Kamulah Penyebab Senyuman Dalam Rahsia.. =)
Pagi Khamis.. Selamat pagi semua.. Kedua orang tuaku telah selamat sampai di Ipoh malam tadi.. Dan aku akan pulang ke Melaka Jumaat ini.. Yippie!! Pulang ke Johor Bharu? Masih belum buat keputusan.. Beri saya masa fikirkannya ya mak.. Hmmm.. Sebut tentang Johor Bharu, tergerak tangan nak menempek entry dengan gambar kenduri kahwin rakan sekelas, Nuzul Hazwin.. Walaupun aku orang Johor, tapi banyak adat perkahwinan orang Johor yang tak aku ketahui.. Contohnya macam adat bayar tol.. Mencabar.. Memang betul-betul bukan senang mahu menyunting bunga di taman negeri Johor.. Ekeke..
Harap-harap future husband ku kelak mampu melepasi cabaran-cabaran itu nanti dengan penuh kesabaran.. Hoho.. Oh ya.. Ada juga LAFAZ IKRAR SAKINAH selepas akad nikah.. Tak silap aku cuma ada di negeri Johor saja.. Di mana selepas akad nikah, pengantin perempuan dan lelaki dikehendaki membaca lafaz ikrar sakinah dengan panggilan KEKANDA dan ADINDA.. Juga ada lafaz ikrar bapa kepada anak perempuannya, ibu kepada anak perempuannya, anak perempuan itu kepada orang tuanya..
Mahu tahu lebih lanjut tentang MODUL KELUARGA SAKINAH, anda boleh KE SINI..

Ayah pengantin perempuan senyum dengan COOL.. ^_-
Pengantin perempuan bersama ibu tercinta..
Kamilah Tol Gate Gurlzzzzzz.. ^_^
Cantik sungguh bunga di depan pengantin.. Hik hik..
Kalau bab ambil gambar untuk wedding, outdoor punya gambar memang aku nantikan.. Loving it..
Senyum lebar menatap tiap kepingan gambar di atas.. Ngee.. "Detective Conan" tiba-tiba bertanyakan siapakah penyebab senyuman dalam rahsia yang pernah meniti di coretan entryku tak lama dulu.. Yang bikin aku sentiasa tersenyum dengan kehadirannya di Cahaya Yang Riang Gembira.. Identitinya hanya diketahui oleh Jard The Great dan Boneka Tak Sakit.. T-shirt biru, kasut coklat dan senyum manis? Ketika itulah pertama kali aku kenal wajahnya.. Ya, dengan baju biru, kasut coklat dan senyum manis.. Haha.. Detective Conan, itulah jawapannya.. Huhu..
Suasana, keadaan dan orang keliling aku seakan-akan meminta aku cepat membuat pilihan.. Teruskan atau hentikan.. Seksanya untuk memilih.. Doakan yang terbaik untuk aku kawan-kawan.. Assalamualaikum.. =)
FOOT NOTE: Dulu lain, sekarang lain..

Ulasan
bab bayar tol tu memang ada kat johor je ke?.
kat tangga umah bayar tol, kat pintu umah pun bayar tol lagik. sian je pihak laki. kehkeh
*p/s ku penah jadi gadis tol itu...wakakakkakaa...;p
wuwuu
mentang2 bro dah lama xdtg sinie... sekali entry ala2 jiwang sikit terkeluar
BroFramestone Blog
boneka gi mana ek? lama x dgr berita
hehehe
- - -
(Rahsia) Rumah & Teknologi Dalam Filem IRON MAN Yang Tak benar!
saye juge pernah merasa jadi 'tol gate girls' tu..tapi dapat singgit je..huhu..nak wat tambang nek bas balik penang pun tak lepas..hoho..