Anak Itu Rezeki Anugerah Allah
Assalamualaikum dan salam malam Sabtu buat semua.. Hujung minggu datang lagi dan buat kesekian kalinya bersendiri lagi di rumah sewa ini.. Housemat tercinta semuanya dah pulang ke Kuala Lumpur.. Rasa tak sabar untuk pulang ke Melaka minggu depan.. Dah sebulan lebih rasanya tak pulang ke rumah.. Miss my little baby brother.. Erk.. Umur 10 tahun.. Babylah sangat.. Huhu..
Entry kali ini saja ingin berkongsi sebuah kisah dengan anda.. Kisah seorang bayi berusia 10 bulan yang kini berada di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun..
Bayi ini adalah anak ketiga daripada 3 orang adik beradik.. Ibunya berusia 20 tahun dan ayahnya pula 30 tahun.. Keduanya berniaga burger.. Anak sulung usianya 3 tahun dan yang kedua pula 2 tahun.. Bayi ini mendapat rawatan rapi dek kerana jangkitan bakteria yang dinamakan Pseudomonas Aeruginosa yang teruk pada saluran pernafasan sehingga merebak ke usus.. Akibatnya usus bayi ini pecah.. Malah kaki bayi ini juga terkena jangkitan yang amat teruk..
Saluran pernafasannya terpaksa ditebuk dek kerana masalah pada saluran pernafasan dan terlalu banyak kahak.. Bayi lelaki ini terlalu comel dan bila melihatnya rasa sayu saja.. Sama-sama doakan adik Ahmad Fitri cepat sembuh ya..
Aku tak dapat menceritakan keseluruhan kisah kanak-kanak ini kerana mungkin ianya tak begitu enak untuk diceritakan.. Cuma pengajaran yang aku dapat, yang kalian semua boleh dapat, anak itu sesungguhnya rezeki dan anugerah dari Allah buat pasangan suami isteri.. Dan bila kita dapat rezeki seharusnya kita bersyukur, dan sesungguhnya mereka yang tak bersyukur dan tak menghargai rezeki kurniaan Allah, bukankah itu namanya kufur nikmat.. Semoga jadi renungan buat semua..
Assalamualaikum.. =)
FOOT NOTE: Semua orang ada masalah dan tak ada masalah yang tak ada jalan penyelesaiannya..
Ulasan
\moga anak ithu baik2 saja...
kalo tak keberatan emel la sy
azrisha03@yahoo.com
ye
tq
Kesiannye Ya Allah. Hope die cepat sembuh.
P/S : Review Film : Ong Bak 3 Memang Lucu! Hahaha!
BETUL TU...
dah berapa anak sekarang?
he he..
hehe..gua pulak yg emosi lebih :p