Mahu Minta Tolong Siapa Yang Power English..
Assalamualaikum semua.. Malam terakhir di Melaka, pagi-pagi esok akan pulang semula ke Ipoh.. Entry pendek ini ditulis dengan tujuan untuk mencari warga-warga bijak pandai English.. Speaking berhabuk berdebu pekat-pekat, grammar tip top.. Actually aku dah minta tolong a few friends of mine, tapi ingin menambah lagi pertolongan dari rakan-rakan blogger pula..
Jumaat ini telah diberi amanah untuk jadi Master of Ceremony untuk sesi pembentangan projek Organisation & Management of Health System.. Emcee.. Kalau dalam Bahasa Melayu aku memang tiada masalah.. Tapi English, aku pening kepala sedikit.. Mahu belit-belit lidah nanti..
Actually dah puas aku google cari sample speeches dan scripts untuk dapatkan gambaran dan idea untuk aku tulis script.. Tapi tak ada satu pun yang membantu.. So, I wonder kalau ada di kalangan anda-anda yang pernah jadi emcee dan menyimpan any kinds of sample speeches.. Atau ada idea untuk aku buat rujukan dari mana-mana website.. Pertolongan anda amatlah dihargai.. Sekian.. Terima kasih.. Assalamualaikum.. =)
FOOT NOTE: RINDU mahu gaduh-gaduh.. Sangat-sangat rindu.. (Harap kamu tak baca..)
ENTRY BELIAU INI buat aku gelak tergolek-golek di hari Rabu.. =p
Ulasan
nk piwit sket dkt emcee ni...;p
jangan marah yer.. walau tak dapat bantu saja nak menganggu..
Kiranya buat ucapan pembukaan lepas tu handle majlis sampai ke ahkirnya ke apa?