Crowning.. Tapi Aku Bukan Permaisuri..

Salam segenap benua.. Weee.. Petang Ahad yang panas.. Ketika tajuk entry terkeluar dari otak, struck benda lain dalam kepala aku.. Kes perceraian Sultan Brunei dengan personaliti TV3 Azrinaz Mazhar Hakim.. Perkahwinan yang dikurniakan 2 orang anak itu berakhir dengan perceraian.. Hmmm.. Old people kata, ajal maut jodoh pertemuan, semua Allah yang rancang.. Aku harap-harap pertemuan untuk makan malam indah nanti bersama Joegrimjow dan blogger lain berjalan seperti yang dirancang.. Walau tak rancang lagi.. Ekeke..





Buah berangan ditepek bukan sengaja-sengaja.. Bukan pula nak bangkitkan selera.. Saja nak sharing cerita, zaman kecil dahulu kala, makan berangan gigit guna gigi kasi pecah buah, merananya sekarang terasa.. Bukan kata buah berangan saja, coklat yang keras beku dari peti ais pun menonong gigit guna gigi saja.. Sekarang cuba cerita, menyesal tak sudah tapi nak buat apa??? Hoho..





Disebabkan saya seorang kanak-kanak yang suka makan coklat di zaman kecilnya, jadi dah automatik tergolong dalam kumpulan Sensodyne.. Bila anda makan makanan panas, atau sejuk dan bla bla bla.. Anda sebenarnya mengalami masalah gigi sensitif.. Haha.. Actually aku dah jalani rawatan matikan saraf untuk gigi aku tak lama dulu jadi secara logiknya, bila urat saraf dah mati, sakit dah takkan terasa.. Plus.. Untuk pengetahuan anda, saraf tak boleh tumbuh semula ya.. Tapi yang hairannya bila aku makan aiskrim, minum Milo panas atau kopi yang bercampur dengan Coffee Mate, gigi aku mesti meronta kesakitan.. Haish.. Rasa ralat.. Mana taknya, rawatan matikan akar bukan seringgit dua ringgit beb..






Jadinya atas perbincangan dengan panel-panel, alternatif lain telah diusulkan.. Iaitu CROWNING.. Aku dah usha klinik gigi sana sini, agak mahal.. Makanya akan dipertimbangkan, mahai wo.. Ialah.. Duit nak buat crowning boleh aku simpan masuk dalam tabung kahwin.. Haha.. Plus aku pernah dengar soseh soseh yang crowning tak elok dibuat sebab ianya adalah benda yang bukan datang dari tubuh kita, jadi bila meninggal dunia, ianya tak boleh dibawa sekali.. Kena buang dulu.. Macam susuklah.. Apa yang aku dengarlah.. Kebenarannya aku masih tak pasti dan masih mencari.. Kalau ada sesiapa tahu, boleh share dengan aku.. Ngee.. Okey.. Till here.. Esok aku ada field work di Batu Gajah.. Travel di pagi-pagi buta.. Petang nak senja baru pulang.. Don't miss me.. Ekeke.. Assalamualaikum..

Ulasan

fndrocka berkata…
eloklah cik menimbang tara dari pelbagai sudut..ingat jugak time nak matti tu..bagus betul.ada org asalkan ada duit...semua nak buat..

Terbaru : Dilemma Wanita Gorjes
Shahada Fauzi berkata…
crowning??mcm mna tu doc fana??1st time dengo..hehe..

fikirkan dulu efek baik buruk nye utk jgka masa pnjg tau sblm buat keputusan..
Tanpa Nama berkata…
akak..
x payah la..
save je duit tue...
nanti kan akak nk kawen,kan??
nanti minta duit ngn sy plak..
huhuhu
nora berkata…
betol2,kena rujuk dgn y lebih pakar dulu...

=)


mesti banyak berpantang makan kan?
ruginya sis..
ORICS berkata…
apekate awak cabut sume gigi n then pakai gigi palsu.Jimat belanje.hahahaha
Boneka Tak Sakit berkata…
makan2 bersama blogger! berjalan sperti di rancang!! asal aku taktau.. aku xde dlm perancangan ke! kejam lak aik!!!!!

*ps aku rasa aku xnak pergi kut!
myQza berkata…
oOOoOo

aku pernah jumpa sowang perempuan yg buat crowning. mula2 dia tak ngaku. bajet macam pergi gosok gigi 24 jam.

tapi boleh cam ori ke tak.

ha ha ha
ISZA berkata…
first time dengar.. jadi macamana yer gigi tu nanti..? cantik sangat ke?
PuanPepel berkata…
erk... perlu ek buat?
Tanpa Nama berkata…
rawatan matikan akar pun amik masa lama kan?
Cik Lizi berkata…
erk
akak ada buat crowning
terpaksa buat ;(

sbb jatuh pagar
patah gigi depan
hahaha,buas gile

sekarang
doc suggest satu lagi crowning sbb ada infection yg rosakkan akar gigi lain.
tgh pk, mcm xnk buat dah.
klu gigi depan,xkan jadi cantik sebab dia akan lagi tebal dari gigi asal
*itu dari pengalaman sendiri*

psl nnt dah meninggal tu,xtau lah macam mana,sebabnya, crowning ni, dia letak besi kan dekat akar gigi tu. kalau nak cabut besi tu masa dah meninggal nanti.macam susah je. sebab dia bukan macam gg palsu...huhu..akak pun kurang pasti hal tu sebenarnya.

fikir2 kanlah ye...huhu ;)
azimask berkata…
buat crowning memang mahal.. boleh makan beribu juga.. tapi kalau carik klinik yg betul leh dapat herga murah kot.. emm gomen tak leh wat crowning ke ekh..??

hehehehe

klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ...
fildza's berkata…
eeee.. mcm takut lak

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?