Kata-Kata Boleh Bawa Sejuta Makna.. | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Comments
Blogger Widgets

Jul 7, 2010

Kata-Kata Boleh Bawa Sejuta Makna..

Posted by at 11:00 PM Read our previous post
Assalamualaikum.. Salam kasih sayang dan salam penuh misteri ekoran misteri kehilangan komen-komen di blogspot.. Ekeke.. Lupakan sebentar misteri, mari kita hayati bait-bait kata ini dulu..


Kau Satu-Satunya

Oh... siapalah diri aku ini
TanpaMU.. Dunia ku pasti tak berseri
Dan hidup tak menjadi

KAU bagiku... Satu-satunya
Padamulah ku meminta, ku bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku KAU abadi


Dengan sinaran kasihMU
Kian terancang hidupku
Tiada lagi keraguan
KAU bagiku kekuatan
Mana jua KAU berada
Ditemani cahaya cinta

Sejak diriMU ku dekati
Diri ku ini ku kenali
Hanya Engkaulah sesungguhnya
Tiada dua

Di cermin kaca ku memandang
Diri ku serba kekurangan
Namun bagiMU bukan itu jadi ukuran
Melengkapi hidup kita
Bukan harta, bukan nama, bukan rupa





Dulu zaman kecil-kecil, lap hingus pun pakai hujung kain baju lagi.. Layan juga lagu sepesen dua pesen di atas.. Terbawalah sampai ke besar panjang dan dah boleh jadi mak orang sekarang.. Oh.. Patutlah besar panjang jiwang macam entah apa-apa punya, kecil-kecil dah dahsyat berkecimpung dalam dunia penuh kecintaan.. Salah siapa? Ekeke..


Dulu zaman kecil-kecil aku bertepek depan radio layan kaset-kaset Ukays, Spring, Iklim, Lestari, May, Wings, Search dan macam-macam zaman punya lagu lagilah.. Tak berapa nak register dan dah lupa.. Sampai tahap kaset rosak, terjuntai pita-pitanya.. Aku cekalkan diri gulung balik, pusing-pusing sampai naik merah jari-jari.. Daripada suara jelas gemersik sedap saja dengar sampailah suara penyanyi jadi besar, garau dan nyanyi pun lambat-lambat macam Alien Workshop.. Bayangkanlah berapa ratus juta kali aku putar kaset-kaset kesayangan aku sampai dia jadi begitu.. Salah siapa? Ekeke..


Tapi entry aku yang kali ini bukanlah nak cari salah siapa atau nak korek sejarah silam macam mana aku boleh jadi jiwang tahap petala dewa.. Cuma aku nak bagi tahu, masa kecil aku ingat lagu Ukays di atas, Kau Satu-Satunya lagu jiwang dari uda untuk dara.. Dari dara untuk uda.. Main passing surat penuh bedak mesti selit lagu itu lagu ini dan tak terkecuali Kau Satu-Satunya.. Pemikiran masih dangkal lagi barangkali.. Cinta monyet, cinta beruk, cinta chimpanzi buat kita nampak semua lagu pun macam lagu cinta.. Ekeke..





Bila besar dah panjang macam sekarang, jiwang pun dah tahap matang, lap hingus pakai tisu atau sapu tangan, perlahan-lahan kenal dan belajar makna di sebalik kata-kata.. Kau Satu-Satunya bawa mesej cinta pada Allah dan hanya DIA satu-satunya.. Susun kata yang mudah tapi interpretasi makna di sebalik kata sangat mendalam dan sangat besar..


Benar kata orang, kata-kata boleh bawa sejuta makna.. Lain orang akan ada lain pemahamannya.. Apatah lagi kalau kita bermadah dengan kata-kata penuh bunga-bunga.. Silap haribulan salah pemahaman, macam mana? Salah siapa? Jom sama-sama renungkan.. Assalamualaikum.. =)



FOOT NOTE: Saya Cintakan Awak.. Bawa sejuta makna tak? Heeeee.. =p

16 comments:

Hizami Rahim said...

haha.
gambar juga membawa seribu satu makna.
eh eh sejuta makna.
:)

cik paro said...

cinta ilah DIA sepenuhnya..

isi hati nurul said...

kata2 mmg bwak sejuta makna..tu pasal ada pepatah..terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata..badan binasa..so..jgn sekali2bermain dgn kata2..ececeh..

isi hati nurul said...

kata2 mmg bwak sejuta makna..tu pasal ada pepatah..terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata..badan binasa..so..jgn sekali2bermain dgn kata2..ececeh..

mier@merr said...

cuba hayati lagu 'bila diri disayangi' plak... mesej nye lebey kurang..... :)

kenwooi said...

everything has many meanings =)

cikgu isza said...

lagu-lagu ni masa akak dah nak masuk maktab dah..

kiranya adik akak ni lagi advance lah erk..

tak heran lah budak sekarang lebih advance dari adik akak..

;)

suhaisweet said...

Visiting here..luv your layout..nice..My very da very latest 4 today friend.. Dangerous!

Boneka Tak Sakit said...

ko memang jiwang!
elok lah ko berfikir luas camtu hehe..

akira sendoh said...

cinta utama akira..untuk DIA yang satu..:)

rhapsody LiN said...

lin pon asyik en3 jiwang je ni.. haha

malu! ;p

Cik Yuki said...

hahai..
igtkn berpantun ke td (nmpk sgt tak menghayati lirik)

lirik lagu rupenye hahaha

♥CIK SHA♥ said...

gambar itu sangat cantik..i like..^_^

lirik lagu dulu2 memang penuh makna tersirat kan??

Wan Gerrard said...

^^..Gerrard nie
bagus la pikir camtu, sama menghayati dan ingat-mengingati^^

SuRayA^i. said...

ehem!

~aSHa~ said...

betul2 kata2 tu bleh bawak byk maksud...Kau la satu satunya....kalo org main dgr je...ingat tuk kekasih..rupanye sebaliknya kalo hayati betul2...

© " Cahaya Yang Riang Gembira " is powered by Blogger - Template designed by Stramaxon - Best SEO Template