Lelaki Pemalu.. Susah Betul Nak Jumpa.. | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Lelaki Pemalu.. Susah Betul Nak Jumpa..

13 comments
Assalamualaikum.. Lagi update untuk hari ini.. Cergas cergas.. Syabas syabas!! =)


Nak dijadikan entry, semalam mengidam makan aiskrim McDonalds.. Sundae cone yang berharga RM 1.05.. Pergi dengan housemate, drive thru saja.. Senang tak payah turun kereta, nak kenalenggang lenggok pergi kaunter beratur panjang duduk mengorder lagi.. Maklum saja, malam-malam adalah waktu puncak bagi rakyat-rakyat Ipoh mengunjungi outlet makanan cepat a.k.a fast food seperti McDonalds..



Selesai sudah sesi mengorder dengan abang yang suaranya diprojek keluar melalui mesin, aku bergerak ke kaunter bayar.. Ke kaunter terima stok pula.. Banyak pula kaunter ya.. Inilah orang kata kalau hendak seribu daya, kalau mengidam, apa pun sanggup diterjahnya.. Heee..


Di kaunter terima stok, pekerjanya lelaki muda.. Aku rasa lebih muda dari aku.. Beliau mengisi aiskrim dalam kon.. Usai diisi dengan penuh, aku lihat beliau terkebil-kebil, tercegat berdiri sambil jeling-jeling kawan dia yang sedang sibuk melayan order pelanggan lain.. Mereka bicara apa pun aku tak tahu, tapi aiskrim disua pada rakannya itu minta diserahkan pada aku.. Muka pekerja lelaki itu mak aih.. MALU!! KEMERAH-MERAHAN.. Sambil sengih-sengih, sembunyi sebalik kaunter dan pandang ke arah kereta aku..



Oh.. Kenapakah kau wahai encik pekerja McDonalds.. Gelak housemate aku berdua dah terburai melihat aksi pekerja itu yang malu tahap kaw kaw.. Kawannya yang beliau minta pertolongan pun duduk tergelak sambil suakan aiskrim kepada aku.. Pekerja itu masih berdiri sembunyi di tepi sambil jeling menjeling ke luar.. Aduhai!!


Lelaki pemalu.. Sangat susah nak jumpa sekarang.. Kebanyakan lelaki berani mati.. Paling tidak pun berani hidup.. Ekeke.. Teringat aku seorang blogger yang orang kata, beliau seorang yang sangat pemalu.. Haha.. Tapi yang sebenarnya, bila dah kenal, loyar buruk bukan main.. =p


Sepatutnya lumrah alam, sebagai seorang perempuanlah, kena selitkan sedikit rasa malu.. Tapi zaman sekarang macam dah terbalik, perempuan jadi kurang malu atau tak malu.. Lelaki pula yang lebih-lebih pemalu.. Haa.. Apa kes? Hmmm.. Apa-apa pun, yang penting, maruah diri harus dijaga sebaik mungkin. Sebab itu adalah harga diri kita.. Pesanan untuk diri sendiri juga.. Heee.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Aku kadang-kadang tak malu juga.. Aigoo~~~ =p

13 Comments Here:

Nur Aainaa Khairunnisa berkata...

wah! nak g mcDonald ipoh la...nak jumpa lelaki pemalu tu....ahahahaaa....;p mesti comel je kan...;p

Hizami Rahim berkata...

hurm.
zami malu !
haha.
XD

adrinaqamarina berkata...

sampai merah pp dah kaw2 malu tu. hehe. kalo rina kat situ, ngan rina pon jadi malu. silap3, maen sembunyi kat kaunter tu. hehe

suke sundae tu!

avid gunner berkata...

tajuk entri ni mitos.

ktrg pemalu apa..nak keje mekdonel pun malu..

khaizarien berkata...

lelaki itu malu sebeb pikir mende lain kot.... huhuhu oopppsss :D

hahahah sy sudah jumpe lelaki pemalu bila berdepan ngan saya... tetapi dgn org lain sikit pun die x malu :D hahaha

memang comel lelaki itu

cikgu isza berkata...

lelaki pemalu?
ada makna tu.. awassss gituuu..
;)

Liza berkata...

mmg susah carik lelaki pemalu, ada lagik ke?

diana berkata...

ramai yang mengaku pemalau tapi
sebenarnye tak pun...

pekerja mcD tu kenal salah sorang yang dalam kereta kamu kot..

nursarah puteri biru berkata...

malu tapi mahu...

atau malu plastik? ekeke

Jawa a.k.a USERMODE berkata...

....yang benar,

Aku Si Pemalu. XD auuwww...!!! *blushed2 suda niaa...*

akira sendoh berkata...

wah..akira suka lelaki pemalu...:)

.cik yaya. berkata...

so sweet..haha mintaklah no tepon dy..ahahha

rhapsody LiN berkata...

oh.. teringat adik lin yg pem,alu
haha

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.