Usai Menonton Badut Makan Budak Dalam Filem It, Aku Mencari Rahsia Di Sebalik Wajah | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Usai Menonton Badut Makan Budak Dalam Filem It, Aku Mencari Rahsia Di Sebalik Wajah

12 comments
Assalamualaikum dan salam satu World Cup buat semua.. Orang sibuk sana sini tonton Cawan Dunia, aku duduk terperap dalam bilik melayan movie.. Macam-macam cara dah aku cuba untuk jatuh cinta pada bola bermula dari memakan cokelat yang bersalutkan aluminium bercorak bola sampailah ke makan dengan bola, tidur pun ada bola, mandi pun dengan bola.. Ooppss.. Tapi semua tak berkesan.. Wakaka.. Dah memang tak ada chemistry barangkali..


Petang tadi selesai sudah aku menonton filem English tahun 1990an berdurasi 3 jam yang menurut kawan aku amatlah popular di kalangan kanak-kanak kecil di zaman itu.. Yang hairannya, aku memang tak pernah tengok filem adaptasi dari novel Stephen King ini.. Filem tentang badut pemakan kanak-kanak bertajuk "It".. Macam biasa, aku pantang tengok pelakon yang solek pekat-pekat dan sembunyikan wajah, curiosity aku tinggi untuk cari rahsia di sebalik wajah.. Alang-alang dah tak ada kerja, aku pun carilah kerja bermanfaat.. Meng"google" watak-watak yang popular dengan hanya solekan tebal semata tanpa menayangkan wajah.. Hey hey hey.. Kadang-kadang anda tak perlu menjadi kacak atau cantik untuk popular.. Jom usha..



Mendiang Heath Ledger dengan watak The Joker dalam The Dark Knight.. Oh.. Dia ini memang kacak.. Sayangnya sudah tiada..



Siapa tak kenal.. Jim Carrey si pembuat mimik muka yang berjaya.. Popular dengan The Mask, The Grinch dan Olaf (Lemony Snicket's A Series Of Unfortunate Events)..



Inilah dia Tim Curry yang melakonkan watak badut, Pennywise The Clown yang makan budak kecil.. Daging depa manis kot.. Oh ya.. Beliau juga pernah berlakon dalam Home Alone 2..



Hugo Weaving yang melakonkan watak dalam V for Vendetta yang ada rambut cantik.. Hik hik.. Juga berlakon dalam The Matrix dan Lord Of The Rings..



Hohoho.. Muka dia ganas.. Tak berapa nak kacak dan dah tua kot.. Tapi jadi hero okey.. Ron Perlman melakonkan watak Hellboy.. Macho habis.. Ngee..




Dan si cantik ini adalah Zoe Saldana.. Neytiri dalam filem Avatar yang meletup-meletup itu.. Heehee.. Seriously, aku tak pernah khatam tengok Avatar walaupun orang kata best..



Dan.. Paling aku adore sebab beliau cantik sangat.. Rebecca Romijn.. Pemegang watak Mystique dalam X-Men.. Watak mutant warna biru yang very the sexy dan digilai jejaka.. Oh ya.. Beliau juga berlakon dalam Ugly Betty.. Jadi "abang" kepada Daniel si hero.. ABANG??? Jeng jeng jeng.. C(:


Okey semua.. That's all for tonight.. Selamat melayan bola-bola Cawan Dunia.. Ngee.. Assalamualaikum..

12 Comments Here:

rhapsody LiN berkata...

hehe..minat bola klu team yg bes je ;p

cikgu isza berkata...

ku juga masih tercari-cari arah dimana letaknya hatiku pada bola yang bulat ditendang2 ke sana ke mari..

jom kita make over juga :)

lilacfla berkata...

hoho nak gi ofer jadi pelakon watak pontianak la lepas ni. manatau glamer...

Nur Su'aidah berkata...

bola!! :) korea kalah pulak. emmmm~

Amieynna Amin berkata...

tak perlu cantik untuk popular..
xperlu seksi untuk glamer...

saya tidak layan cawan dunia..
peace..

Boneka Tak Sakit berkata...

aku minat bola kalau kerana awek je hehee

black_mel berkata...

haha..minat yg last jgk..mmg cantik....

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

indonesia xda dalam fifa ye kakkkk hihi :)))

/Dayah//Nurul/ berkata...

suka pic neytiri!

zairie berkata...

lolly.. indon x de fifa??? =)

recent post :
apabila yahudi mula memperbodohkan kita

uNIqIKA berkata...

huh, dh ktinggalan byk episod ni. jim carey hensem tp slalu wt muka x hnsem dlm movie

HonEyBuNNy berkata...

suka Zoe Saldana....dia lakon mnjdi dlm avatar...ehheh

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.