Anak Itu Rezeki Anugerah Allah

Assalamualaikum dan salam malam Sabtu buat semua.. Hujung minggu datang lagi dan buat kesekian kalinya bersendiri lagi di rumah sewa ini.. Housemat tercinta semuanya dah pulang ke Kuala Lumpur.. Rasa tak sabar untuk pulang ke Melaka minggu depan.. Dah sebulan lebih rasanya tak pulang ke rumah.. Miss my little baby brother.. Erk.. Umur 10 tahun.. Babylah sangat.. Huhu..




Entry kali ini saja ingin berkongsi sebuah kisah dengan anda.. Kisah seorang bayi berusia 10 bulan yang kini berada di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun..


Bayi ini adalah anak ketiga daripada 3 orang adik beradik.. Ibunya berusia 20 tahun dan ayahnya pula 30 tahun.. Keduanya berniaga burger.. Anak sulung usianya 3 tahun dan yang kedua pula 2 tahun.. Bayi ini mendapat rawatan rapi dek kerana jangkitan bakteria yang dinamakan Pseudomonas Aeruginosa yang teruk pada saluran pernafasan sehingga merebak ke usus.. Akibatnya usus bayi ini pecah.. Malah kaki bayi ini juga terkena jangkitan yang amat teruk..


Saluran pernafasannya terpaksa ditebuk dek kerana masalah pada saluran pernafasan dan terlalu banyak kahak.. Bayi lelaki ini terlalu comel dan bila melihatnya rasa sayu saja.. Sama-sama doakan adik Ahmad Fitri cepat sembuh ya..




Aku tak dapat menceritakan keseluruhan kisah kanak-kanak ini kerana mungkin ianya tak begitu enak untuk diceritakan.. Cuma pengajaran yang aku dapat, yang kalian semua boleh dapat, anak itu sesungguhnya rezeki dan anugerah dari Allah buat pasangan suami isteri.. Dan bila kita dapat rezeki seharusnya kita bersyukur, dan sesungguhnya mereka yang tak bersyukur dan tak menghargai rezeki kurniaan Allah, bukankah itu namanya kufur nikmat.. Semoga jadi renungan buat semua..


Assalamualaikum.. =)






FOOT NOTE: Semua orang ada masalah dan tak ada masalah yang tak ada jalan penyelesaiannya..

Ulasan

Nur Hawa Mohd Zin berkata…
tapi ramai tak hargai anak dan anugerah itu...ada 2400 anak luar nikah yg berdaftar..yang tak..wallahua;alam..
Tanpa Nama berkata…
insyaALLAH.,..
\moga anak ithu baik2 saja...
Hime berkata…
pelik kan..knp org sanggup buang baby..they're so damn cute..sgt cute lah baby dlm entry awk ni :))
~asha~ berkata…
ermmm mcm nak tau je cerita sebalik bayi 10 bulan tu...boleh share kenapa sebaliknya? mana tau boleh dikongsi ke atau dibantu

kalo tak keberatan emel la sy

azrisha03@yahoo.com

ye

tq
Shahada Fauzi berkata…
sian nye ahmad fitri tu..kecik2 dah dapat sakit kronik..Allah nak menguji hati dan iman kedua ibu bapa die tu..sejauh mana depa bersyukur dan redha menghadapi ujian Allah ni..semoga adik fitri cepat sembuh..
salamBEST berkata…
PICU eh kak?

Kesiannye Ya Allah. Hope die cepat sembuh.
kyo_9 berkata…
moga adik Fitri cepat sembuh..
Nur Suaidah Bachok berkata…
nak hekot balik melaka!!
Matt berkata…
besarnya dugaan pasangan tu ya..moga adik Fitri lekas2lah sembuh Insya Allah..nak balik Melaka ke? i'll wait for ya huhu~
zulkbo berkata…
salam..
BETUL TU...
dah berapa anak sekarang?
he he..
Linglung berkata…
sayu hati gua baca..sbb gua teringin nak ada anak dah ni :(

hehe..gua pulak yg emosi lebih :p

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?