Buat Gadis Sepi, Marilah Mengenal Dan Mencintai Bola

Salam malam Selasa.. Entah nak tulis apa pun tak tahu.. Tulis tak boleh sebarang tulis.. Lagi-lagi tulis tiada jiwa, bak kata FnDRocka, tulis jiwa tiada, ibarat macam cakap ketika mabuk.. Ayat keluar dari mulut tapi tak make a sense langsung.. Missing a piece of something.. Something from yesterday.. Aku rindu zaman blogging dulu-dulu.. Aku tulis dengan jiwa, aku tulis apa yang aku nak tulis.. Tapi sekarang tak semua boleh aku coret, apa yang aku coret pula perlu aku tapis lagi.. Dulu tak sampai dua tiga kerat yang menyinggah, sekarang boleh kata semua kenalan realiti, kawan-kawan, keluarga, saudara-mara, pensyarah, cikgu sekolah aku dan tak terfikir di jangkauan pun ada yang bertandang.. Rasa macam tangan satu diikat ke belakang.. Huh.. Apa aku merepek derr..





Piala Dunia pun dah mula.. Tiba-tiba aku rasa dunia macam sepi.. Apatah lagi untuk gadis yang tak tahu bola itu objek semacam apa seperti aku.. Wakaka.. Buat gadis yang berkekasih, buat isteri yang bersuami, yang memang jenis tak layan bola, tapi suami gila bola pasti terasa dunia sepi tanpa kasih sayang.. Hoho.. Detective Conan kata, SEBULAN SAJA.. Yeah.. Sebulan tanpa kasih sayang.. Kah kah kah.. Kalau kata suami aku nanti gila bola, aku pasrah dan redha saja.. Sofa di luar luas dan besar juga empuk ya abang sayang.. Abang duduk berkampung sebulan di situ pun menarik kan.. Hoho.. =p


Aku sekarang sedang berusaha meminati dan mengenal apa itu bola.. Sebagai permulaan, aku ke Tesco dan membeli coklat yang bulat-bulat dan kelihatan seperti bola itu.. Nyum nyum.. Selamat menonton bola semua.. Jangan tak bangun esok pagi.. Hoho.. Assalamualaikum.. =)



FOOT NOTE: Ada seseorang telah save page entry Cinta Mereka Cinta Siber.. Melihatkan IP Adress seperti kenal.. Hoho.. Anda menelaah tajuk itu ya? Huhu.. Apa aku nak kata.. Cinta Siber.. Cinta jarak jauh.. Susah woo..

Ulasan

Hizami Li berkata…
hehe.
setuju.
;)
sekarang kena tapis kalau nak tulis apa2.
;)
rhapsody LiN berkata…
tu lah susah kalau orang tau blog kita dan kenal kita kat dunia realiti.. bukan kita menipu di blog. cuma banyak hati perlu dijaga dan kita tak boleh cakap sesuka hati.

sebab tu lah lin buat blog baru ni.. blog ni tak ramai yang tau. so, lin rasa bebas untuk bercakap dan beri komen. siape x suka sila pangkah blog tu. x payah jumpe dah. hehe.. :)
deus X machina berkata…
bola bola bola di ERK888
Cik Lizi berkata…
erk

mmg sepi
sbb org lain kecoh2
jerman la,spain la

tercenggang2 cuba catch up~
haha ;p
IRAH HAJERAH AZMAN berkata…
hahahaha..... bola? ngeee..baca kat blog I kenapa lelaki suke bola sepak.haha
fndrocka berkata…
aik..nama aku naik pulak.

betul lah kau cakap..i can feel you.bila dah ramai yang baca..rasa stress macam nak bercakap masa interview pulak..padahal boleh je kita cakap atau tulis relaks2 macam cakap dengan kawan2.



Latest Entri : Peluk Cium Romantiklah sangat
Ibu Ammar berkata…
haha, beli coklat bulat2 macam takde kaitan je ngan world cup. ekekekkekee. lawak la.

bola sepak best wo.! 'SENI'. hehe
murni benar usahamu farhana dlm mengenal bola ; membeli coklat bulat2 mcm bola? hahahahaahah
Suraya I. berkata…
xpe2, walopun tak tahu psl bola, jom sapot spain jom! XD
El-Zaffril berkata…
Wakakakak... doc... ape daaa... mencintai choc bola plak... adeh... *fitam...
azuan berkata…
haha...dtektif conan yea yang cakap....aku pun tengok je..nak kenal pemain jangan berangan le wakaka
KERANA B0LAAAAAAAA.

AKU TIDO LEWAT AHAHAHA.
Adziim berkata…
Coklat dikaitkan dengan bola.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?