Mimpi Yang Ini.. Tak Perlu Dicari Maknanya..
Kata orang mimpi mainan tidur, sebab tak basuh kaki, syaitan sukalah kacau dengan mimpi-mimpi yang macam-macam fesyen.. Pasti pembaca blog ini tahu aku jarang bermimpi.. Walaupun aku selalu baca blog Encik Mimpisiangmalam, seorang radiologist yang cool.. Erk.. Ada kena mengena ke? Ekeke..
Saat-saat dalam dilema atau keraguan, sejadah jadi tempat berteluku, sembahyang sunat dua rakaat berserta doa agar diberi ketenangan hati dan petunjuk agar bisa terang hati untuk membuat keputusan.. Aku rasa ramai pernah mengalami kemelut dalam hidup dan sukar berfikir dengan jelas.. Tak kiralah soal memilih pekerjaan, soal jodoh dan pelbagai soal lagi yang menghendaki kita membuat pilihan yang terbaik dalam hidup.. Solat sunat istikharah adalah yang terbaik.. Allah akan memberikan kita petunjuk dalam pelbagai bentuk, boleh jadi mimpi, boleh juga jadi prarasa.. Hmmm.. Mimpi.. Yang kadang-kadang payah juga untuk kita tafsirkan..
Beberapa tahun dulu ~ Mimpi mengejar seseorang, makin dikejar, makin kerap jatuh tersungkur.. Orang yang dikejar tak menoleh walau sedikit untuk membantu.. Tapi di satu sudut, ada seorang insan memerhati dari kejauhan.. Namun wajahnya masih lagi kabur..
Beberapa hari lalu ~ Mimpi mendapat cincin..
Sekadar cebisan mimpi seorang "insan biasa".. Huhu.. Tapi.. Jikalau mimpi ini mimpi aku, aku tak akan pernah mencari makna dan tafsir di sebaliknya.. Entahlah.. Bimbang aku sendiri salah erti, maksud tersirat mimpi tak tersampai, akhirnya luka berdarah.. Huhu.. Menurut Ustaz Ismail Kamus, apabila kita bermimpi, seeloknya bangun esok harinya, perlu kita cari seorang yang arif tentang tafsiran mimpi untuk mengetahui tentang mimpi kita.. Kongsikan dengan insan-insan yang dikasihi.. Mimpi yang baik seeloknya tak dicerita bimbang ada orang yang dengki, begitu juga mimpi tak baik kerana bimbang digelakkan..

~ MIMPI-MIMPI YANG BAIK SEMUANYA DATANG DARI ALLAH - USTAZ ISMAIL KAMUS ~
Pernah aku terbaca di Facebook, dari Ustaz Zaharuddin tentang tanda istikharah..
"Perlu difahami bahawa tanda istikharah lelaki A (sebagai contoh) berkemungkinan menunjukkan wanita B adalah sesuai dan baik untuknya. Namun istikharah wanita B, menunjukkan lelaki A tidak sesuai untuknya. Ia kerap dan boleh berlaku. Justeru, jangan merasa pelik, jika anda mendapat tanda yang baik, tetapi bakal pasangan anda mendapat tanda sebaliknya, kesimpulan jika mendapat tanda sedemikian adalah, anda berdua tidak sesuai."
Renung-renungkan.. Assalamualaikum.. =)

FOOT NOTE: Selamat mengejar kebahagiaan hidup yang kita impikan ya kawan-kawanku.. Kebahagiaan dunia dan akhirat..
Ada orang cadangkan baca Tafsir Mimpi Menurut Islam Oleh Ibnu Sirin.. Ada juga cadangkan baca DI SINI.. Encik Dr House bagi cadangan mendengar ceramah Ustaz Ismail Kamus tentang MIMPI.. =)
Ada orang cadangkan baca Tafsir Mimpi Menurut Islam Oleh Ibnu Sirin.. Ada juga cadangkan baca DI SINI.. Encik Dr House bagi cadangan mendengar ceramah Ustaz Ismail Kamus tentang MIMPI.. =)
Ulasan
;000
Bila aku sedar, aku dah tak ingat apa.
hehe.
;)
mau tdo!
hehehe...
yum3x..
he~
Saya radiographer..not a radiologist.
Radiologist untuk doktor yang specialize dalam diagnostic study.
Saya bukan doktor, just anak buah doktor.