Hujan Mengingatkan Aku Kepada......

Salam di tengah malam.. Malam Khamis yang sejuknya menyucuk hingga ke tulang.. Hujan lebat dari petang tadi benar-benar buat diri mahu bergulung dalam selimut.. Tidur dan lupakan segala keserabutan fikiran sepanjang hari.. Petang tadi pekena Ice Lemon Tea dan sepotong Chocolate Fudge.. Melayan perasaan rindu dan tiba-tiba hujan turun.. Lebat selebatnya rasa rindu dalam hati.. Cewah!! Habis sepotong kek, hujan masih lagi tak henti mencurah.. Apa lagi, meredah hujan menuju ke kereta.. Basah kuyup baju kurung dari atas sampai bawah.. Duduk dalam kereta.. Menerawang jauh.. Tiba-tiba tangan mencapai telefon bimbit..





Hanya dengan kamera Carl Zeiss Optic 3.2 Megapixel, terasa seperti mahu mengambil gambar hujan.. Tertarik melihat mereka-mereka yang kaki fotografi.. Simpan juga hasrat mahu beli kamera ribu riban.. Mungkin nanti.. Balik kepada hujan.. Ya.. Aku suka hujan.. Cinta sayang dan kasih yang banyak pada anugerah Allah yang satu ini.. Hujan bawa banyak makna.. Bawa banyak kenangan.. Bak kata Encik Kuwe, Rindu-Rinduan Jadi Kenang-Kenangan.. Ekeke..


Hujan lebat tak henti, bandar besar pun boleh banjir.. Dalam hujan lebat juga, orang tak reti duduk rumah.. Berpusu ke pusat beli belah.. Sesak sesesaknya.. Dalam hujan, bila duduk dalam kereta, terperangkap dalam sesak, sejuknya aircond pun terasa hangat dan panas.. Kata orang, lepas hujan, pekena pisang goreng pun memang sedap.. Makan aiskrim di hari hujan.. Hoho.. Sejuknya terasa.. Segalanya tentang hujan bikin aku senyum.. Bila hujan, syukurlah kita kerana itu anugerah Allah.. Jangan sekali-kali merungut ya.. Heee.. Walau hujan menyimbah bumi setiap hari, tetap rindu pada hujan itu..






Selamat malam semua.. Sweet dream.. Good night.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Kata orang.. Cuba buat dia kata Aku Cinta Padamu, dan bila ianya sukar untuk dia ungkapkan, maknanya dia masih belum bersedia.. Sesungguhnya rasa cinta itu bukan untuk disimpan tanpa diketahui, ianya untuk diluahkan agar bisa dimengerti..

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
huhhu
suke owg tgkap sy gume kamera ribu raban!
hahahaha...
jom tdo kak
tdo ujan2 besh!
tuan director berkata…
hujan bunga di kuala lumpur
SyuQ berkata…
mendalam sungguh maksud foot note tu
:-)
Adziim berkata…
Footnote:
Macam mana nak buat orang itu ungkapkan ayat keramat itu ?
Susah ooo.
Kuwe berkata…
rumah i pun sedang hujan.
bestnya tidur.


dia punya best sampai tak sedar match dah start.
black_mel berkata…
wah...lawanya pic..pakai hp model aper?
Nazz@Purple berkata…
Nazz suka hujan...kumpulan hujan..huhuhu

nak tlg jwpkan soalan Mohd Adziim tuu..tanya direct je..kalo dia terkebil2 nak jawap..xbersedia lg la tu..
azimask berkata…
kekadang bila hujan membuatkan satu perasaan wujud.. tak dapat digambarkan perasaan itu.. tenang mungkin.. emmm suka hujan yang mendamaikan....

klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ...
Suraya I. berkata…
ala, tbe2 sy tringin nk mkn chocolate indulgence. spe suh doc ckp psl choc fudge?? grrr~~~~~~~ =p
farhana berkata…
Hye dr..
lama xketemu d alam maya =)

Hujan mmng best..
kalau berangan time hujan pon syok...
El-Zaffril berkata…
Kenapa blog ini jiwang sangat lately... ceh...
Linglung berkata…
hujan itu penambah seri hidupan di bumi. tanpa hujan gersanglah bumi.

nota kaki: gua suka lu punya nota kaki ;p
joegrimjow berkata…
hujan yg turun bagaikan mutiara
sambung
;)
PuanPepel berkata…
ujan best..sejuk...nak2 ada goreng pisang panas...air teh o... ujan jd makin nikmat...ahakz\


~si dia ucapkan setiap hari...tp sy tak pernah jemu pn dgr... :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?