Bila Sahabat Baik Dan Kita Jadi Satu, Beginilah Jadinya..

Assalamualaikum.. Tengahari semua.. Balik-balik dari test, mengantuk yang amat.. Sebelum menumbangkan diri, belek kejap Facebook, belek kejap blog.. Ada wall post yang ditagged untuk aku.. Khas dari seorang sahabat baik.. Tergelak aku membacanya.. Bukan gelak kecil sikit-sikit, tapi gelak besar pecah sunyi kejiranan ini.. Dahsyat!! =p



Orang kata sahabat itu mirror image diri kita.. Ya ke? Mungkin ya.. Mungkin juga tidak.. Yang pasti, aku dan sahabat baik, kami dua banyak beda.. Dia putih aku gelap.. Dia kurus keding aku comel montel.. Ekeke.. 4 tahun lebih, macam-macam dah lalui bersama.. Pahit, masam, manis, kelat dan payau semuanya ada.. Bercampur jadi satu rasa yang kuat yang namanya ikatan persahabatan..

Kadang kita jatuh, dia angkat kita bangun.. Kadang kita bangkit, kita bawa dia sekali terbang sama.. Begitulah manisnya yang nama persahabatan.. Cerita kita, cerita dia, jadi satu..


Sahabat yang ini tahu segalanya tentang aku.. Tentang rasa aku.. Tentang sisi aku yang kadang aku simpan dan aku sembunyi untuk orang lain tidak nampak dan tidak tahu.. Kadang juga dia lebih arif tentang perasaan aku sedang aku sendiri kadang tak mengerti dengan diri sendiri.. Haha.. Itulah namanya persahabatan..

Dan hari ini.. Sahabat ini menguji lagi rasa aku.. Cuba menebak rahsia di sebalik rahsia apa yang ada dalam rasa.. Dedikasi dari dia untuk aku, sebuah video dan lagu.. Ya.. Kata dia, dia melihat aku di dalam dedikasinya.. Aku mendengar tiap bait kata.. Dan yang termampu, hanya tergelak dan terketawa.. Hati yang dalam ini rasa apa? Ahh.. Biarlah rahsia.. Lalala..

P/S: Minit ke 3:30 video ini adalah SWEET GILER.. Nak pohon jawatan.. Jawatan apa? Hihi..



Selamat tengahari untuk semua.. Dan selamat menjamu selera.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Bila sahabat baik dan kita jadi satu.. Beginilah jadinya.. Apa yang kita rasa, dia lebih tahu, sedang kita sendiri masih tak tahu.. Haha.. Untuk dedikasi ini, terima kasih pada sahabat baik itu, FAIZAH FUAD.. =)

Ulasan

Nazz@Purple berkata…
Boleh saya jadi sahabat baik awak=)
Tanpa Nama berkata…
beruntung awak ada sahabat baik...
jagalah hatinya seperti awak menjaga hati sendiri yea... (^__^) ~
Tanpa Nama berkata…
AKAK...
beshnyew ade kawan baik..
sy dah la kwan pun xde sgt..
kawan baek apatah lagieyh..
adeyh2!!!!!
hysman berkata…
dulu kita sahabat maya tapi kini??? anda tinggalkn saye.. kahkahkah...
betul3, somtime sahabat pntg utk kite ekspresikn diri slain keluarga kita.... ;)
@bUdAk kEnTaNg Haha.. Amboi man.. Statement menyayat hati tau.. Anda yang tinggalkan saye okeyyy untuk kehidupan baru anda.. Ececece.. :p
@dianaTapi saye tak dok serumah ngan kawan baik saye.. Heehee.. Tapi kalau berjauhan pun, kita doakan yang terbaik untuk dia.. Kan kak?
Kuwe berkata…
dah berapa lama pulak kita bersahabat ya? yang pastinya. time tu cahaya riang ria kaler hijau. kehkeh.

"sahabat yang tahu segalanya tentang aku" pwittt. mesti kau taktau apa apa pasal aku. kehkeh.
Hazlin Nazri berkata…
sahabat sejati, sahabat dunia akhirat..
@KuweLama dah kot.. Setahun lebih? Haha.. Mase tu ko anak kecik lagi skang dah besar.. Hahaha.. :p

Ko perahsia sangat.. Ngada ngada.. Dush..
zulkbo berkata…
salam..
rasanya belum jumpa lagi siapa itu "sahabat sejati".walaupun isteri sendiri..
Liza berkata…
my husband is my best friend, that is why he is my better half :)
farhana berkata…
insan tanpa sahabat merupakan satu kekurangan dan kerugian yang besar dalam hidup.
sayangilah sahabat kerana dialah insan yg sering bersama kita tak kira susah atau senang =)
Linglung berkata…
ecehhh...boleh pulak apply jawatan nak jadi isteri ya? haha
PCL berkata…
Sahabat baik tu ramai..yg terbaik tu dah lama tak jumpa...

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T