Lelaki Kalau Setia Memang Setia.. Cuma.. Erm.. Cuma Apa?

Salam pagi Sabtu.. Kepanasan melanda diri sebab makan durian agak overdose semalam tambah lagi dengan dramaswasta yang dihidangkan depan mata.. Suhu menggelegak.. Hoho..


Jika dibelek sejarah penulisan blog Cahaya Yang Riang Gembira, pernah tak aku menulis perihal dan isu beza dua jantina? Macam tak pernah.. Hee.. Tak mengapa.. Ini kisah seorang sahabat dan seorang aku.. Bicara soal lelaki, perempuan, hubungan dan setia..





Rakan itu berceritakan perihal kekasihnya.. Kadang panas kadang sejuk dalam hubungan mereka.. Kadang mesra kadang macam lemau-lemau masuk angin.. TAPI.. Mampu maintain kemesraan dan keterujaan berbicara dengan gadis-gadis lain.. In other words or in other people view, it is called as flirting around sambil test power.. Rakan itu hairan bin ajaib macam mana sang kekasih hati mampu mengekalkan momentum kemesraan dengan gadis-gadis lain tapi tidak pada dirinya.. Dalam hati memanglah tercalar terluka.. Hancur pecah luluh hati, itu aku tak berapa pasti..


Kata si dia yang tersayang, benar, saya sayang memang awak seorang, dalam hati saya pun diukir nama awak yang saya cinta, bayangan hidup masa depan pun awak yang saya impikan.. Percayalah!! Bila ditanya kemesraan dengan yang lain? Erk.. Telan air liur, jawab pun tak berapa nak reti..





Di sini beza lelaki dan perempuan.. Perempuan kalau hati dah cinta, sepenuh konsentrasinya hanya untuk yang tersayang seorang itu saja.. Kebanyakannya memang tak pandang lain.. Ramai lelaki menyedari hakikat ini dan merasa.. LEGA DALAM HATI.. Sebaliknya lelaki, kalau setia memang mereka setia, tapi bagi aku, sudah nature yang namanya lelaki, flirting around test power itu macam satu yang perlu even dah ada kekasih hati.. MOSTLY.. YES!! Dan ramai wanita juga sedar dengan situasi ini dan merasa.. DUP DAP DALAM HATI.. Hoho.. Boleh juga diaplikasikan untuk teori kenapa lelaki boleh kahwin sampai 4..


Timbul soal dari rakan itu.. Tak adakah lelaki yang kalau cinta pada seorang perempuan, semua perasaan, kemesraan, kasih sayangnya didedikasikan hanya untuk kita seorang saja.. Ya.. SEORANG SAJA..





Jawapannya? Hmm.. Ada.. Seorang suami.. Perhaps.. Ngee.. Aku tersengih kecil mendengar persoalan itu.. Dan ehem ehem.. Mahu kenal juga dengan lelaki seperti ciri-ciri yang disebut itu.. Seorang yang namanya suami.. Erm.. Bakal suami? Boleh?


Heee.. Assalamualaikum semua.. =)


FOOT NOTE: Soalan seorang pesakit untuk doktor chenta.. Memberi harapan pada seseorang tapi sebenarnya dia tak serius pun.. ATAU.. Meletakkan harapan pada orang yang kita tahu tak serius pada diri kita? Siapa yang patut dihukum gantung? Ekeke..

Ulasan

Kuwe berkata…
I like this.
Dan aku amat berhati hati untuk komen. Nanti jatuh lah kacak aku. Kehkeh.


Lelaki kena steady banyak weh. Berpoya biasa la tuu.
Rowena Zainuddin berkata…
a'ah kan kak..
even ade jugak suami org..
still blh flirting..
nape ek??
erm...susah nak komen la hana...ader yg betul² setia pada yg satu tapi yg perempuan nya flirt...camne tu?

*eh apsal sebelahkan lelaki ni? ahahhaaa...;p
El-Zaffril berkata…
Untuk nota kaki itu... Nikah Gantung bleh?
azuan berkata…
ko buat entri macam sebelah laki je~
hahaa..katun betul la....
Ibu Ammar berkata…
aku baru je cakap pasal kesetiaan aku dalam entry aku. :p
Ibu Ammar berkata…
aku baru je cakap pasal kesetiaan aku dalam entry aku. :p
Abe Long berkata…
nk wat camne kn.. owang laki xramai sgt skang.

berkongsi-kongsi lah

wakakakaa
Sufi Asri berkata…
laki mmg nalurinya begitu... tapi xleh nafikan, ada juga girl yg mcm tue.. hehe..

xmau komen lebih2.. fikir sendiri.. =)
akira sendoh berkata…
duhai farhana..kenapa la otak kita sama...? tp akira suka sbb leh komen..ngee~
rhapsody LiN berkata…
boleh x sy nk kata yg saya dh x percaya pada kesetiaan dlm hubungan??
Puteri berkata…
ada..
tp jrg2 utk dtemui..
hrp2 kita antara yg trplih.
dia utk kita
dan hnya kita untuk dia
(i mean sorg2...he.he)
ameen

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T