Mari Kita Buka Klinik: Kes Pertama

Assalamualaikum semua.. Semoga semuanya baik-baik saja.. Eh.. Kalau dikira dicongak guna jari, lama lagi rasanya baru termampu nak buka klinik.. Klinik ubat-ubatan.. Tapi dek kerana tuntutan, klinik dibuka awal pula.. Tapi bukan ubat-ubatan, dah nama lovey-doveyland, apa lagi kalau bukan Klinik Cinta namanya.. Banyak kes-kes baru masuk dan kadang tak terhandle rasanya oleh Cik Doktor.. Haha.. Jadi sekali dalam sekala, minta tolong pembaca apalah salahnya.. Ya tak? =p



Kes pertama ini adalah tentang seorang adik angkat perempuan aku yang sangat sweet dan rapat dengan aku.. Persahabatannya dengan seorang lelaki yang belajar di luar negara.. Walau jauh tapi mereka sangat rapat.. Hampir setiap hari bermesej tanya khabar dan itu ini, YM, Skype dan sebagainyalah.. Kiranya sahabat yang sangat rapat.. Permasalahan dan keraguan mula timbul, tambah lagi dah berkawan rapat untuk satu jangka masa, mahu tak mahu, pasti ada rasa suka disemai, dan aku yakin di sudut hati pasti ada tertanam harapan untuk melangkah satu lagi tapak.. Bagi perempuan, pastinya mudah tersentuh hati bila mana ada lelaki yang ambil berat soal kita, walau si lelaki itu tidak mengungkap sebarang kata cinta, tindakannya pasti mengundang rasa dalam diri perempuan.. Setuju tak?



Soalnya, gadis ini dah mula letak harapan, tapi takut perasan sendiri dan malu nanti.. Jadinya, ditanya pada aku bagaimana untuk mengatasinya.. Haha.. Kira macam tergantung di awanganlah yang perempuan ini.. Fikir dalam hati.. Haih.. Dia suka aku ke tak suka ke.. Atau aku yang perasan ke..

Aku selesaikan masalah ini begini.. Ada bantuan juga dari sahabat-sahabat tersayang.. Soal begini, kadang kita perlu pandangan kedua, ketiga mahupun keempat.. Senang nak buat keputusan.. Terima kasih wahai sayang-sayangku untuk nasihat kamu itu.. Pada aku, memang terbaik..



Kata sahabat pertama..

Lelaki memang kebanyakannya begitu.. Ayat nak manis, perwatakan nak gentle.. Walaupun dia tak ada niat nak mengurat ke apa.. Lelaki tetap lelaki.. They were born to be like that..

Lelaki walaupun mereka macam kasar, macam tak kisah, macam suka lepak dengan kawan, enjoy life kononnya.. Namun jauh di sudut hati, mereka sepi sendiri.. Perlukan teman.. Sebab itu mereka layan kita baik.. Sebab mereka tetap perlu pada perempuan..

Lelaki memang sukar dimengerti.. Makin cuba difahami makin kita tak faham.. Tapi mereka juga asyik kata perempuan yang lebih sukar difahami..

Maybe it's a matter of time juga.. Mungkin harus tunggu dan lihat perkembangannya macam mana.. Tapi yang banyaknya, lelaki akan layan perempuan dengan baik.. Dan ianya tak semestinya sebab ada special feeling.. Dan mungkin kalau memang ada, mereka tak nak mengaku.. =p


Kata sahabat kedua..

Simple.. He keep in touch with you frequently because he wanted to.. Kadang-kadang tanpa feeling apa-apa pun.. Cuma suka berbual.. Maybe kita punya kepala masuk dengan kepala dia.. So he think, it's fun to have a talk with us..

Kalau dia tak ada kasi hint apa-apa like saying he misses you atau apa-apa hint yang berkaitan, bermakna niat dia cuma nak kawan.. Apa salahnya layankan saja.. You both ada peluang untuk get to know each other better kan?

Borak mcm biasa, be yourself and jangan letak expectation tinggi-tinggi..



Diagnosis

A good friend.. Repeat.. Friend.. Until proven otherwise.. Kikiki.. Hebat tak diagnosis aku.. It's true apa yang dua orang sahabat aku kata.. Selagi tak ada hitam putih, jangan terlalu berharap.. Kawan dan hanya kawan selagi dia tak katakan apa-apa yang boleh kita sandar dan kita pegang.. Jangan harap tinggi-tinggi nanti jatuh sakit.. Okey.. =)

Treatment

Boleh tunggu.. Kalau kita yakin dia sukakan kita, one day dia akan ucap juga.. Just wait.. TAPI..

Sampai bila nak tunggu.. Seminggu, sebulan, dua, tiga, empat bulan masih okey.. Kalau makan tahun, demi tahun tapi dia tak kata apa-apa? Dan dalam masa sama ada insan lain yang meluah rasa dia pada kita, kita tetap mahu tunggu? Hmmm.. Tepuk dada sendiri mahu ingatlah.. Ekeke.. Kebahagiaan kita bukan untuk sehari dua tapi untuk selamanya.. Jadi, buat keputusan yang paling bijak dan paling sesuai untuk kita.. Sekian dari doktor anda.. Haha.. Terima kasih, datang lagi.. Kikiki.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Anda pembaca, ada pandangan anda sendiri untuk bantu adik ini buat keputusan?


Special thanks to Puteri Biru dan Shahirah Khairudin..

Ulasan

"Lelaki memang sukar dimengerti.. Makin cuba difahami makin kita tak faham.. Tapi mereka juga asyik kata perempuan yang lebih sukar difahami.."

setuju ngan kata² ni....

*pasal penyelesaian nya...kalo leh jangan terlalu menaruh harapan la...jadi cam bese....jangan terlalu fokus pada die sampai tak berkawan dengan orang lain....
Tanpa Nama berkata…
setuju akak!!!
kdg2 lelaki bkan nk kapell..
just nk kawan n teman diew..
so, diew treat lew owg tue baek2
tp pmpuan kdg2 salah faham..
diew anngap macam diew bg harapan..
act x pun..
huhuhu
@Nur Aainaa Khairunnisa Hehe.. Satu ari nanti pasti akan jumpe yang boleh saling memahami.. :)

Yup.. Jangan berharap sangat kot.. Bagi peluang juge pade orang lain.. Macam lagu lama tu, jangan tunggu lama2, nanti lama2 dikebas orang.. Kalau betul dia suke, takdenye dia nak tunggu lama2 sampai kene kebas ngan orang lain.. Kan? Hee.. :)
@Lelaki Ini Heee.. Jadi lelaki kene laa direct cakap.. Aku kawan kau, kau kawan aku.. Tak ada yang lebih.. Jadi, perempuan tu tak harap pape, dn boleh bagi peluang kat diri dia dengan orang lain.. :)
adrinaqamarina berkata…
rina pon ade jugak kawan yang rapat mmacam ni,

tapi sebabkan rina tak pernah jatuh hati pada dye, mungkin benda tu tak jadi macam ni.

tapi laki memang mulut mmanis kan kakak?
lalink7 berkata…
untuk mengelakkan dripada berlaku perkara memalukan sila jgn bertindak di luar jangkaan..

hmm...saya rasa kawan macam biasa sahaja wlaupun tahu sesekali si lelaki tersebut ada memberi hint..org ckp kite main tarik tali..lelaki kenkadang nak tgk gurl tue macam mana..lelaki suka menguji..hmm..itu pastinya..
kenkadang lelaki nie mungkin tiada perasaan, melayan si perempuan sbb dirinya kesunyian..itu shj..tp xtahu la macamana..
shahirahkhairudin berkata…
suka dengan 'main tarik tali' lalink7..
true.. dengan lelaki kita kena main-main macam pancing ikan jugak.. kejap hulur, kejap tarik.. lalala~

aww!! sayang kamu juga Ana..
@adrinaqamarina Tapi ade laki yang cakap ngan pompuan nak "garang" jek.. Takde manis2.. That type akak like.. Kikiki.. :p
@lalink7 Tu laa.. Susah nak paham kan? Haha.. Tarik tali tu mmg menarik.. Bagi sikit pastu tarik.. Kan.. Haha.. Tapi jangan main tarik tali lama2.. Tak larat plak.. :p
@shahirahkhairudin Pancing ikan jaws pon menarik gak kan dear? Hahaha..

Sayang kamu juga juga.. Kikiki.. :)
ieda berkata…
a very2 good advise dikk ...akak setuju sgt .. even dah kawin punn x letak 100% kasih dan sayang pada hubby .. only put around 80% , simpan 20% lagi utk diri sendiri .. sbb takut kalau terluka tidak lah teruk merana .. :))
syanabel berkata…
best la klinik akak punye servis!

for treatment : ape kate buat satu ujian. Cakaplah konon nya kita ada admire sorang laki ni. Tapi frust sebab laki tu dah ade kapel. Then tengok reaksi dia camne.
Seyes my fren pernah try. Daripada laki tu tak ckp pape, laki tu terus bagitahu yang dia suka sebenarnya. But depends on jenis laki tu camne jugak la..hehe

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T