Bila Orang Dah Berkata Begitu Lagi Berkobar Hasrat Dalam Hati

Entry lepas Kembali Pulang haruslah dimulakan dengan rasa gembira dan rasa happy barulah orang akan tetap terus ingat ini blog Cahaya Yang Riang Gembira.. Hee.. Sebelum meneruskan pembacaan, senyumlah dulu..





Hampir sebulan lebih yang lalu, aku mengenali seorang insan.. Beberapa hari yang lalu aku ketemunya lagi di sebuah kenduri di Johor Bharu.. Terima kasih buat dia sebab buat aku happy dengan kata-katanya.. Ngee.. Dia tidak khabarkan terus kepadaku, cuma disampaikan kepada pengantin kerana kebetulan pengantin adalah groupmate ku.. Tahu apa kata dia?


Hoho.. Excited lebih aku.. Dia katakan aku mengalami perubahan yang besar dan nampak lain sangat-sangat.. Plus, aku dah kurus.. Ehem ehem.. KURUS? Sebelum ini orang akan bilang kurus sikit, sikit sajalah.. Tapi buat kali pertama orang kata aku KURUS.. Hoho.. Aku akui, tak adalah kurus melidi cun melecun macam model, tapi aku sendiri rasakan ada perubahan yang memberangsangkan.. Tahniah atas usaha radikal yang telah aku jalankan selama sebulan itu.. Usaha itu sebenarnya memberi kesan besar sebab sampai sekarang selera aku menjadi kurang, senang cerita susah nak makan macam dulu-dulu.. Aku dah tak ada pantang macam dulu-dulu.. Pantang apa? Pantang nampak.. =p



Pakcik dah pesan, tak payahlah diet, nanti dah mula penat kerja, berat pasti turun.. Ayat pakcik serius buat aku tersentak dan tersipu.. Haha.. Tapi itu kata pakcik, anaknya pula sengih saja.. Mungkin sengihnya petanda aku harus meneruskan misi mengurangkan excess weight.. Hahaha..


Makan malam indah bersama Joegrimjow dan blogger-blogger lain dijangkakan pada bulan 7.. Tak sabar rasanya.. Nanti kita jumpa okey.. Assalamualaikum semua.. Take care..




P/S: Kalau saya ajak "awak" teman saya untuk gathering blogger bulan 7, agak-agak "awak" sudi ke tak sudi?

Ulasan

Cik Lizi berkata…
ajak akak eh?
mestila sudi

eh eh
bukan ke?

hahahaha! ;)

tp seriously,jgn peduli sgt ttg berat kamu tu,yg pntg kamu sihat dan hepi..okey ;p
iman berkata…
sihat tu penting, excess weight tu tak sihat, tapi untuk buang excess weight dgn cara yg salah juga akan sbbkan tak sihat.buang dgn cara yg slmt kay ;) - herbalife way to go! Joey dah nak balik if nak bli ngan dia.hehehe
azuan berkata…
aku pulak makin gemuk wakaka
Sufi Asri berkata…
jom kita kuruskan badan.. hehe.. bukan berdiet.. tapi execise.. hehe....

cakap kat org, aku sendiri dah 2 hari x lari padang.. haha
Hizami Li berkata…
cik farhana,

moga sihat dalam apa jua keadaan.

;)
ISZA berkata…
'awak' tu saper? akak ke.. ah.. terperasan sudah..

jaga penampilan hiasi peribadi.. ;)
Jard The Great berkata…
hehehe... alhamdulillah.. sihat perlu diutamakan..
bila da kurang berat tu.. tak mudah letih.. metabolism pon naik.. dan betul ckp pakcik.. mase keje mmg cpt turun berat sbb asyik keje je..

*adik aku kurus bila asyik studi je.. ehehe..
El-Zaffril berkata…
Awak jemput saya untuk makan malam yang indah tu tak? Dengan jari yang tak malunya bertanya
pal7 berkata…
hana..
bila gath?..kat mana?

*nakkkkk ikot..lalala
akira sendoh berkata…
ngan akira ek wak???? :D..mau dong..yok2
Nur Suaidah Bachok berkata…
wahhhh, nk ekot kurus jugak. cmane tuh caranya? busy kerja. dahtu ku tak kerja.. emmm~
.Cik Nana. berkata…
kak fana..
wah skrg neh..
kemain lg dia..
dalam hati ade tmn ek? :p
Kuwe berkata…
Diet ni apa sedapnya? orang perempuan ni macam perkara utama. Hehh.

Makan mana tu weh.
Kuwe berkata…
Diet ni apa sedapnya? orang perempuan ni macam perkara utama. Hehh.

Makan mana tu weh.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T