Berani Kerana Benar..

Assalamualaikum dan salam penuh kecintaan sekali lagi.. Hoyeh!! Mood untuk bergeli-geli dengan kisah cintan-cintun datang lagi.. Mungkin kerana terpublishnya entry LELAKI BOLEH BUAT PEREMPUAN PUN BOLEH BUAT, dan mendapat tempat di hati anda, anda dan anda.. Maka semangat aku membuak-buak untuk sekali lagi mencuit hati anda dan buat anda terbang ke lapisan langit ketujuh.. Ngee.. Jom layan..


Sila KLIK butang PLAY untuk impak maksima.. ^_-









Rona mundar-mandir dari hujung sini ke hujung sana.. Ada sesuatu yang menyesakkan dadanya dan bikin dia tak senang duduk.. Apa yang dia rasa perlu dileraikan segera.. Menggolekkan diri di atas tilam empuk lalu dicapai telefon bimbit di hujung katil.. Jari runcing itu laju menekan kekunci.. Dipicitnya bertubi sana dan sini.. Messaging > New Message..


Roni macha.. Tolong aku weh.. Aku sakit derr..


Telefon berbunyi.. Roni mencapainya dengan malas.. Dibukanya pesanan yang tiba ke dalam kotak dalam telefon bimbitnya.. Matanya bersinar, bibirnya terukir senyum.. Melihat nama Rona "sahabatnya" itu bikin hati bunga-bunga riang.. Bukan senang si Rona mahu memulakan.. Acapkali Roni yang akan telefon dan sms terlebih dahulu.. Mahu harapkan Rona macam tunggu bulan nak jatuh ke riba, entahkan bila.. Sebab itu dia ambil keputusan untuk mendiamkan diri beberapa hari.. Bukan merajuk, saja mahu menguji si Rona, ada rindukah padanya.. Roni gelak kecil memikirkan tindakan kebudak-budakannya itu.. Mesej itu dibalasnya pantas..


Apa sajalah kau Rona.. Sakit apanya pulak?





Rona
Weh.. Aku rasakan.. Aku sakit rindu arr..


Roni
Rindu siapa minah oii? *dalam hati kata - akulah tu.. ekeke..*


Rona
Ada mamat ni.. Aku rindu dia.. Tapi weh.. Ermmm..


Roni
Mamat mana? *kecewa laa pulok*


Rona
Kau tak kenal kot mamat ni.. Aku nak mesej dia nak kata aku rindu arr..


Roni
Habis tu? Apa masalah kau? Senget betullah kau..


Rona
Ada kata aku senget.. Aku malu arr.. Aku segan.. Tak tahu macam mana nak mesej.. Tapi rindu gilerrr..


Roni
Kau pemalu? Wakaka.. Dah arr.. Buang masa je.. Baik kau rindu aku lagi ada faedah.. Entah mamat tu rindu ke tak kat kau.. Haha..




Rona
Dengkilah tu.. Tak kira.. Aku nak mesej.. Nak mesej.. Nak mesej..

Roni
Haaa.. Mesejlah.. Yang duduk mesej aku ni apa hal.. *merajuklah konon*


Rona
Baik!! Fine!! Aku mesej!!


Roni
Aik.. Tadi kata tak berani..


Rona
Berani kerana benar.. Benar-benar rindu kenalah benar-benar berani.. Bluekk!!



Mesej terakhir Rona itu tidak dibalasnya.. Kecewa.. Ingatkan Rona merindui dirinya.. Kata-kata terakhir Rona tadi terkesan di hatinya.. Rona begitu berani.. Ya.. Berani kerana benar.. Tapi diri dia.. Benar dia cinta tapi beraninya tidak ada.. Sekarang, dia hanya mampu mengeluh bila Rona merindui insan lain.. Haish.. Malam itu Roni tertidur dalam keluhan yang berpanjangan..





Roni terjaga dari tidur dek bunyi bising telefon bimbitnya.. Dipandangnya jam loceng di sisi katil, baru pukul 3 pagi.. Digosok-gosoknya mata dan perlahan-lahan mencapai telefon bimbit.. SATU MESEJ DITERIMA.. Dibukanya dan dibaca dalam mamai..


Woi Roni senget.. Kau apa hal? Geram seh aku dengan kau..


Roni kebingungan dengan mesej Rona itu.. Tiba-tiba satu lagi mesej tiba di kotak dalam.. Dibukanya, dan dibaca seketul-seketul..


Kenapa 3 hari tak mesej aku? Kau tak tahu ke aku dah rindu kau 3 hari? Apa pasal entah aku rindu kat kau budak senget.. Tapi tak kisahlah.. Aku rindu kau.. Okey.. Dah.. Sambunglah tidur..


Roni gosok-gosok mata.. Tak percaya dengan apa yang dibacanya.. Dalam hatinya ada satu rasa bunga-bunga.. Perutnya rasa geli-geli.. Tubuh rasa melayang.. Dah sudah.. Gila dah agaknya.. Ekeke.. Mesej itu dibalas laju..


Woi Rona.. Kau apa hal tak tidur lagi? Berani engkau kata macam tu kat aku eh.. Kau tahu tak rindu aku kat kau lebih dari 3 hari.. Sekian.. Tata budak senget.. Aku nak tidur..


Rona tersenyum lebar membaca mesej Roni itu.. Tiba-tiba dia tekup muka, malu dengan mesej yang dihantar pada Roni tadi.. Haish.. Berani kerana benarlah sangat Rona.. Heehee.. Perlahan-lahan matanya tertutup, barangkali sudah berlayar ke lautan mimpi.. =)



FOOT NOTE: Aku? Benar.. Tapi tak berani!! =p




Ulasan

Hizami Li berkata…
hehe.
adeh.
:D
comel storyline~
Shahada Fauzi berkata…
doc fana ni memang ade bakat la..leh wat novel nih..hehe..

p/s:: like this story..sweet..^_^
Cik SHiNJU berkata…
ROna ke Farhana tu? ;p
Menderas berkata…
Wah, lagu yang membuat saya mahu makan aiskrim Cornetto. :D
Tanpa Nama berkata…
comel la cter ni...rona ngn roni..pastu lagu pulak cam bg feel je mse bce cerpen ni..heeee..sweeett...cam ad kaitan ngn nurul je..huhu..
Boneka Tak Sakit berkata…
tak paham sebab xbaca betol2 nak baca betol2 lak malas
tapi cerita pertama ko aritu senang je aku paham tu sweet juga

yg nie mungkin sweet juga tapi aku malas nak paham hahaha

Ada ko kesah?*gaya azwan
hysman berkata…
cik Hana wanAbe....
rona roni dah ade tp markaroni nyer mane..lapo dehhh..
hahahaa....
mmg cool la si roni tuh..
cam penah terjadi je kat gwe..
jiwang la pulak..hohoho....
pgalaman sndiri ke cik Hana oii..
hahaaa....

~muzik tu mganggu skit.. hehehe
zulkbo berkata…
salam..
cool la byk gambo
katun jepun..he he
Kaito berkata…
haha..teringat aku perstiwa dulu2...msg cm budak comei..hehe...
Tanpa Nama berkata…
Salam singgah ukhwah dari Kak G. Ceria2kan hari anda. :)

Misi di Maya: Singgah2 memanjangkan silaturrahim sesama bloggers dan bertanya kabar bila berkesempatan. :)

Nampak ur gambar di byk blog ... so singgah jer.

Jiwang juger yer ... main kekatun.
PuanPepel berkata…
baca stori smbil layan lagu :)

cweet gtu....

rindu..
abigemok berkata…
alahai comelnya cerita. tapi ada ke mcm tu kat dunia yg sebenar? Kisah aku mcm tu juga tapi complicated sikit. hahaha. *TOT!*

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.