Eh.. Umpama Mimpi Dalam Mimpi..
Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua.. Aigoo~ Hari ini saja dah berapa banyak lamaran, melamar, dilamar.. Err.. Mungkin petanda nak dilamar agaknya.. Lalala.. Mimpi siang hari ya Cik Farhana.. =p
Tengahari tadi lamaran Dev Karan Singh untuk Priya Varma dalam Mann.. Lepas itu, terserempak pula dengan Melamar Si Gadis - Bersediakah Anda? dari Ariff Shah.. Lamaran, melamar, dilamar, satu titik yang merubah hidup kita 360 darjah.. Betul tak?
Lamaran? Aku describe ianya sebagai Umpama Mimpi Dalam Mimpi.. Sebab itu lamaran adalah sesuatu yang dikira sebagai antara perkara terhebat yang pernah terjadi dalam kehidupan perhubungan kita.. Macam kata Ariff Shah, lelaki kalau dah ambil keputusan melamar, maka dalam kepala otak memang ada si gadis pilihan hati itu SAHAJA.. Tak boleh ada yang lain dah.. Dia kena tahu yang dia akan cinta dan sayang si gadis sampailah salah seorang mati.. (tolak jauh soal poligami.. ini si supersetia..)
Dan perempuan bila dilamar pasti rasa terkejut.. Aku yakin pasti ada yang akan stuttered sampai tak boleh nak keluarkan even satu patah perkataan.. And yeah.. The best part is, kita sebagai perempuan inilah yang memegang kunci kepada satu lagi tapak dalam fasa hidup kita.. Samada jawapannya YA atau TIDAK.. So guys, silalah tawan bakal isteri anda dengan cara lamaran yang bakal isteri anda sendiri tak boleh tak kata YA.. Jawapannya hanya YA dan YA sahaja.. All the best.. Weeee.. =)
Lamaran adalah momen seumur hidup sekali yang akan kita ingat sampai kita tua bersama-sama.. Si suami dah beruban penuh kepala, si isteri pula dah bongkok tiga..
Cuba tengok.. Saat Dev menantikan jawapan lamaran dari Priya, riak wajah penuh tanda tanya dan kerisauan..
Dan saat di mana Priya menunjukkan jawapan positif YES, wajahnya senyum saja.. Lebar sampai ke telinga.. Umpama mimpi dalam mimpilah kan?
Kan kan kan? See.. Macam mana besarnya impak lamaran, melamar dan dilamar dalam perhubungan sepasang uda dan dara.. Jadinya, soal begini janganlah dibuat main ya.. Tak elok okey.. Babab kang!! =p
Okey semua.. Selamat berhujung minggu.. Bagi yang berhajat nak melamar bakal isteri anda ini hari, ini waktu, ini saat dan ketika, best of luck and may happiness always be with you.. Heee.. Assalamualaikum.. =)
FOOT NOTE: Suka tengok riak wajah seorang lelaki yang dah komited dengan keputusan yang dibuat dalam hidupnya.. Yang sesungguhnya, aku ingin si dia menjadi suri dalam hidup aku mulai saat ini sampailah ke akhir nyawa.. And I hate lelaki yang tak bertanggungjawab dengan setiap kata-katanya, pakai nak ikut cakap manis dan layan jiwang saja.. Tapi action? Ke laut tenggelam tak jumpa-jumpa tepiannya..
Ulasan
malas pk bab lamaran. mungkin sebab masih jauh ke arah itu. huuuu
=)
erm dh lupa...
ke bro xmelamar pun
Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House
budi sdg menunggu =P
~ blum pernah pun lagi..heheh ~