Pengalaman Romantika De Amour Berbulan Madu Di Pulau Perhentian
Assalamualaikum orang Malaysia.. Apa khabar anda di hari Ahad? Salam penuh keceriaan untuk semua ya.. Hey!! Siapa ingat lagi entry aku yang bertajuk Mencari Calon Suami Nun Dari Pantai Di Timur Sana? Entry separa gedik tersebut yang berkisarkan rancangan masa depan aku untuk bulan madu di Pulau Perhentian telah mencetuskan idea dalam kepala otak untuk membuat sekuelnya.. Ekeke.. Gatal sungguh aku.. Kahwinkan kang baru tahu.. *bluching* =p
P/S: Hanya untuk pembacaan individu berusia 23 tahun ke atas.. =p
* * * * * * * *
Tahun 2012 @ 2013.. (ikut jadual tuan blog dan pasangan, tahun mana senang dan tak sibuk dan ada BANYAAAAKKKK duit.. Ekeke..)
Sepasang uda dan dara yang baru saja mendirikan rumahtangga telah ke Pulau Perhentian untuk berbulan madu.. Jom kita ucha-ucha apa mereka buat di sanun.. Ucha aku boleh, suamiku jangan ucha lama-lama.. Aku jealous.. Sekian.. =p
Dari jauh sana kelihatan sepasang suami isteri sedang berlari-lari sambil kejar mengejar, geletek-menggeletek.. Entah dari mana berkumandang lagu Kaho Naa Pyaar Hai *dramatik giler* Sesekali mereka berdua terjatuh di gigi air sambil tergolek-golek atas pasir pantai yang putih.. Alamak.. Main usap-usap rambut suami dia pula, si suami pula dok renung-renung mata.. CUT!! Cukup sampai situ.. Next scene.. =p
Bersambung dari sebelah sana.. Lari sampai ke sebelah sini pula.. Athletic betul pasangan suami isteri ini.. Tapi sampai sini masing-masing dah tak larat lari.. Si suami mengeluh penat.. Si isteri yang masih okey dan bertahan, apalagi, dikendongnya si suami di belakang dengan penuh kasih sayang walau kaki bergetar-getar, gigi diketap rapat menahan berat tubuh suami.. Nasib si isteri tiada osteoporosis, kalau tak lama dah tulang temulang hancur lebur.. Ekeke.. Dalam duduk dikendong dan mengendong, sempat lagi si suami mencuit-cuit telinga isterinya dan melayangkan satu ciuman di pipi isterinya yang tercinta.. CUT LAGI!! Dah dah.. Jangan demand scene seterusnya.. Next scene.. =p
Slot honeymoon mereka juga diisi dengan sesi menaiki boat round-round satu island.. Boat ke sampan ke rakit ke tak kisahlah, janji honeymoon.. Wakaka.. Tapi kalau dapat Titanic lagi menarik rasanya.. Hoho.. Disebabkan keinginan membara menaiki Titanic tapi tak berpeluang, mereka pun buatlah aksi-aksi ala Jack dan Rose, peluk di hujung-hujung boat.. Pakcik kemudi boat geleng-geleng kepala sambil cuba membalancekan berat takut boat tenggelam di hujung sebelah sana.. Orang tengah mabuk honeymoon, boat bergoyang macam nak tenggelam pun tak perasan punya.. CUT!! Penat tengok aksi ciplak.. Next scene.. I want more!! Haha..
P/S: Sebenarnya si isteri takut naik bot.. Ini fakta.. Baru disedari semasa menaiki bot di Pulau Pangkor tak lama dulu.. Takutnya macam nak suruh pakcik boat balik ke daratan semula..
Kata si suami pada isteri..
SUAMI
Awak.. Kejap lagi nak pergi snorkeling.. Saya tahu awak takut.. Kan?
ISTERI
Dah tahu tanya lagi.. Debik kang.. Buwekk!! *aksi budget cute*
SUAMI
Awak anggap jek macam awak pegi Fish Spa, tapi rendam satu badan.. Okey sayang bucuk-bucuk abang? Wakaka.. *gelak sinis*
ISTERI
*muncung sedepa*
Dek kerana tahu isterinya takut akan air, kedua-dua tangan isterinya dipegang selama mereka berenang, kadang-kadang pinggang dirangkul.. Sweetlah pulak.. Banyak ikan-ikan kecil yang kelihatan.. Ikan bilis ke apa.. Mereka sama-sama campak roti untuk dijamah oleh ikan-ikan.. Mula-mula bagi ikan makan, lama kelamaan, saya suap awak, awak suap saya.. Suap menyuap dah pula.. Even roti tapi tetap romantik.. Auww..
Sekian, tamatlah sudah kisah honeymoon di masa depan.. Wakaka.. Sehingga bertemu lagi di kisah honeymoon yang sebenar-benarnya.. InsyaAllah.. =)
* * * * * * * *
Heee.. Idea untuk entry ini dicetuskan sempena kepulangan Cik Alie a.k.a Nyah yang baru saja pulang dari Pulau Perhentian.. Terima kasih buat Cik Alie kerana sudi memberi aku loan gambar-gambar bagi entry ini.. Kredit kepada beliau atas gambar-gambar di atas.. Membuakkan lagi hasratku untuk ke sana.. Semoga tercapai satu hari nanti.. Ngee.. Okey semua.. Happy weekend.. Assalamualaikum.. =)
FOOT NOTE: Aku dengan seikhlas hati "rate" kegedikan entry ini, 10 daripada 5.. Over gedik you.. =p
Ulasan
gua rindu..
senyum sorang2 baca...
ambok laut ek????opssss hehehe
typo pulak dah.... =P
hahaha
P/s : Review Film : The Sorcerer's Apprentice Cool Giler Beb!
pergi jangan tak pergi.alie ingat nak tulis review ptg ni tapi tersangkut dengan metim la pulak..
T_T
best pulau perhentian tu..
saya nak p jugak arh..hehehe..
alamak saya tak boleh la..
fobia air laut..he he
farhana, i bet u have sumthing more on ur mind. more romantic than this :)
farhana...so sweet la anganan yu tu...jalan cerita yg best...ehehehe..
eh gambar2 ni leh ar dimasukkan ke blog akak kalo kesudian mengkongsikannye..
di blog http://terengganuimpianku.blogspot.com