Dan KepadaNYA Jua Kita Kembali | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Dan KepadaNYA Jua Kita Kembali

4 comments
Assalamualaikum.. Salam malam minggu untuk semua..


Ingat lagi pada kemalangan ngeri di Kilometer 223, Simpang Ampat, Lebuhraya Utara Selatan yang berlaku pada tarikh 10/10/10? Peristiwa yang memahat kenangan yang mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia.. Ngerinya sampai kini masih lagi terasa.. Hanya mampu panjatkan doa untuk mereka yang telah pergi..



Pagi-pagi lagi mak SMS.. Mak khabarkan tentang kematian sahabat adikku yang sama-sama menuntut di Institut Perguruan Bahasa Melayu.. Pada tarikh 10/10/10 itu, allahyarhamah menaiki bas Delima Ekspres untuk pulang ke kampus.. Akibat dari kemalangan ngeri yang meragut nyawa lebih 12 orang itu, beliau turut mengalami cedera yang agak parah sehingga beliau koma dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi..


Mungkin Allah lebih sayangkan beliau, dan beliau menghembuskan nafas terakhir tengah malam semalam.. Sesungguhnya kematian itu pasti cuma masa dan ketikanya saja kita tidak tahu.. Semoga arwah tenang di sana.. Al fatihah..


Dan sesungguhnya, kepadaNYA jua kita kembali.. Assalamualaikum.. Salam hujung minggu..

4 Comments Here:

nurayunni berkata...

tahziah...sedih dengan ape yg berlaku..

Liza berkata...

Al-Fatihah...

LadyBird berkata...

Innalillahiwainnailaihirojiun..
semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang terpilih..
aminnn..

molmolla berkata...

innalillah...

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.