Cairlah Tengok Awak Senyum.. Senyumlah Selalu..

Assalamualaikum semua.. Hari Jumaat sudah.. Selamat berhujung minggu in advance.. Again, hujung minggu kali ini seperti yang lepas-lepas, berseorangan lagi di rumah.. Dah selalu duduk seorang diri, rasa seronok pun ada bila tinggal berseorangan.. Hihi.. =p


Malam tadi meronggeng ke Tesco dengan dear best friends.. Yup.. Friends.. Noted.. Plural.. Berenam malam tadi, jalan-jalan cari makan dan menuju ke Pizza Hut..


Order makan dalam pukul 9.. Namun tunggu punya tunggu, chicken soup dah sampai, garlic bread yang sememeh dengan butter pun sampai, air pun dah sampai.. Tapi pizza? Lebih setengah jam masih tak sampai-sampai.. Aku jenis yang kurang kisah dan tak reti nak marah, jadi aku pun menunggulah macam bulan jatuh ke riba.. Memang takkan jatuhlah kan.. Hoho..


Kawan aku yang lagi seorang dah mula menunjukkan kenaikkan angin, lalu dipanggil waiter yang ada di situ.. Err.. Ada nada marah di situ.. Takut aku dengar.. Waiter tadi muka ada sikit-sikit calit ketakutan.. Betul.. Aku nampak dengan jelas.. Tapi pandai beliau cover dengan senyum lebar yang sangat sangat sangat manis.. Cair beb.. Rasa macam nak cakap, "Abang.. Senyumlah lagi.." =p



Senyum abang waiter saling tak tumpah macam si heroin My Girlfriend Is Gumiho, senyum lebar yang manis dan penuh keikhlasan.. Tersentuh kejap hati.. Nyaris tak terpikat.. Ekeke.. Kawan aku dari kenaikkan angin terus jadi keturunan angin.. Terus cool beb.. Dahsyat betul kuasa sebuah senyuman..


Bila dah dapat pizza, kami makan dengan kecoh sekali dengan derai ketawa yang penuh dengan keceriaan dan aura keremajaan.. Kih kih kih.. Tak lama, abang waiter datang lagi dan tanya, ada apa-apa lagi tak sampai.. Aku pun senyum lebar sambil geleng-geleng.. Oh ya.. Bukan aku saja, semua gadis-gadis di meja itu turut senyum lebar.. Gatai jugak depa semua.. Wakaka.. =p


Dan kesempatan kami ambil dari abang waiter dek kerana kami menunggu terlalu lama, kami minta refill air dengan abang waiter.. Berita baik.. Dapat refill PERCUMA.. SATU JAG.. Weehoo.. Patutnya kena bayar weh.. Abang waiter.. Anda memang terbaik.. Kalaulah pekerja kedai makan semua macam beliau, customer pun mesti datang hari-hari, bukan nak makan, tapi mahu dilayan.. Ekeke.. =p


Jadinya.. Senyumlah selalu walau dalam apa jua keadaan.. Senyuman boleh mencairkan hati, dan boleh meruntuhkan amarah seseorang.. Tak percaya? Senyumlah.. Heee.. Assalamualaikum semua.. Selamat malam.. Sweet dream.. =)



FOOT NOTE: Tersenyum dari tadi ingatkan telatah seseorang.. Haha.. (^^,)


Ulasan

farhana berkata…
Servis Pizza lambat? Aish, kena report nihhhh....
Lelaki even tak kacak, kalau senyum mesti pompuan leh cair kan....hehehehe

Korang ni mcm nak balas dendam lak, siap mintak refill air satu JAG!!!
Memang rezeki la sbb dpt FOC =D
adrinaqamarina berkata…
abang waiter~! senyum la lagi. haha
Adziim berkata…
girls powerr!!
Hizami Li berkata…
hehe.
nak senyum jugak ni.
:D
joegrimjow berkata…
senyum sebelum tido
hehe
slamat pagiiii
senyum memang satu kuasa....
*rindu nak melihat senyuman die.....uhuhuuhu....
Bro Framestone berkata…
bro suka senyum.. xminat tgk ke huhuu

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
betul..betul...senyuman akan buat semua org tenang...teringat lagu senyum Maliqu....
nora berkata…
alaaaa sis padahal nak bagi tahu dengan angau dgn hero citer tu sebenarnya...


:)


sedap ke cter tu?
Amieynna Amin berkata…
servis pizza memang cam tu..
kdg2 air, soup dah abes, baru pizza sampai..

untuk abg waiter:
anda sudah popular di blog ini..
hehe
Nur Suaidah Bachok berkata…
peeeewittttttt!!! sis sis sis.. lihat kite senyum ;D
iman berkata…
betol2, a simple smile can make us happy. macam jumpa reseption kat satu company ni, sorang ni senyum manis je even muke tak secantik yg sorg lagi, tp tengok dia buat hati bunga2 walham same2 pompuan.

p/s: diri sendiri susah nak senyum padahal.keh3
Tukang cerita berkata…
akak pun tersenyum lebar baca entry hana ni...haihs...
:)
zulkbo berkata…
Salam bertandang lagi..
moga sihat selalu orang
di sini..di berkati Allah
jua hendaknya..
avid berkata…
mmg hopeless romantic la ko ni...hehe..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?