Sepupu Sendiri Pun Tak Kenal | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Sepupu Sendiri Pun Tak Kenal

17 comments
Seminggu yang lalu, ada kelas dengan seorang doktor pakar di hospital.. Kami dikehendaki mencari dua orang pesakit untuk ditanyakan soalan dan diperiksa.. Atau dalam erti kata mudah, untuk case presentation.. Dua orang pesakit muda dalam lingkungan belasan dan dua puluhan dipilih.. Kedua-duanya disahkan menghidap barah kelenjar.. Ketika presentation kes kedua, seorang budak lelaki berusia 17 tahun bersama dengan ibunya ada di katil.. Aku memandangnya dengan sayu.. Muda-muda sudah diuji.. Tapi dia kelihatan kuat dari luar.. Bila aku lihat dua tiga kali, rupa mereka berdua ibu anak seakan aku kenal.. Sayangnya aku tak dapat recall dan selesai case presentation terus aku pulang ke rumah..




Esok paginya, bangun dari tidur aku teringatkan di mana aku pernah melihat wajah ibu anak itu.. Lalu telefon aku dial dan di hujung talian sana mak menjawab salam.. Terus aku tanyakan tentang Pak Uda dan Mak Uda sebelah ayah aku.. Seingat aku setahun yang lalu aku dengar mereka berhijrah ke Perak.. Cuma di mana tidak diketahui.. Aku yakin sangat ibu anak yang aku jumpa di hospital semalam adalah saudaraku..




Petang itu juga aku ke hospital menemui mereka.. Yang ada ketika itu hanya budak lelaki itu.. Soalan pertama aku tujukan padanya, "kenal tak siapa ni?" sambil tunjuk pada diri aku.. Seperti yang ku sangka, dia tidak mengenali aku.. Setengah jam berborak, akhirnya keluarganya tiba.. Setelah melihat ayah budak lelaki itu, aku yakin itulah Pak Uda.. Abang kepada ayah aku.. Hmmm..


Ternyata Pak Uda dan Mak Uda juga tidak mengenali aku.. Masakan tidak, kali terakhir berjumpa adalah ketika sekolah rendah.. Belasan tahun dulu.. Pasti ramai tertanya dan hairan, saudara yang sangat dekat pun boleh tak kenal.. Huhu.. Aku akui, kami memang tak rapat dengan adik beradik abah sebab masing-masing membawa haluan diri masing-masing.. Sampaikan keadaan macam ini pun boleh tak kenal.. Nasib ingatan aku masih boleh pakai.. Hik hik..



Sesi jejak kasih berlangsung hampir sejam lebih.. Ternyata sepupuku seorang yang cekal luar dan dalam dalam menghadapi penyakitnya.. Usia 17, terlalu muda.. Syukur ada keluarga di sisi yang memberi dorongan.. Doa aku supaya adik sepupuku, Naim sentiasa cekal dan kuat semangat dalam melawan penyakitnya.. Hmmm.. Mulalah kenal mengenal saudara mara.. Huhu.. Till here.. Take care semua.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Teringat cerita Ek Rishta lakonan Akshay Kumar dan Karisma Kapoor..

17 Comments Here:

Nur Aainaa Khairunnisa berkata...

alhamdulillah...nasib kamu masih mengenali nya...=)

rhapsody LiN berkata...

tu lah.. dunia ni kecik je kan.. :)
sweet~

rhapsody LiN berkata...

ha, smoga saudara kamu sihat hendaknya.. :)

Jard The Great berkata...

takmo kelak bila dewasa.. renggang dgn adik-beradik sendiri.. minta2 dijauhkan

Rowena Chasez berkata...

semoga ur cousin cpat sembuh..(:

et berkata...

same goes to me.huhu.tapi bile da besar2 mcm neh,baru la rase nak carik derang2. nanti lah da keje. huhu. oh, harap2 ur cousin cepat sembuh. ^^

El-Zaffril berkata...

Wah... saya tahu kamu yang mana untuk gambar pertama

fndrocka berkata...

dah tak rapat ..manalah nak kenal..ni mesti tak tanya khabar bertahun2.huhu

sebenarnya aku pun sama

Latest Entri : Kisah Kapal Mavi Marmara

Roronoa Zoro berkata...

hmm.. harap2 cousin u tue cepat sembuh.. kesian pulak dia sakit.. =(

Kuwe berkata...

Kuat ingatan kamu ye doktor. Patutlah jadi doktor. Betul dok doktor?

Moga sentiasa tabah dan sabar.

Hizami Rahim berkata...

nasib cik farhana kenal.
susah kan kalau masing2 buat hal sendiri?
harap2 adik2 zami tak buat macam tu bile dah besar.
;)

lilacfla berkata...

Cara Allah nak jumpakan balik saudara-mara sis farhana. :)

.alie. berkata...

nyah baru gado dengan kazen feberet nyah.huh

azuan berkata...

jejak kasih la nie~

azuan berkata...

semoga sihat yea sepupu kamu tue~

akira sendoh berkata...

siannya...smga cpt smbh...:)

Mohd Adziim berkata...

Kelenjar part mana tu?
Thyroid ke apa?

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.