Cairlah Tengok Awak Senyum.. Senyumlah Selalu..
Assalamualaikum semua.. Hari Jumaat sudah.. Selamat berhujung minggu in advance.. Again, hujung minggu kali ini seperti yang lepas-lepas, berseorangan lagi di rumah.. Dah selalu duduk seorang diri, rasa seronok pun ada bila tinggal berseorangan.. Hihi.. =p
Malam tadi meronggeng ke Tesco dengan dear best friends.. Yup.. Friends.. Noted.. Plural.. Berenam malam tadi, jalan-jalan cari makan dan menuju ke Pizza Hut..
Order makan dalam pukul 9.. Namun tunggu punya tunggu, chicken soup dah sampai, garlic bread yang sememeh dengan butter pun sampai, air pun dah sampai.. Tapi pizza? Lebih setengah jam masih tak sampai-sampai.. Aku jenis yang kurang kisah dan tak reti nak marah, jadi aku pun menunggulah macam bulan jatuh ke riba.. Memang takkan jatuhlah kan.. Hoho..
Kawan aku yang lagi seorang dah mula menunjukkan kenaikkan angin, lalu dipanggil waiter yang ada di situ.. Err.. Ada nada marah di situ.. Takut aku dengar.. Waiter tadi muka ada sikit-sikit calit ketakutan.. Betul.. Aku nampak dengan jelas.. Tapi pandai beliau cover dengan senyum lebar yang sangat sangat sangat manis.. Cair beb.. Rasa macam nak cakap, "Abang.. Senyumlah lagi.." =p
Senyum abang waiter saling tak tumpah macam si heroin My Girlfriend Is Gumiho, senyum lebar yang manis dan penuh keikhlasan.. Tersentuh kejap hati.. Nyaris tak terpikat.. Ekeke.. Kawan aku dari kenaikkan angin terus jadi keturunan angin.. Terus cool beb.. Dahsyat betul kuasa sebuah senyuman..
Bila dah dapat pizza, kami makan dengan kecoh sekali dengan derai ketawa yang penuh dengan keceriaan dan aura keremajaan.. Kih kih kih.. Tak lama, abang waiter datang lagi dan tanya, ada apa-apa lagi tak sampai.. Aku pun senyum lebar sambil geleng-geleng.. Oh ya.. Bukan aku saja, semua gadis-gadis di meja itu turut senyum lebar.. Gatai jugak depa semua.. Wakaka.. =p
Dan kesempatan kami ambil dari abang waiter dek kerana kami menunggu terlalu lama, kami minta refill air dengan abang waiter.. Berita baik.. Dapat refill PERCUMA.. SATU JAG.. Weehoo.. Patutnya kena bayar weh.. Abang waiter.. Anda memang terbaik.. Kalaulah pekerja kedai makan semua macam beliau, customer pun mesti datang hari-hari, bukan nak makan, tapi mahu dilayan.. Ekeke.. =p
Jadinya.. Senyumlah selalu walau dalam apa jua keadaan.. Senyuman boleh mencairkan hati, dan boleh meruntuhkan amarah seseorang.. Tak percaya? Senyumlah.. Heee.. Assalamualaikum semua.. Selamat malam.. Sweet dream.. =)
FOOT NOTE: Tersenyum dari tadi ingatkan telatah seseorang.. Haha.. (^^,)
Ulasan
Lelaki even tak kacak, kalau senyum mesti pompuan leh cair kan....hehehehe
Korang ni mcm nak balas dendam lak, siap mintak refill air satu JAG!!!
Memang rezeki la sbb dpt FOC =D
nak senyum jugak ni.
:D
hehe
slamat pagiiii
*rindu nak melihat senyuman die.....uhuhuuhu....
Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House
:)
sedap ke cter tu?
kdg2 air, soup dah abes, baru pizza sampai..
untuk abg waiter:
anda sudah popular di blog ini..
hehe
p/s: diri sendiri susah nak senyum padahal.keh3
:)
moga sihat selalu orang
di sini..di berkati Allah
jua hendaknya..