Kalau Jiwa Tak Sesuai, Cinta Takkan Wujud?

Dulu-dulu, aku percaya cinta pandang pertama.. Tapi itu dulu.. Manusia berubah mengikut pengalaman dan kematangan usia.. Kini, aku tak lagi yakin cinta lahir melalui pandangan pertama.. Bagi aku, cinta yang benar-benar cinta lahir melalui satu jangka masa.. Melalui tempoh mulanya sebuah perkenalan, menilai hati budi, mengetahui segalanya tentang diri seseorang luar dan dalam, maka cinta akan lahir.. Yup.. Bagi aku, memang betul, tak kenal maka tak cinta..





Dalam fasa hidup aku kini, aku sedang mula untuk belajar dan menerima sesuatu.. Aku mula perlahan-lahan mengakui kebenaran kata-kata Kahlil Gibran yang satu ini.. Benar kata orang, kita belajar melalui pengalaman..


"Jangan kau kira cinta datang dari keakraban yang lama dan pendekatan yang tekun.. Cinta adalah kesesuaian jiwa.. Dan jika ianya tak pernah ada, cinta takkan tercipta dalam hitungan tahun bahkan abad.."


Kesesuaian jiwa datang dari dua-dua jiwa.. Bukannya hanya satu jiwa.. Andai satu jiwa saja yang merasakan kesesuaiannya dan lagi satu tidak, maka kesesuaian jiwa itu takkan pernah wujud sampai bila-bila.. Dan cinta.. Adalah kesesuaian jiwa.. Teman jiwa.. =)


Assalamualaikum..





FOOT NOTE: Uit.. Aku dan kamu.. Ada kesesuaian jiwa tak? Heeee.. =p


Layan filem Filipina, You To Me Are Everything, jatuh cinta dengan lagu nyanyian Ronnie Liang ~ Ngiti.. Jatuh cinta sebab? Apa lagi kan.. Liriknya.. Ngee.. =)



Ulasan

Hime berkata…
agree ^^..apa2 pn, yg plg pntg keserasian jiwa tu..1st love ke apa ke, kn cr yg ada bonding..suka la post ni ^^ hee
joegrimjow berkata…
bunyi ca menusuk jiwa je ni
Ibu Ammar berkata…
cinta itu, dua hati satu rasa.

aku selalu jatuh hati sorang2 je, sungguh kasihan.

mana taknye. jatuh hati ngan artis korea. memang tak dapatlaaaa. hakhak
et berkata…
eh setuju laaaa.keh3.betol.kurang percaye lun at 1st sight.pelik jugak.tak kenal hati budi,tak tahu kesesuaian jiwa, macamana boleh kata cinta? flactuation tu je kotttt.^^
Hizami Li berkata…
hehe.
agreed!
:D
cinta perlu dua hati.
dua hati tapi satu hati.
kan?
Artzlizan berkata…
cinta...persoalan yang amat subjektif...

GULAI KARI HAZZY
rhapsody LiN berkata…
that's is the reason why i still x boleh in relationship with the doc cz there's no spark in the relationship.. we better be friend. ;)
Tanpa Nama berkata…
hurm..sometimes kiter rasa dia adlh soulmate kite..but..yup mmg btul..if sorg je yg rasakn and sorg lg x..it will never happen..
Shahada Fauzi berkata…
sebab tu ade istilah soulmate a.k.a teman sejiwa..keserasian jiwa perlu untuk menyatukan 2 hati yang saling jatuh cinta..^_^
zulkbo berkata…
salam..
rasa cinta pasti ada..
pada setiap insan yang benyawa..
maka hargailah cinta itu bila
anda mendapatnya...yang nyata susah
nak dapat cinta sejati..memadailah
cinta seadanya..wallahualam..
zulkbo berkata…
jangan lupa cintakan Allah..cinta abadi..
samdaddycool berkata…
Cinta berasaskan nafsu.. jadi lesu, cinta kerana hensem / cantik... 'bertuah badan'. Cinta yang paling best, kalau dapat suami /isteri mithali.
.Cik Nana. berkata…
kak fana..mintak izin nak copy ayat yg nie ek?

"Jangan kau kira cinta datang dari keakraban yang lama dan pendekatan yang tekun.. Cinta adalah kesesuaian jiwa.. Dan jika ianya tak pernah ada, cinta takkan tercipta dalam hitungan tahun bahkan abad.."

hee..menarik..
shahirahkhairudin berkata…
hurm.. shira tak penah pcaya cinta pada pandang pertama.. kalau pada pandang pertama tu shira kira itu hanya tarikan.. crush bak kata org parit.. ekeke.. basically, shira setuju dengan Ana.. :)
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
huhuh....mgkn jugak sebab tak sesuai tak kan ada keserasian dan kalu tak da keserasian tak da kesefahaman dan kalu tak da kesefahaman maka tak dalah wujud cinta dan hbgn yang kekal...
Nur Suaidah Bachok berkata…
wowwww!! :)
ku cinta pun takde. rilek dulu~
ISZA berkata…
perhubungan menjadikan diri saling melengkapi antara satu sama lain.. sama tak tak serupa ;)
touya berkata…
kesimpulannya , ngoratlah Touya ...EH ?
Tanpa Nama berkata…
tak percaya dengan cinta pandang pertama la. nonsense je benda tu. mula2 kena kenal hati budi gak.
black_mel berkata…
doc...bila nak pelawa kami makan nasi mnyk...jgn kawen sembunyi2 tau..
Nazz@Purple berkata…
penah dulu nazz terlalu naif percaya cinta pertama kekal selamanya..tp xde makne...dlm filem je..
Unknown berkata…
cinta merupakan beban perasaan yg sgt berat..jadi kena kenal btl2..cinta pertama sbnrnya xda dlm dunia nie...

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T