Por Ser La Mas Hermosa
|
Untuk kepuasan maksima dan keseronokan anda dalam menyelami entry ini, mungkin KLIK PLAY dan memutarkan lagu di atas adalah cara dan jalan terbaik.. Ecece.. Ayat smeka sungguh..
Assalamualaikum dan salam Jumaat semua.. Salam Te Amo.. Salam kekecewaan juga buat semua peminat Germany seperti aku.. Tajuk entry budak ini sangat pelik hari ini.. Mungkinkah ini simptom-simptom kekecewaan dengan kekalahan Germany dalam melayakkan diri ke final match Cawan Dunia? Atau tanda protes tak puas hati dengan kemenangan Spain sebab itu terkeluar segala macam elemen ke"Spanish"an di sana sini.. Ekeke..Dah 2 hari berlalu, jangan risau semua, aku dah mampu ubati kekecewaan akibat ketidak berbaloian aku stay up pagi-pagi buta hanya untuk menyaksikan kelembikan permainan Germany.. Kelas pagi esoknya 7.30.. Berjalan dalam hospital dengan mata merah tak cukup tidurlah aku semalam.. Rasa macam dah jadi ahli keluarga Zombie Kampung Pisang.. Hoho..
Entry ini bukan aku nak cerita pasal kecewa pasal Germany pasal Spain.. Ingat lagi tak entry BUAT GADIS SEPI, MARILAH MENGENAL DAN MENCINTAI BOLA? Seperti yang dimaklumkan dalam perutusan negara Cahaya Yang Riang Gembira kepada seluruh penduduk dunia, aku selaku permaisuri Cahaya Yang Riang Gembira adalah seorang kaki bangku, tangan bangku dan segala macam bangku.. Bola? Tak pernah ada dalam kamus hidup aku.. Senang cerita, aku tak suka bola.. Tengok bola = mengantuk.. Bila mula musim Cawan Dunia a.k.a World Cup 2010, hidup dan duniaku sepi seketika.. Mulalah aku gedik-gedik mendekatkan diri dengan permainan yang jadi kegilaan dan tontonan jejaka-jejaka yang mengABAIkan AKU hanya kerana bola.. Ekeke..
Dan kini.. Lihatlah.. Tak sia-sia aku makan coklat bulat-bulat berbalutkan pembalut aluminium bercorak bola-bola hanya untuk menyemai cinta pada bola.. Kecintaan pada bola berjaya dipupuk sampaikan tahap kecewa nangis guling-guling bila Germany kalah.. Hoho..
Panjang lebar aku cerita, dapat tak apa yang aku nak sampaikan? Tak dapat ke? Biarlah aku dapatkan.. Aku percaya, kesukaan tehadap sesuatu yang tidak kita sukai boleh kita pupuk secara perlahan-lahan.. Mula-mula tak suka, tak berkenan, lama-lama sukalah.. Orang kata tak elok terlalu bencikan seseorang sebab mungkin satu hari nanti kita akan menyukai dia.. Kesimpulan yang boleh disimpulkan, arranged marriage pun okey apa.. Wakaka.. Apa juga kesimpulan aku.. Till here.. Selamat berhujung minggu semua.. Assalamualaikum..
FOOT NOTE: Makna tajuk entry? Because she is the most wonderful woman.. =)
P/S: Lagu di atas adalah Opening Song untuk Telenovela Rubi.. Enjoy.. ^_-
Ulasan
umar nk join skali lah..
hahaha
huhu
jgn sedih2 yer
spain menang kali nih
:D