Iklan Radio: Perbezaan Menjauhkan Kita, Kasih Sayang Mendekatkan Kita


Buah epal.. Buah lai.. Beza ke tak beza? =)

Senja-senja begini.. Hujan baru sudah membasahi bumi.. Sejuknya mencucuk-cucuk.. Sambil makan epal.. Sambil memikirkan buah strawberry bercampur krim, jagung manis dan kepul-kepul asap di tanah tinggi sana.. Tiba-tiba, mulut ini tak sengaja barangkali.. Terkata sesuatu..

"Kawe ni rindu doh.. Rindu telajok ko dio.."

Ahh.. Orang Johor ini tak pandai kiranya berbahasa.. Ampun dan maaflah dipinta..

Teringat kata iklan dalam radio, perbezaan menjauhkan kita, tapi kasih sayang mendekatkan kita.. Walau beza macam mana pun kita, selagi kasih sayang itu ada, kita takkan pernah jauh.. =)

Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Teringat pada sahabat baik yang seorang.. Shah Reza, orangnya Kelantan, Habibah, kekasihnya Kedah.. Biar beza tuturan kata, hati tetap sama dan setia.. :)

Ulasan

Hizami Li berkata…
hehe.
XD
ikhlas tp jauh.
@Hizami Rahim ye.. zami jauh di melaka sana.. huhu..
Cik SHiNJU berkata…
ikan di laut,asam di darat...
jumpa dlm piok,dedua kena gulai...
lalala :S
ftrhd berkata…
jika hati dah 'bersatu', jauh macam mana sekali pun tetap takkan goyah..insyaallah..

maaf lama tak kunjung sini.. saya bizi dengan study kat universiti.. keep in touch ye, doc! :)
Shahada Fauzi berkata…
setuju dgn hadi..hehe..

jarak bukan penghalang untuk mewujudkan kasih sayang..
@Fitrihadi.com Heee.. Betul tu fit.. All the best in study.. :)
@♥CIK SHA♥ Heehee.. Baru jek pas bace kisah cik sha.. Yep.. Tepat sekali.. :)
El-Zaffril berkata…
Tak sangka... boleh ke temu di sana yer... ahaks
Kuwe berkata…
doh tu kena jadi do'oh.

lalala.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?