Aku Sebagai Perempuan Mengiyakannya.. Benar Ke Wahai Perempuan? | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Aku Sebagai Perempuan Mengiyakannya.. Benar Ke Wahai Perempuan?

11 comments
Assalamualaikum.. Kali ini aku ingin beri ruang untuk satu hasil seni yang berbeza dari coretan aku saban hari.. Tertarik untuk aku kongsikan karya insan ini dalam dunia Cahaya Yang Riang Gembira.. Hasil coret yang inti patinya buat aku angguk dan mengiyakan.. Tajuknya, PEREMPUAN daripada Fynn Jamal.. Kredit kepada beliau dan blog Ini Fynn Jamal Cakap untuk entry ini.. Terima kasih.. =)


Ah, perempuan.

*diam lagi*

Mudah, sebenarnya, untuk buat sang perempuan tidak pergi.
Kenapa perempuan suka lari-lari?

Sebab sunyi.

Maka jangan bagi dia sunyi. Jangan bagi peluang pada sunyi untuk singgah dalam hatinya. Agama kita sudah berkali-kali pesan, seboleh-bolehnya, jangan ditinggal-tinggal isteri lama lama. sunyi adalah musuh utama perempuan. Kalau kau masih terang ingatnya pada kisah hawa, ingatlah; ketika sunyilah si iblis datang dan membubuh cerita dalam kepala hawa.

Perempuan ini fitrahnya tidak suka disendiri. Ya, mulut mereka mungkin mengaku mampu dan gagah tapi itulah dia. Perempuan hidupnya perlu ada peneman gundah.

Ya, memang mengada-ngada.
Tapi itu fitrahnya.

Jangan bagi dia biasa bersunyi. Kalau pun dipisah jauh, jangan biar dia tersedar yang dia sunyi. Sebelum dia isikan kosong sunyinya dengan sesuatu yang tidak perlu, bersegeralah cari dia yang selalu menunggu untuk dijumpai itu. Sunyi, bagi seorang perempuan, adalah pucuk-pucuk kemurungan yang terlalu tajam dan mengilukan kalbu.

Sebelum dia penat, kejar dia dan sambut ketentuan jatuhnya. Jangan percaya sama bibirnya yang mendabik gagah, yang menempik takut goyah. Itu memang caranya. Perempuan perlu sesuatu untuk membukti perkasa.

Cara termudah adalah dengan melupakan yang sebenarnya dia tidak lemah dan tidak terpatah; dengan melakonkan watak sesasa badang dengan paling bersungguh dan meyakinkan, dengan harapan terbohong hati sendiri dan terus terpercayakan.

- SEKIAN -

Benar kan? Kan kan? Heehee.. Sampai sini saja perkongsian karya hebat insan seni yang berseni bernama Fynn Jamal.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Terima kasih kepada Encik Psychopath dan Cik Fey's untuk perkongsian karya Fynn Jamal ini..

11 Comments Here:

diana berkata...

akak pun tak suke di tinggal bersendiri..
sunyi..
nanti rindu kat suami..susah la!
heheh..bunyi macam gedik je..

cikgu isza berkata...

akak suka entri ni..
mendalam..

Amieynna Amin berkata...

correct33..
saya tak suke sunyi, tak suke keseorangan..
memang sifak perempuan mcm tu kot..

zulkbo berkata...

salam..
lelaki jawab boleh..?
betul la kut..?
he he...


New Entry "Palestine Will Be Free"

black_mel berkata...

suka jgk lagu2 fynn jamal...lagu dia sedap2..

Kuwe berkata...

i seee.
baru ku mengerti. takdala complicated mana perempuan ni. :P


eh, tapi aku perlukan pengalaman. lalala.

Sharif John berkata...

Suka berseorangan

wachak berkata...

ooo cam tu erk. cari ler teman kalau sunyi ya ... :P

farhana berkata...

Oleh sebab saya juga perempuan makanya saya juga mengiyakan
=D
betul sangat2

mier@merr berkata...

betul!
terlalu byk berlaku di depan mata..
kesunyian faktor kecurangan..
kesunyian punca perpisahan..

kdg2 dtg juga sunyi..kalau si dia bizi..
tapi...cukuplah hanya dia di hati...
tiada galang ganti..

Nur Aainaa Khairunnisa berkata...

saya setuju...uhuhuhuhu...

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.