Mimpi Itu Mainan Jiwa Insan Dalam Sepi Ke?

Assalamualaikum.. Salam sayang buat semua.. Lama tak bersua di sini.. Hmmm.. Kali ini.. Sekadar corat coret rasa..


Entah bagaimana, bait-bait kata yang acapkali meniti di tepi bibir dan dialunkan dengan penuh rasa riang dan bermelodi, kali ini bawa seribu satu rasa yang lain dalam diri.. Bikin fikir jauh-jauh dan dalam-dalam..





"Jika mimpi masa silam..
Bisa kusimpan dalam kaca jadi perhiasan..
Pasti aku abadikan..
Zaman riang.. Kanak-kanak..
Pabila hujan mengundang suasana bahagia..
Dalam hidup yang seindah..
Mimpi yang tidak pernah melukakan perasaan.."


100% true.. Mimpi masa zaman kanak-kanak ternyata banyak bezanya kalau nak dibandingkan dengan mimpi zaman tua bangka.. Zaman kanak-kanak yang semuanya indah, dalam kepala ringan tak berserabut seribu satu masalah, mimpi yang disulam pun mimpi indah-indah belaka sampaikan kita ingin simpan untuk dijadikan perhiasan.. Betapa indah mimpi zaman kanak-kanak.. Kan? Sampaikan hingga ke saat usia dah makin menginjak dewasa, kita sangat sukakan mimpi..





Tapi kini bila dewasa..
Aku mula sedar betapa mimpi..
Hanyalah suatu permainan..
Jiwa insan dalam kesepian..


Bila dah makin tua, rambut pun dah makin banyak uban, dah banyak pengalaman turun naik kehidupan, makan macam-macam jenis garam orang tua-tua bilang, haluslah, kasarlah, bukitlah, dan kita pun mula sedar apa sebenarnya mimpi.. Ouh.. Entahlah.. Aku sendiri keliru.. Benarkah mimpi itu mainan jiwa insan yang sepi?





Mimpi.. Impian.. Samakah dua entiti ini? Bunyinya seperti ada iras-iras, maknanya pula jauh bezakah? Tiba-tiba dalam hidup, aku jadi tak pasti dengan mimpi, dengan impian.. Aku tak pasti apa yang aku kecapi kini adalah apa yang aku mimpikan atau apa yang aku impikan.. Kedengaran sama tapi realitinya besar beza aku terasa.. Anda faham? Jika faham sila fahamkan aku.. Kebenarannya, aku sendiri masih tak faham dengan apa yang aku inginkan dalam kehidupan.. 23.. Dah terlambatkah untuk aku mula fahamkan segalanya? Adakah title "doktor" itu sebahagian dari masa depanku? Kalau ya, aku tak ingin doktor atas nama, aku inginkan doktor yang berjaya.. Ya Allah.. Kuatkan tekad dan semangatku.. Ameen.. =)


Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Layar Impian..

Ulasan

ISZA berkata…
salam farhana,
akak cuma nak cerita...
suatu ketika dulu akak selalu tak dapat membezakan antara mimpi dan realiti... sebabnya.. kalau akak terlalu fikir.. akak boleh bawa dalam mimpi...
ISZA berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
black_mel berkata…
mimpi mainan tidur ker mainan syaitan??
chokio_nia berkata…
jiwang ye skang kamu sygku owh..haha..doa aje deh..insya-Allah mampu jadi dokter..:)
dayah berkata…
smg berjaya doktor farhana!
~*irjune*~ berkata…
salam,
mimpi dan impian mungkin sama tapi berbeza. mimpi akan hilang bila kita terjaga dari lena, tapi impian akan selamanya ada selagi kita mangharapkannya. dengan umur farhana ni belum lagi terlewat utk kita memahami apa yang berlaku. selagi kita masih bernafas...kita belum terlewat.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?