Teringin Ada Senyuman Menawan.. Apa Kena Mengena Dengan Colgate Sensitive Pro-Relief?

Assalamualaikum dan salam kasih sayang untuk semua.. Masih lagi dalam mood kasih sayang entry yang lalu, entry yang ramai orang jangkakan kisah sepasang pasangan muda yang hangat bercinta di awal perkahwinan.. Tapi, rupa-rupanya bukan.. Ekeke.. =p

Terima kasih tak terhingga pada yang menyukainya.. Can't say anything more.. Aku sendiri seronok menulis kisah dari hati dan akal fikiran sendiri.. Satu idea yang tak dipaksa-paksa.. Sebab pembaca kita boleh baca, apa yang kita tulis datang dari jari atau datang dari hati.. Weeeee.. =)

Menyimpang jauh pada tajuk di awal cerita.. Heh.. Comel ke Julia Robert dengan senyuman lebar beliau? Keh keh keh.. Semua orang dah semestinya nak senyuman menawan.. Lagi-lagi golongan gegadis gegurl.. Satu aset untuk nampak memikat.. Aicecece.. Silap niat dah derr.. Tapi yang itulah rasanya aku tak ada.. Haishhhh..



Orang kata, senyuman itu menawan bila boleh senyum nampak gigi.. Dan itulah yang tak termampu aku lakukan.. Pasti ingat dulu-dulu aku pernah tulis entry cerita perihal gigi kan? Aku ada 3 masalah utama basically..

1) Gigi taring yang sangat prominent tapi sebatang.. Sebatang lagi low profile beb.. Tapi aku tak ada keinginan nak buat braces, sebab aku tengok macam mana seksanya Sis Jard kita memakai braces.. Dan satu lagi keseksaan adalah seksa poket.. Mahu dekat RM5 ribu weh..

2) Gigi depan aku.. Ingat lagi macam mana dia pecah sebab makan cokelat??? Haaa.. Padah makan cokelat.. Last last gigi hancuq lebuq.. Aku dah usha usha harga di pasaran untuk buat crowning sebatang gigi.. Lingkungan RM500 - RM800.. Mahal derrr.. Ada perancangan nak buat crowning di klinik kerajaan tapi hakikatnya aku fobia sebab 3 kali pengalaman aku di 3 klinik kesihatan gigi yang berlainan, doktor semuanya ganas belaka.. Aku tak salahkan mereka, barangkali workload yang banyak di klinik kerajaan sebab itu kerja mereka sedikit cepat.. Tapi serious, buat treatment di klinik kerajaan memang sakit.. Aku fobia.. Hehe.. =p


And lastly.. Masalah gigi sensitif.. Hoho.. Peritnya kalau makan benda sejuk benda panas memang sangatlah terasa.. Rasa macam nak melompat.. Dan dari malam semalam aku online, ternampakkan iklan ini dari Colgate Sensitive Pro-Relief yang menempek pada Sky Scrapper.. Rupanya Nuffnang berbaik hati nak bagi Buffered Earning.. Terima kasih Nuffy.. Stay lama-lama ya.. Boleh aku guna duit itu buat crowning.. Lalala.. =p

Masalah gigi sensitif aku ni kira masih baru lagi.. Dalam 5, 6 bulan.. Untuk itu aku memakai Sensodyne.. Berkesan memang berkesan.. Tapi disebabkan harganya yang agak mahal, aku hanya gunakannya bila gigi mula dah sakit sensitifnya itu.. Waktu selain dari itu, aku guna Colgate biasa..

Dan nampaknya sekarang Colgate dah maju setapak dan keluarkan produk setaraf Sensodyne.. Colgate Sensitive Pro Relief.. Mesti ramai dah tengok iklan di TV kan? Doktor tarik seorang pejalan kaki dan cakap, "saat ini gigi awak sedang diserang.." Kah kah kah.. Comel dialog.. =p



Mungkin akan mencuba dan melihat keberkesanannya.. Plus mereka ada special offer.. Apa offer tersebut? Anda bolehlah ke website mereka..

Dan untuk kesimpulannya.. Tiga masalah gigi aku, 1 dah settle dengan ubat gigi.. Masalah pertama aku malas nak kaotim.. Sah sah aku student lagi dan tak mampu nak keluarkan RM5 ribu.. Tinggal masalah kedua.. Yang ini memang aku teringin sangat nak buat.. Priority tinggi dan on top of the list.. Pening kepala jugalah dengan masalah crowning..

P/S: Mungkin boleh panggil Doktor Mok K dan Doktor Nadiah untuk turun Ipoh, special treatment untuk aku.. Lalala..

Akhir kata, harapan aku.. Harap-harap masa umur aku 30 tahun (muda lagi weh), korang takkan tengok aku di televisyen sambil keluarkan dialog, "saya kini boleh makan daging di depan orang ramai tanpa risau tercabut.. Terima kasih Polident.." Umur muda-muda, pakai gigi palsu sebab banyak sangat masalah gigi.. Oh! Aku tak mahu!

Sekian, bebelan di hari Selasa.. Tata.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Haip haip!! Nak kata aku tak reti jaga gigi masa kecil eh.. Babab kang!! Reti jaga okey!! Tiap-tiap jam gosok!! =p

Ulasan

ieda berkata…
aduhhhh terperanjat akak tgk picca bawah tuu dikkk hahahahhahah
Jage diri,
jaga gigi;)
*pantun ni.haha*
Datanglah egypt buat crown..murah jee..hik3
pakwe berkata…
dua penyakit yg jarang2 kena dari kecil, batuk dan sakit gigi tapi sejak dua menjak ni asyik gusi bengkak jer. tu yg merebak sakitnya ke gigi.

~ rawatan dekat klinik kerajaan dah okey der. ari tu pergi tiga2 dokternya comel2 belaka ... he he he
Taufik Jusoh berkata…
crowning tu camne? :P
mr.syazwan berkata…
senyuman mcm kanda wan ni OK x???

hahahahaha
@✿ismi:Nauratul Nadiah✿ Sedap pantun.. Heehee.. :p

Tapi nak pegi egypt lagi kene gune banyak duit.. Kan kan? Hehe..
Shahada Fauzi berkata…
amboiiiii..senyum sampai ke telinga orang dlm pic tu..hehe..
@pakwe Pssstttt.. Haaaa.. Gusi dah tamat tempoh kot seperti statusnya juge.. Lalalala.. :p

Tu pasal asik saket jek.. Haha.. Dan gusi tu tahu, tuan dia gatal nak pi klinik tengok dokter chomel.. Hahahahaha.. :p
@Privacy_Resident Ouh.. Macam mane entah nak jelaskan.. Kene tanye dokter gigi laa nampaknya.. Bertauliah sket.. Heehee..
@mr.syazwan Senyuman kanda wan tip top.. Meletupppssss.. :)
@♥CIK SHA♥ Hahaha.. Julia roberts tu.. Menawan kan??? :p
Cikgu Fonik berkata…
as salam,

umor 30 muda lagi tak kan dah tak de gigi haha(o_0)

lets quit our jobs
Tanpa Nama berkata…
kita pon takut gak ke klinik gigi kerajaan.. dr dia garang2 huhu ~
hysman berkata…
gigi depan dulu penah patah,lari punya seronok jatuh tersungkur.. la ni gigi dpn cam arnab,camne tu?
kodomo lion boleh setlekn kah? hahahaa....

kamu ni pakar gigi ke pakar sakit puan erk?huhu....nk kamu jd dokter sakit puan,nnt sonang nk terjah kamu.. hehee....
Adziim berkata…
Agaknya ratio makan coklat dengan gosok gigi tak balance.

coklat : gosok gigi
9 : 1

Haha~

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?