Kecil-Kecil Boleh Buat.. Dah Besar Boleh Tak?
Hari ini.. Satu hari suntuk menyibukkan diri dengan pembelajaran Meta Tag.. Ahh.. Poyo rasanya.. Daripada duduk santai otak ligat memikirkan benda pelik-pelik, lebih baik memajukan diri dengan belajar Meta Tag.. Sesekali menjenguk kosong ke dalam MukaBuku..
Beberapa hari lalu, terserempak dengan kepingan gambar ini di Facebook seorang ex-senior di zaman persekolahan.. Presenting to you Sekolah Kebangsaan Luak, Miri, Sarawak.. Sebenarnya aku tidak bersekolah di sini, cuma menghadiri kelas agama di sini saja.. Terimbau pula kenangan lama saat zaman kanak-kanak hingusan..

Di tepi pintu, setiap petang tepat pukul 6 akan berdiri usai habis kelas.. Kadang menaiki basikal menanti si dia untuk pulang bersama menaiki basikal.. Kata saja mahu pulang, tapi satu kampung kami berdua round naik basikal, usik-usik, gelak tawa, gurau senda.. Kadang pula ke kedai runcit membeli aiskrim atau gula-gula.. Duduk makan kami bersama.. Oh.. Cinta monyet..
Di tandas sekolah nun di bawah sana pula, port wajib disinggah sebelum ketemu si dia.. Mengemas diri apa patut selepas seharian sememeh di kelas.. Surat yang dikarang malam tadi dikeluarkan, kurang bau wanginya, tepek lagi bedak berkoyan-koyan.. Lipat balik semula.. Sebelum berpisah balik ke rumah, masing-masing pass mengepass surat penuh bunga-bunga, penuh bedak-bedak.. Oh.. Cinta monyet..

Masa kecil-kecil, zaman cinta monyet, selalu buat benda comel-comel.. Naik basikal kejar-kejar dalam kampung, makan aiskrim tepi jalan, surat cinta tulisan tangan penuh bunga bahasa.. Hoho.. Zaman dah besar, bercinta, berkahwin, tak boleh lagi ke kita buat begitu? Serasa seperti itu sesuatu yang menyemarakkan lagi sesebuah perhubungan.. Ececece.. Ini bukan pengaruh drama Korea atau yang seangkatan dengannya, cuma berfikir, kalau kita sendiri tak mencorakkan rumahtangga supaya tak jadi hambar, siapa lagi.. Nak hidup bersama bukan sehari dua, tapi selagi hayat dikandung badan.. Betul ke? Ke tak betul? Heehee..
Mungkin aku patut mula mengisi masa dengan memberi ceramah perihal kehidupan berumahtangga.. Wakaka.. Sampai sini saja, assalamualaikum..
FOOT NOTE: Wahai si pesimistik.. Tolonglah jadi optimistik..
Mungkin aku patut mula mengisi masa dengan memberi ceramah perihal kehidupan berumahtangga.. Wakaka.. Sampai sini saja, assalamualaikum..
FOOT NOTE: Wahai si pesimistik.. Tolonglah jadi optimistik..
Ulasan
mesti sgt best mengingati kenangan lalu..
pasti malu bila berjumpa kini..
skang mmg TAK lah...
hehe
xD
teringin nak tgk pasangan berkahwin, pakcik makcik yg lewat 50an, naik basikal kejar mengejar, bergurau senda menikmat aiskrim, bergelak ketawa...
tp apa agaknya kata org kg
chumel sgt2!!!
tapi skg dah x sama.. style dah lain.. hehe.. =)
apa lagi.
kena kawen dulu.
lagi hebat nak bagi ceramah pasal rumahtangga.
;)
cepat cepat.
;)
cina monyet ku x smpay nk gne surat.. dh strt sms lah..
;pp
hehehe
blajar lek lok.. ahaks~
P/s : Doc.. Gwa skt per0t lg..