lagi, jiwang nak mati.. Header dah cukup rock, tapi rupanya dalam hati ada juga sudut "jiwang nak mati".. Jiwang, itu yang buat aku tertambat hati.. Erk!!


Wood Is Kayu, Love Is Cinta nama blog diberi.. Entah apa signifikan, mahu ditanya tapi tapi.. Ahh tapi.. Tak mengapa, nanti kita kenal lebih dalam lagi.. Heee.. Aku Linglung nama pencuri hati.. Mahu lagi manja dan panggil "Ling" takut menakutkan dia lalu dia lari.. Mana mahu cari pengganti? Hihi..


|

|

|

|

|





Dah macam sesi terjah menerjah blogger rasanya.. Bukan apa, saja nak berkongsi apa yang suka, apa yang best-best saja.. Oh ya.. Tajuk entry terlampau ya? Bikin cemburu dan mendatangkan kemarahan peminat mereka? Maaf dan ampun ya.. Aku sekadar peminat blog mereka saja.. Tak ada niat mahu melebih-lebih atau seangkatan dengannya.. Bercanda di hujung minggu, gelak tawa sekali dalam sekala.. Hidup kena ceria sentiasa.. Betul tak bapaknya? Ooppss.. Tersasul pula, maafkan hamba kiranya ada silap di mana-mana.. Ekeke.. Ini entry suka-suka, sekadar mengikitiraf insan yang buat aku gembira dengan coretan mereka.. Terima kasih semuanya.. Assalamualaikum dan salam satu cawan dunia.. =)



FOOT NOTE: Kata Linglung.. "Sang gadis pencinta terbaik adalah sang gadis yang boleh menjadi sahabat sejati dan diari hidup kepada pasangannya.." Dan aku ingin jadi gadis itu.. =)

Ulasan

joegrimjow berkata…
ahaa
ada blog untuk cibada
;)
Amieynna Amin berkata…
tajuknye sungguh gempak...
suke footnote kamu..
mendalam..
Boneka Tak Sakit berkata…
kenap bukan aku kenapa bukan aku!!! sedih aku mengharap cinta ko! huhuhuhhuhuh *berguling2 keluar
Adziim berkata…
yg blod wood is kayu tu prnh r ku baca.
Jard The Great berkata…
hehe... suka blog jejaka je ke? blog gadis2 takda ke?
Hizami Li berkata…
wow.
thanks sbb kongsi psl blog2 tu.
zami x perasan pun blog2 tu.
:)
nora berkata…
tQ sis..
alie dah follow belog dia org..


=)
PuanPepel berkata…
hoh....mmg ke laut melalutnye..
shahirahkhairudin berkata…
ana telah membuatkan saya terjebak sama.. ~_~
Linglung berkata…
derr!!
gua terharu lantas adanya gua nak ucapkan terima kasih..
gua pelik juga tadi bila cek stats, gua tengok byk traffic dtg dr blog lu, rupa-rupanya ada entri pasal Wood is Kayu Love is Cinta..hehe..

gua nak cakap satu je,"terima kasih"

lagi sekali gua nak cakap,"terima kasih".

gua senyum saja :)
~aSHa~ berkata…
dua2 blog tu layout hitam..hitam itu menawan ye?
Kuwe berkata…
wahhh.
gila sial. dia punya tergamam macam dapat ayam kentaki free. gila ahh. lambat aku baca ni, sekarang ada appoinment dekat melaka seminggu dua. Ni rasa nak save letak dalam folder asing tanpa hidden nii.
akira sendoh berkata…
best ar nota kaki tuh..akira suker...ngee~
Unknown berkata…
kalau nak tahu..aku ni kira pembaca tegar blog linglung tu..'mmg best la dia punya entri..kadang2 buat aku ketawa, kadang2 buat aku terfikir..kadang 2 jiwang plak..
memang masyuk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?