Kita Hanya Merancang..
Assalamualaikum.. Salam di pagi Khamis untuk semua.. Gambar nampak sedap dan yummie kan? Sebab sekarang aku teramatlah lapar tapi malas nak makan, jadinya dengan meletakkan gambar yang menyelerakan di depan mata mungkin boleh mengenyangkan.. Nyum nyum..
Tiap kali balik kampung, beginilah pemandangannya.. Sarapan pasti penuh satu meja.. Macam-macam ada.. Sebab itu, duduk di kampung adalah sangat heaven.. Sarapan sambil dengar ayam kokok, bau-bau pokok dan embun di pagi hari.. Nikmat kurniaan Allah yang tak ternilai kan? Perancangan masa depan.. Mungkin dah tua nanti, aku nak ajak encik suami bermastautin di kawasan kampunglah.. Harap bakal encik suami aku nanti lelaki yang suka duduk kampung.. Haha.. Okey.. Kita hanya merancang.. Jadi rancanglah sebaiknya.. =p
Lusa hari lahir Puan Hayati Haris, emak Cik Farhana yang amat disayangi.. Usia mak? Baru 44 tahun.. Muda tak? Mestilah muda lagi.. Anak sulung pun dah 23 tahun.. Harap mak dikurniakan kesihatan tubuh badan yang berpanjangan.. Cita-cita aku dulu nak jadi macam mak.. Apa dia? Nak kahwin muda.. Mak kahwin ketika di usia 21 tahun.. Sebab nak ikut jejak langkah mak? Bila kahwin muda, anak-anak dah besar tapi kita tetap maintain muda.. Tapi.. Kita hanya merancang.. Selebihnya di tangan Tuhan.. Cita-cita tak tercapai, sebab umur dah masuk 23..
Dalam hidup, tak salah kita merancang, rancanglah sebaiknya, tapi kita jangan lupa, macam mana kita rancang pun, yang menentukannya adalah Allah.. Jadi bila apa yang dirancang tak menjadi, tak seharusnya kita menangisi.. Apa pun yang terjadi, bersyukur kita pada DIA, setiap apa yang jadi, apa yang tak jadi, pasti ada pengajaran di sebaliknya..
Selamat menjamu selera di tengahari semua.. Assalamualaikum.. =)
FOOT NOTE: Dapat berita dari keluarga, ada sesi "matchmaking".. Jejaka lewat 20an, seorang cikgu.. Samada nak jumpa atau tak jumpa, nak terima atau tak terima, berjaya atau tak berjaya, kita hanya merancang.. DIA yang menentukan segalanya.. Tapi jangan sesekali menyerah untuk fight for our own happiness.. Coz at least.. We fight for it.. =)
Ulasan
dah jumpa nanti,jgn lupa bg tahu details kt kami ae..
=)
so sweet laa..
yup, kita mampu merancang..
so tak salah kita merancang sebaiknya..
penentuannya biar DIA yang tentukan..
kite pun nak ikut jejak mak kita.. kawin masa umur 23 tahun.. ada lagi 5 bulan ni.. heheheeeee
tapi makanan tu banyaknyeeeeeeeeeee
hari2 duduk kampung pon takpe...
tolong carikan 'berkat'. Insya Allah.
~ Patut ar terbau nasi minyak jer ni
.. weee ( nanti buat nasi beriani
bukhara boleh .. he33 )
~ moga kebahagiaan yg dicari-cari milik makwe :P
~ That's why u go away : MLTR .. keh33
That's why laa.. U go.. Haha.. :p
as for the matchmaking, pegi jer dulu, jodoh di tangan Allah...