27 Oktober 2010

Assalamualaikum.. Salam 27 Oktober untuk semua.. 26 Oktober baru saja berlalu.. Macam-macam benda dah jadi di tarikh 26 itu.. Harap semuanya akan kembali elok dan tsunami akan reda.. Chill okey.. Dan enjoy dunia blogging kita.. =)



Kalau diikutkan, tarikh 27 Oktober, aku sepatutnya ada test pagi dan petang.. Paginya di kolej dan petangnya pula di hospital.. Tapi ditunda ke hari Khamis.. Lega.. Sebab masih boleh belek buku.. Alah.. Macam tak biasa dengan pekerjaan budak last-last minute.. Tapi buku tak belek-belek lagi, asyik belek drama Korea.. 2 buah lagi.. Dr. Champ dan Sungkyunkwan Scandal.. Ekeke.. Mungkin ada skema jawapan untuk test Khamis nanti dalam drama Korea kot.. =p

Motif tepek gambar Cameron Highland? Gerak hati macam nak ke sana hujung minggu ini.. Teringin makan jagung manis.. Teringin jalan-jalan waktu pagi pukul 7, minum milo ais dan asap keluar kepul-kepul dari mulut.. Nyamannya.. Hmmmm..

Masa untuk sambung baca buku Farhana!!! Masa untuk bebel dan borak kosong dalam blog dah tamat.. Eh lupa.. Tadi cari makan di Vanggey, jumpa Emelda Rosmila.. Wow.. Beliau sangatlah cantik.. Putih mulus, gebu dan manja.. Comel saja lihat beliau berpaut di bahu ibunya.. Senyum sentiasa.. Lupa nak skodeng dalam kereta Harrier beliau ada Adlin Aman Ramli tak.. Hik hik.. =p

Okey.. Tata semua.. Selamat tidur.. Night night.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: PSDR saya.. Hari Rabu weh.. Paper dah mula.. Selamat menjawab paper dengan hebat.. 27 Oktober? 20 tahun 11 bulan dah.. Selamat menghabiskan lagi sisa 1 bulan.. Haha.. Uniknya ucapan aku.. Ekeke.. =p

Ulasan

adrinaqamarina berkata…
wah, nak juga jagung mani!

haip! ayuh kembali ke buku3 medic dalam kurungan movie korea. hehe
Nur Suaidah Bachok berkata…
nak ikut g cameroon!!!! hahaha :D
black_mel berkata…
baru 20 tahun??seyes???

p/s:gudluck kepada sesiapa yg akan ambik exam...
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata…
yg ni ke sweet sour ny??haha
tang mne yg sweet ny??
yg part foot note ke??
wawawawa..2 bkn sweet..unik la :p

ps. awl ny wish..nk jadi org 1st wish ke?? :p
Tanpa Nama berkata…
dah ;lame x g cameron!
beshnyew!
gud luck akak tok test tue!
zulkbo berkata…
salam..
selamat mentelaah buku
jangan tido lak nanti
la la la..
@Anonymous Hahahahahahahahaha.. Sweetkah??? Tak sweet ponnn laa.. Watpe nak sweet2.. Nanti org igt saya gatal plus gedik.. :p

Amboi.. Perli sakan.. Bukan nk jd orang pertama, plus ini bukan besday wish..Lagipun, takde makna pon kalau jadi orang pertama ke kedua ke ketiga ke.. Huhu..
Azuan berkata…
pergi genting cari strawberi...sedap!!
@adrinaqamarina Egypt ade jagung manis tak? Heehee.. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T