Seperti Yang Ku Jangka Terjadi

Assalamualaikum.. Salam pagi Rabu untuk semua.. Ini adalah entry berjadual yang aku taip pada pukul 4 pagi dalam keadaan mata layu-layuan.. Baru saja pulang membawa teman serumah ke Jabatan A&E Hospital Ipoh.. Oh ya.. A&E stands for Accident and Emergency.. Jabatan Kecemasan orang Melayu kita kata.. Ngee.. Dek kerana sakit perut yang berpanjangan, bimbang pula jadi apa-apa, maka aku cepat-cepat pecut ke hospital pukul 2.30 pagi.. Hampir sejam juga di sana..






Seperti yang aku jangka terjadi.. Ewah.. Dah macam tajuk lagu pula.. Nak dijadikan cerita, masa mendaftar aku gedik sekali nak ikut pergi kaunter.. Aku tengok abang MA di kaunter pendaftaran dah pandang aku.. Dalam hati macam boleh agak dan jangka apa soalan abang ni nak tanya.. Dan memang betul ditanya.. Aku yang disangkanya sakit.. Aigooo.. Abang.. Muka saya muka orang sakit ya? Masuk abang MA, jumlah keseluruhannya adalah 5 orang.. Semua kata muka aku, muka orang sakit.. Asal jumpa aku, mesti tanya aku sihat tak.. Kenapa muka aku pucat dan tak bermaya.. Aku perasan lama dah perubahan diri aku, cuma malas nak ambil port.. Rasanya tak ada apa-apa sakit.. Kot.. Kan? Huhu..






Kalau patient sakit, ada doktor take care.. Kalau doktor sakit, ada siapa-siapa tak volunteer nak jaga, nak suap makan? Ngee.. Apa-apa pun, harap kita semua sihat-sihat selalu hendaknya.. Okey.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum.. =)




FOOT NOTE: Senyum satu penawar.. Buat aku tersenyum boleh? =)


Ulasan

Hizami Li berkata…
haha.
haish.
muka doktor muka pesakit?
sabar sabar.
:)
azuan berkata…
kan betul cakap aku ada penyakit nie ehehee....
Whoopz berkata…
Lor.. Lu skt ke doc? Meh sini gwa bedah lu sana sini.. Mesti okay punya.. :p
myaFiza berkata…
apa kata doktor pegi jumpa doktor...
nora berkata…
cepat2 sembuh tau =)
sukiminna berkata…
eleh.nk suap makan pulak.. klu patient sakit pun mane de dokter tlg suapkan.ish2. ngengade dokter ni
Shahada Fauzi berkata…
doktor pun manusia jugak..mesti tak boleh lari dari sakit..hehe..semoga doc fana cepat sembuh2 ye..

p/s:: betul cakap myaFiza..ape kata doc fana p jumpa doktor..
PuanPepel berkata…
sila jaga diri sendiri dengan baik ya doktor......hee~
zulkbo berkata…
Salam bertandang sahabat
moga hari mu di berkati
dengan kesihatan yang baik
dan gembira selalu..
moga sahabat anda cepat sembuh
jangan lupa makan ubat tau?
ISZA berkata…
muka sakit ok kot.. kalu orang kata muka tensen? haru gak..
Suraya I. berkata…
hehe, saba jela~
Ibu Ammar berkata…
jaga kesihatan...fizikal mental. doktor kena kuat. =)
et berkata…
kannn.muke doktor memang nampak macam saket kot.jangkit dari pesakit.keh3.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T