Perkara Entah Apa-Apa Yang Aku Buat Masa Orientasi.. Sila Tiru Aksi Ini!!!

Salam pagi Isnin yang penuh ceria untuk anda semua.. Hari ini 5hb dan esok 6hb.. Aku tak sabar nak menunggu 7hb sebenarnya.. German akan menunjukkan taring sekali lagi dalam perlawanan menentang Spain.. Eh!! Lagi sekali aku dan bola.. Macam tak percaya aku dengan diri aku sendiri.. Farhana ke ni??? Ekeke.


Hari ini juga ada pendaftaran pelajar baru di kolej.. Sayangnya kami senior tertua di kolej tidak dapat melibatkan diri.. Bagi adik-adik sajalah handle.. Keh keh.. Seumur hidup pernah merasa dua kali orientasi di mana diri ini memegang gelaran JUNIOR ketika itu.. Masa zaman aku, rasanya ragging dah dilarang.. Selamat tubuh badan dan jiwa dari seksaan berterusan.. Hoho..


Mari aku share perkara-perkara yang lu pikirlah sendiri patut ke tak patut korang buat masa orientasi.. Pengalaman benar sebenarnya dari aku.. Masa zaman Pasum aku rasa tak payahlah share, sebab ketika itu aku masih lagi budak baik.. Even kaki terseliuh dan berbalut pun aku join aktiviti dan berjalan kaki.. Cekang ke tak cekang.. Hik hik.. Cuma orientasi ketika di UKM aku mula menunjukkan belang dan taring.. Nakal sungguh.. Hahaha..





1) Aku ingat lagi tiap kali ada program di DECTAR, pasti naik bas.. Disebabkan terlalu ramai pelajar, dan aku jenis malas gila nak rebut-rebut, aku telah melakukan beberapa perancangan sehingga menyebabkan aku akan jadi insan kehormat yang berjalan dengan kakak dan abang PP dan kami last sekali naik bas.. Aku juga akan jadi orang pertama yang turun dari bas.. Tak payah berebut.. Ekekeke..


2) Disebabkan aku TAK SUKA pakai T-Shirt, dan setiap program dikehendaki kami memakai T-Shirt berwarna biru gelap yang ada lambang Kolej Tun Syed Nasir, jadi aku akan buat muka kasihan dengan abang dan kakak PP lalu berkata, "Saya konpem tak muat akak.. Boleh saya pakai baju sendiri?" Hoho.. Terlepas dan aku berjaya pakai baju sendiri.. Aku nampak unik derrr.. Tapi tak lama, sebab lepas itu abang PP panggil aku.. Dia bawa baju saiz lagi besar.. Haaa.. Amik kau!!!


3) Perhimpunan dia gila awal.. Pagi-pagi pukul 6 Abang PP dah naik motorsikal keliling kolej sambil buat bunyi yang membingitkan.. Kadang-kadang annoying juga.. Ooppss.. Tapi bagus.. Untuk disiplin okey.. Hik hik.. Hari kedua ke ketiga.. Entah aku tak berapa pasti.. Malas mahu turun join perhimpunan pagi.. Senang cerita aku malas nak join program sepanjang hari itu.. Jadi, aku berniat nak sembunyi saja dalam bilik.. Hoho.. Lalu ke bilik air untuk mandi pagi.. Senang hati mandi berjam-jam sedangkan orang lain rushing, mandi pun ala-ala kerbau.. Balik bilik berlenggang, sedar-sedar rupanya kunci dalam bilik dan bilik berkunci.. Nak tak nak aku kena jumpa abang dan kakak PP untuk minta kunci.. Mana mahu lari haa??? (_ _!)



Psssttt.. Kalau nak tahu, ikut hati aku malas nak turun jumpa abang dan kakak PP nak minta kunci bilik.. Mana taknya, kalau aku dah jumpa, sure aku kena turun lepas itu.. Tak boleh ponteng.. Huuuuuu.. Niat hati nak panjat ikut tingkap dari bilik sebelah.. Gila ke tak gila aku? Masa itu aku duduk di Kolej Keris Mas.. Tinggi kan bangunan kolej tu? Seingat aku tinggi sebab aku duduk tingkat paling atas sekali.. Hehe.. Tapi apakan daya, keselamatan lebih penting.. Korbankanlah kemalasan sebentar.. Huhu..





Kesimpulannya macam ramai yang dah sedia maklum, aku tak habiskan orientasi sebab aku cabut lari keluar dari UKM dan membawa diri dan hati merantau ke Ipoh.. Mengejar cita-cita katanya.. Jiwa muda, tak fikir panjang.. Huhu.. Orientasi kalau ikutkan memang sangat fun cuma agak terikat sedikit sebab kena ikut kata abang itu, kakak ini.. Well, it trains your discipline after all.. Ada baiknya juga.. Untuk adik-adik yang baru masuk mendaftar, selamat memulakan kehidupan universiti.. Welcome dan selamat berjuang untuk hidup.. Ngee.. Assalamualaikum..

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
waaaa..x sgke dr.kite ni rupenye seorg yg degil gak erk..kik..kik..kik..
Nazz@Purple berkata…
ish..ish..otai gak ni..ade ade nak nyorok dlm bilik..xmau join aktiviti..time nazz dulu skema le sesangat..wat semua kene cepat..kalo tak akak senior tu membebel kate ktrong terhegeh hegeh..
rhapsody LiN berkata…
hahaha~!
tu fesi2 dh tau tektik junior.. ^_^


orientasi ni bes sbb boleh knl senior nnti nk mintk2 tolong.. tp lin x ske jd fesi. especially time mntk2 signature tu. last2 suruh roomate tlg signkan. haha~
izwanyusof berkata…
time aku orentasi tahun lepas, bab taklimat paling aku tak suka..
yang aku dengar,"Asslamualaikum..today.." dengan part " thank you"..

masa berucap tu, tido adalah lebih selesa.. hahaha
PuanPepel berkata…
haha...sangat merindui zaman2 itu...
bARdbOO berkata…
smp bila2 pon aku xkan suka orientasi..huhu...
Shahada Fauzi berkata…
ish2..nakal rupenye doc fana ni..hehe..

saye pun x sabo tunggu 7hb ni..sebab penang cuti..hoyeahhh!!!
El-Zaffril berkata…
Saya tak suka orientasi... jadi saya akan ponteng... sekian
Hizami Li berkata…
zami pernah ponteng orientasi.
adeh.
:D

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?