Kata Adik Picture Is Not Only About Pixel..

Assalamualaikum semua.. Entry kali ini aku mahu sampaikan salam penuh kesenian pula.. Ngee.. Semenjak terjebak dalam dunia penuh kesenian dek kerana pengaruh adik angkat yang seorang ini, aku jadi gila seni.. Seni fotografi.. Sampaikan aku cipta khas satu album di Facebook untuk minat yang mula bercambah ini.. Budak baru nak belajar, kalau salah tolong tunjukkan ya..


Kalau saja ada kamera ribu riban, lama dah aku ke hulu hilir travel snap sana snap sini.. Apakan daya, yang termampu hanyalah teman setia ku si kamera telefon bimbit 3.2 MegaPixel.. Kamera digital aku dah selamat aku rosakkan.. Dengan berbekalkan kamera handphone inilah aku tarik kawan aku ke sana ke mari merayau di bandar Ipoh mencari sudut-sudut menarik untuk aku puaskan keinginan yang melonjak.. Ewah..





Berbual dengan makcik kesayangan seorang ini semalam tentang minat dan cinta baru aku pada fotografi, mengeluh dulu sebab frust cinta dengan manusia, makanya baik jatuh cinta dengan kamera dan gambar saja dan mengharapkan kamera canggih manggih.. Hoho.. Cadangannya? Cari suami kaya.. Minta hantaran DSLR.. Ewah ewah idea makcik sungguh bergaya ya.. Haha..


Kata adik, picture is not only about pixel, it's about the unique of art.. Hoyeh!! Aku sokong itu.. Walau hanya dengan 3.2 Megapixel ini, aku akan cuba memenuhkan album "Cinta 3.2 MegaPixel" di Facebook dengan seni sebuah gambar.. Mulai hari ini.. Aku mahu belajar seni menangkap gambar.. Chaiyok!! Enjoy the pictures.. Idea dan kritikan membina diterima.. Terima kasih.. =)















Kalau aku guna template blogspot mesti gambar besar-besar.. Lagi puas tengok.. Kan? Tambah lagi kalau aku pandai Photoshop.. Itupun kalaulah.. Ngee.. Assalamualaikum.. =)



FOOT NOTE: Nanti aku kahwin, dah boleh jimat kos tukang ambil gambar sebab aku boleh ambil sendiri.. Waka waka.. Erk!! Tapi.. Macam mana? (_ _ !)

Ulasan

Khaizarien berkata…
gmbr di ambil di padang polo :) hehehe

Khaizarien @ atie Blog
fndrocka berkata…
aku rasa gambar yg tajam tak semestinya seni...seni banyak bergantung pada apa yang di'snap..subjek yg kau snap tu kalau berseni...kamera tak tggi resolusi pun takpe.iye tak.
cik.pija berkata…
waah dah ada minat bru.. huhu btw cantek pics atas tuh.
yang paling best udang aa. haha lapo lak:p
zulkbo berkata…
salam..
gambar lama ke
gambar baru tu..?
nampak macam gambar
lama dan berseni..
black_mel berkata…
wah...3.2 pun dah macam dslr...mmg hebat..hehe..
deus X machina berkata…
bila nak ambik gambar PM ke-8?
hai farhana..
salam kenal.=)

kamera 3.2 MP pun ok daripada henset ku punya kamera...cuma 2 MP je..
Nur Suaidah Bachok berkata…
cantiklahhhhh!!! :)
ishhhhh jeles ok~
ISZA berkata…
cantik..
gambar sek sebelah padan tu x ambil?
ngeeee :D
PuanPepel berkata…
minat kita sama :)


erm..u jd potograper.. ai jd modelnyer lah..bersama suami u..lalala..ok tak?
Ken Wooi berkata…
it's skill too =)
Tanpa Nama berkata…
chumel sgt2!
.Cik Nana. berkata…
saye pon minat gak foto-shoot ni..tp lebih berminat ke arah jd modelling..kak fana sudi tak amek sy jd model?hakhak..nak termuntah plak tulis nih.. :P

hope ure in the pink of health kak fana..

miss you xp

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?