Aku Menangis Bukan Sebab Maradona Menangis

Salam bahagia di tengah malam.. Kebahagiaan dalam perpisahan buat Argentina pada hari Sabtu yang lepas kerana harus berpisah dan meninggalkan bumi Afrika Selatan selepas dibenamkan pasukan German dengan hentaman 4 berbalas.. Kosong??? Hasrat Maradona untuk berlari dalam keadaan seksi tidak termakbul.. Sedihlah agaknya Maradona.. Macam aku.. Walaupun ada gembira sedikit tercalit dalam hati sebab kekecewaan dek kekalahan Brazil Jumaat lepas diubati dengan kemenangan besar German, tapi aku tetap sedih.. T_T


- Erk.. Aku & bola bersatu? Ya.. Kami berdua.. Officially.. *blushing* -





Sebab apa aku sedih, bagaimana mekanismenya, apakah akibat dan kesan-kesannya adalah sulit dan menjadi rahsia kerajaan Cahaya Yang Riang Gembira.. Entah bilalah kerajaan ini akan mengakhiri musim kesedihannya dan happy ever after.. Happy yang datang pun sekejap-sekejap saja.. Berlalu begitu saja ditiup angin tapi kesan tiupan angin bagaikan taufan, kucar-kacir segalanya.. Doakan kerajaan ini akan kecap kebahagiaan ya satu hari nanti.. Heee..




Dalam kesedihan ini, berterima kasih kerana hadirnya Penyebab Senyuman Dalam Rahsia.. Datang bukan untuk menceriakan, apatah lagi untuk mengusir jauh kesedihan.. Hadirnya bak kata orang Jawa, macam "accident" saja.. Pesanan ringkas yang selalu hadir dalam tak diduga.. Kebetulan hadir tepat saat kesedihan melanda.. Pesanan ringkas yang memang ringkas-ringkas.. Tapi cukup saja buat aku tersenyum dengan kepoyoannya.. Haha.. Terima kasih weh!! Aku tak mahu taip pesanan ringkas dan berterima kasih pada kau, sebab aku tahu, yakin 100%, kau akan kutuk aku.. Jadi, aku tulis dalam blog.. Tocey.. Syukran.. =p





Satu aku nak pesan untuk diri aku dan diri kamu dan kamu juga kamu, sayanglah orang keliling kita.. Hargailah hadir mereka dalam hidup kita.. Sebab mereka hadir hanya sekali.. Bila dah tiada, tak guna untuk kita tangisi.. =)


Assalamualaikum..

Ulasan

geboo berkata…
btol tuu :)
HARGAI MEREKA
1st komen :D teruja lak
ISZA berkata…
dan sesuatu yang perlu diketahui.. takde ruginya memelih orang yang lebih menyayangi kita :D
rhapsody LiN berkata…
yeahh...appreciate people that appreciate us

=)
nora berkata…
tapi kalau kita saja yang sayang,dia antara sayang dengan malas,seksa..
Hizami Li berkata…
adeh.
zami terpikat dekat gambar last tu.
comel.
:)
Adziim berkata…
Sometimes...sometimes we just need to lost someone to realize we need him/her.
Cikgu Yang berkata…
Salam !!! Begitulah kehidupan manusia... orang tu sakit bertahun2 siapa pun tak ambil kesan, dengar2 dah meninggal.. barulah kesahnya menjadi berkesah2 . Kena terima hakikatnya , hidup ini bukan lakunan yang boleh diubah skrip2nya. Ini pendapat aku~~
Tanpa Nama berkata…
sabar la akak ek!
akira sendoh berkata…
"sesuatu itu akan jadi berharga apabila kita telah kehilangannya.." quote berhantu akira..forever..:D
El-Zaffril berkata…
Wah... nampak sangat dah lama tak jadi stalker ini blog... Anyway... cantik cat baru
Linglung berkata…
sungguh emosi entri ni. mungkinkah ianya berbaur cinta?

gua rasa, "mungkin".

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T