Kalau Nak Jadi Stalker, Sila Jadi Sweet Stalker..
Assalamualaikum.. Salam penuh misteri di pagi Isnin.. Bukan misteri nusantara mahupun misteri mimpi Syakila.. Ini misteri baik punya!! Hoho.. Hey hey.. By the way.. Aku berjaya bertahan sampai pukul 5 pagi menyaksikan gol Iniesta.. Tahniah untuk Spain!!
* * * * * * * *
Tak tahu semenjak bila, di mana, apa, bagaimana, kenapa dan apa-apa saja, serasa diri sedang diperhati, gerak geri dalam perhatian dan jadi bahan santapan mata itu.. Sampaikan rasa mahu korek hidung pun kena cover dengan sebelah tangan lagi.. Lenguh tangan wa.. Okey.. Tipu.. Dalam alam maya, tak ada maknanya orang nampak kita tengah korek hidung ke korek apa.. Ya tak.. *LEGA*
Sasaran? Facebook dan blog.. Macam mana tahu? Teknologi dah canggih manggih derr.. Hanya dengan satu jari dan kekunci ENTER pada keyboard, segala maklumat boleh anda dapati.. Senang kan? Guna jari pun boleh.. Entah apa yang dibelek, diselidik dan diskodeng di wall Facebook itu.. Blog? Cantik sangat ke blog aku? Apa ada pada entry-entry aku? Persoalan berpusing dalam minda.. IP Adress itu pun dah aku hafal bulat-bulat dikala waktu lapang.. Hoho..
Siapa aku di mata kamu untuk kamu belek dan kamu selidiki? Aku insan biasa tak punya apa-apa.. Pembelajaran aku pun pakcik MARA yang tanggung.. Malah aku masih single lagi mingle dan tidak punya suami berpangkat Datuk atau Tan Sri mahupun Yang Berhormat malah juga anak-anak comel untuk kamu culik lalu memeras ugut.. Kejap aku buka purse.. Ada RM50 saja derr.. Jadi, rasa-rasa apa yang kamu nak dari aku? Aku keliru dan sila jawab soalan aku..
Atau atau atau.. Haaaa.. Malulah nak tulis kat sini.. Ekeke.. Okey.. Sila debik saya dua tiga kali sebab gediknya saya.. Hey stalker.. Siapa kamu? Dari mana kamu? Apa mahumu? Mahu jadi stalker, silalah jadi stalker yang sweet.. A sweet stalker.. Tampil ke depan dan katakan, akulah stalkermu.. Wow!!
* * * * * * * *
Apa aku merepek eh? Hoho.. Cerita di atas adalah satu cerita rekaan.. Ada yang fakta ada yang auta.. Ekeke.. Cuma nak sampaikan pesanan masyarakat.. Dalam dunia maya yang tak bersempadan ini, macam-macam boleh jadi.. Kalau jadi yang baik, alhamdulillah.. Kalau jadi yang buruk, minta dijauhkan.. Kalau berhadapan dengan secret admirer, wow.. Kalau anda deal dengan orang yang punya niat jahat? Makanya.. Hati-hatilah dengan setiap tindak-tanduk anda.. Anda.. Sedang diperhatikan.. Ngee.. Tata semua.. Assalamualaikum..
FOOT NOTE: Casillas sangat menarik di mata aku.. Heeeee.. =p
Ulasan
emmm kalau dapat stalker yg baik takpa.. kalau dapat srtalker yang sampai membunuh.. parah.. huhuhu
apa pun.. harap semuanyer baik baik belaka...
snyap2 je....hehehehe
hehe
best jugak dapat tau sape
dia sentiasa nampak hebat di mata ini.
he told me he stalk me dah lama.
haha memang sweet kot :D
erk888
setakat tengok2 gambar tu...rasenye biase je kot..da banyak orang koru tengok2 gambar...tak dikire stalking kot hehehehe
datang sini baca pasal sweet stalker.. huhu itu maksud nya.
mselim3