Prevention Is Better Than Cure | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Prevention Is Better Than Cure

6 comments
Assalamualaikum dan salam tengahari semua.. Sedang menikmati kafein dalam cuaca yang redup begini, segarkan mata yang hampir nak layu.. Dalam duduk menghirup nikmat setiap tegukan kopi pekat itu, terperasankan sesuatu yang aku tak sedar..



Darah menitis di ibu jari.. Sungguh tak terasa ada sakitnya tapi tak semena cecair likat merah itu tumpah.. Benarkan.. Kadang ada benda yang patut terlihatkan tak terzahirkan.. Sedar tak sedar batin yang menanggung itu menanah dan mereput..

Hati kita yang namanya manusia, asas bikinnya sama.. Bezanya pada apa yang dirasa, merasa dan terasa.. Kadang tak sedar, dalam tiap kata kita ada selumbar yang mungkin tusuknya tak sehebat tusukan duri mahupun panahan sembilu.. Lukanya kadang tak terzahir tapi sedar tak sedar dah bernanah di dalamnya..

Tak perlu aku rungkai sedalamnya seperti yang seringkali aku coretkan.. Baca dan mengerti, sendiri ianya akan terungkai dan terfahami.. Kau.. Aku.. Kamu.. Mereka.. Kita.. Manusia yang punya hati.. Sama asas cuma yang lain adalah rasa yang terasa..



Jaga kata.. Jaga bicara.. Hati manusia sememangnya sukar ditebak dan dijangka.. Zahirnya saja pun sudah beda, apa lagi batinnya.. Kata orang-orang dunia ubat-ubatan, prevention is better than cure.. Tapi kalau dah sakit, cure tetap kena cure.. Jika sakit yang tak ada cure? And that is why prevention is better than cure.. =)

Have a great day ahead.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Kadang pula ada sakit yang cure is better than prevention.. Nikmatnya sakit bersalin, tangisan anak yang dikandung itulah pengubatnya.. =)


Gambar adalah ihsan dari Google Image.. Nama kedua-dua bunga itu adalah BLEEDING HEART..


6 Comments Here:

Jard The Great berkata...

ingatkan bc karya fida tadi.. ehehe

FarhanaDr berkata...

@Jard The Great Kah kah kah.. Lawak laa jard.. Jangan laa macam tu.. Karya fida tu hebat sangat.. Tak terjangkau sunggoh hamba nak mncapainya..

Hang pon tau kan level bahasa ku macam mane.. Standard bese bese jek..

farhana berkata...

lidah umpama pedang...
tu sebab kena jaga lidah supaya tak termakan orang yang tak bersalah....

i like dis entry..
mendalam...tapi diri ini memahaminya =)

Liza berkata...

liza stuju sgt pasal sakit bersalin, the moment nampak baby yg dilahirkan, segala sakit hilang terus

Hizami Rahim berkata...

hehe.
betul2.
kalau sakit yg xde cure, it is better to prevent it.
XD

YobSumo berkata...

pergh you bleed my heart u know! haha. aku tak tahu lah pernah sampai sini ke tak, jumpa blog ni dr blog org lain. penulisan bunga2 habis. lawa. haha.

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.