A Boyfriend

Assalamualaikum.. Selamat selamat semuanya.. Seharian berlalu macam tak disangka.. Dah nak habis rupanya hari Sabtu.. Buku tak selak selak lagi.. Haish.. Mengeluh mengeluh saja.. Hari ini bangun pagi-pagi, celik saja mata terus angkat handphone yang aku sayang.. Dial number birthday woman.. The dialog goes like this..


Oh.. By the way, thanks a lot to those who dedicated their birthday wish in my Facebook.. Sayang semua.. Makcik Hayati pun sayang semua.. Weeee.. =)



Along
Assalamualaikum.. Mak..

Mak
Waalaikumsalam.. Baru bangun ke sakit suara tu?

Along
Baru bangun.. Haha..

Mak
Haa.. Ada apa?

Along
Mak.. Selamat hari lahir..

Mak
Ya.. Terima kasih.. Ingatkan lupa..

Along
Tak lupa.. Dari semalam dah ingat dah..

Mak
Angah awak pun mesej mak wish birthday malam semalam..

Along
Tengah malam?

Mak
Haah.. Boyfriend dia pun mesej time yang sama.. Mak dah tidur..

Along
BOYFRIEND ANGAH???

Mak
*gelak* Haah.. Boyfriend awak tak nak mesej mak?

Along
Haha.. *gelak mati kutu*


* * * * * * * * * *

Terkejut beruk jugalah dengar berita itu dari mak.. Tangkas adik aku memperkenalkan boyfriend dia pada mak.. Sebab sebelum ini memang mak tak kenal pun.. Ouh!!! Sakit jantung 4 saat.. Sebab utama sakit jantung, bukanlah sebab dengki atau jealous mahupun cemburu adik aku dah langkah bendul aku tapi sebab soalan mak yang sebiji soalan wartawan Melodi.. Haish..



Jadinya.. Diseru kepada pemuda-pemuda di luar sana.. Siapa yang merasakan dia adalah boyfriend kepada Cik Farhana, sila mesej dan wish birthday mak saya dengan kadar segera sebelum 12 tengah malam.. Number telefon? Nah..


014-tekan tekan sampai bila-bila pun tak dapat.. Kikikiki.. Tak boleh tak boleh.. A boyfriend is a bakal suami, a bakal suami will be a suami.. Jadinya mana boleh main redah macam itu saja.. Nak pikat mak ayah mertua, kena pikat anaknya dulu.. Tak ada dah gaya reverse, kuak lentang ke apa nak pikat anak, pikat mak ayah dulu.. Never never never!! Plus.. Suami bukan sebulan dua, tapi seumur hidup.. Jadi kena betul-betul melekat dalam hati, yakin 1000%, baru boleh kenalkan pada mak abah..


P/S: Mamat senget kaki KFC yang seorang ini macam sesuai dijadikan boyfriend.. Sebab dia kaki makan yang kuat makan.. Lalala.. Suka lagu nyanyian dia yang ini..





Okey mak.. Sabar sabar.. Tak lari menantu dikejar.. Kikiki.. And.. Selamat malam semua.. Assalamualaikum.. =)



FOOT NOTE: Tapi aku ada cerita perihal "seorang lelaki" kepada mak.. Hihi.. Gatal ya anak mak.. =p

Ulasan

saya suka soalan mak tu....

"Boyfriend awak tak nak mesej mak?"

sangat sporting...cayalah...bila lagi? ekekekee...;p
Anys Amyra berkata…
hehe. mak sporting takpe. tp maluuu kot nak kasik kenal. tehee.
adrinaqamarina berkata…
gaya dye seres lawak. haha
Along Fina berkata…
slm,,

akak, cakap kat mak suruh tolong carikan.. ehehhehe..
syanabel berkata…
haha "tak lari menantu dikejar" .. macam-macam ler akak nih..lol~
FatinNad berkata…
tak dapat bayang mcm mane farhana gelak mati kutu tuh :)
black_mel berkata…
wah..xkn angah tu langkah bendul kan...doc..cari cepat...
Tanpa Nama berkata…
aiyo...mak dh tye tu..hehe..sapa agak2 boypren ana ek..ngeeee...

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?