Dah Namanya Perempuan.. Pasti Ada Yang Buatkannya Sensitif.. | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Dah Namanya Perempuan.. Pasti Ada Yang Buatkannya Sensitif..

12 comments
Assalamualaikum.. Salam hujung minggu semua.. Entah kenapa hari ini rasa macam nak cakap tentang sensitifnya seorang perempuan.. Seorang wanita.. Lain perempuan punya tahap kesensitifan yang berbeza dan lain cara penyampaian sensitifnya..



Aku? Memang cukup sensitif.. Ada orang panggil aku hati tisu.. Biasalah.. Perempuan.. Kikiki.. Satu yang aku cepat terasa hati, bila berbicara dan pihak yang satu lagi mengeluarkan kata "APA-APA AJALAH.." Ramai kawan-kawan aku yang gemar menggunakan perkataan ini walau nada tutur kata-kata itu cuma biasa-biasa saja.. Tapi nak buat macam mana, aku sensitif dan cepat terasa.. Tapi aku jenis orangnya yang kalau terasa hati aku takkan pernah tunjuk terang-terang dari riak muka.. Cuma aku akan berubah dari banyak-banyak cakap, jadi sikit-sikit cakap.. Kadang-kadang hanya satu patah perkataan saja keluar dari mulut aku..


Memang ketara beza perubahan aku tapi tak pernah ada orang yang perasan pun.. Jadinya, jarang orang nak tahu aku terasa hati atau tak.. Aku terasa hati tapi aku tak suka kalau orang tahu aku terasa.. Sebab nanti aku rasa bersalah.. Haha.. Gila punya budak.. Ish3..



Dah namanya perempuan, wanita.. Pasti ada yang boleh mencuit kesensitifannya dan buatnya terasa hati.. Satu persoalan aku, kalau berpasangan, tanggungjawab lelakikah untuk tahu serba serbi apa yang boleh buat pasangannya terasa hati? Hurrmmm.. Aku tak rasa itu tanggungjawab lelaki kot.. Entahlah.. Aku rasa ianya lebih kepada tanggungjawab diri sendiri.. Janganlah cepat sangat terasa hati.. Kan kan kan? Hihi.. =p


Okey semua.. Masa untuk layan biskut Hup Seng cecah air teh.. Merangkap breakfast dan lunch.. Tata.. Jaga diri.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Perempuan boleh terasa hati.. Jangan lupa lelaki pun boleh okey.. Kadang-kadang lagi susah nak handle.. =p


12 Comments Here:

Bro Framestone berkata...

itu salah satu perasaan unique yang dijadikan oleh Allah untuk hambanya merasai bezanya mereka dgn makhluk2Nya yang lain

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

yeayh, semalam l0lly sedang merasa hati~ :(

Adziim berkata...

Tanggungjawab kedua-duanya.
Nama pun pasangan, mana boleh buat hal masing-masing.

Kyuubi_85 berkata...

dlm perhubungan seharusnya ada give and take. takan bagi lelaki je buat semua nanti naik lemas dan bosan.. huhu

eiysya zasya's berkata...

saya terasa hati dengan entri ni..haha xde laa..kes kita lebih kurang kot.. :p

dah namanya perempuan.. ngee~

rhapsody LiN berkata...

eh.. mcm kenal je background tu >.<

wachak berkata...

patut ar dah lama makwe x singgah
blog pakwe. terasa hati erk ??

adrinaqamarina berkata...

kalo rina pulak cam ne eh. lebey kureng je kot. haha. perempuang kan?

eh akak, blog baru la. pepel ne nampak ceria dan lembut :D

cikgu isza berkata...

walau kadangkala terasa hati.. hanya kita juga yang mampu mengubatnya..

diana berkata...

orang lelaki
bile sensetip jadi tak best sebab
tak boleh nak kikis2 dia..
hahah..kena jaga betul2 la hatinye..

Nur Aainaa Khairunnisa berkata...

sama la cikHana...aainaa kalo terasa hati seboleh²nya nak elakkan orang tau...uhuhuh..tapi kekadang nak gak org tu tau kita terasa hati....tapi tetap memendam...uhuhuhu...

*semalam baru je terasa hati ngan seseorang...uhuhuhu...

Liza berkata...

betul, sometimes just because lelaki ingat satu benda tu remeh, dia ingat pompuan pun rasa bende tu remeh, and vice versa of course

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.